Home » » Politik Biut 9: Hayamku Manang!

Politik Biut 9: Hayamku Manang!

Written By Unknown on Friday, 7 March 2008 | 20:07

Written by WaJiD Manis


Hayamku Manang!


Pagi ini Hayam laki mulih. Sayup-sayup dari kejauhan aku melihat ia inting-inting. Jalannya ingkang-ingkang macam Si Asun mabuk lihing.

Bulunya puhaa. Luka di sana ni. Lihat gayanya saja aku sudah tahu, malam di saat dia menghilang merupakan malam yang penuh sengsara dalam hidupnya.


Logo Parti-parti Politik Malaysia

Memang Hayam laki terlibat dengan pertarungan sengit dan membabitkan hidup matinya. Kalah menang entah aku inda tahu.

Tapi aku boleh agak, hidupnya semalaman diluar reban adalah pahit maung kehidupan yang bakal dikenang selagi hayat dikandung badan.


Gambar Ayam Sabung

Gayanya yang sangat kasihan ini membuatkan aku teringat dengan kisah Pak Kadok yang bebal.

Beliau sangat bebal, sehingga kisahnya diabadikan di dalam bidalan melayu sehingga kini untuk dijadikan contoh teladan kepada kita semua.

Orang meyabung ayam, Pak Kadok pun ikut sama. Ayamnya adalah hayam yang bertuah, bak kata orang “tuah ayam nampak di kaki”. Pak Kadok pula penuh bersemangat sehingga menempah sepersalinan pakaian lengkap berwarna warni lengkap dari tanjak, baju dan seluar dari isteri beliau, Mak Kadok.

Pakaian ini diperbuat daripada kertas supaya nampak glamor, kemas dan segak.

Dengan bangga Pak Kadok berlenggang-kangkong memperjudikan ayamnya ke gelanggang sabung ayam.


Pak Kadok bertarung dengan ayam Sang Raja!


Taruhannya bukan kepalang, kampungnya sendiri. Begitu juga lawan ayam beliau – ayam kepunyaan sang raja. Raja tahu ayam Pak Kadok adalah ayam bertuah, juga tahu Pak Kadok seorang yang dungu. Lalu Sang Raja mengelentong si dungu dan ayam pun bertukar tangan. Ayam Pak Kadok menjadi kepunyaan Raja dan sebaliknya ayam Raja menjadi milik Pak Kadok.

Kedua-dua ayam ini kemudian disabungkan dan keputusannya memang dijangka. Ayam Pak Kadok yang telah ditukar menang pertarungan itu.

Pak Kadok, dek kebodohannya, bersorak sorai sambil mangalai di khalayak umum.

Dia lupa dua perkara. Pertama, ayamnya yang menang itu bukan lagi kepunyaannya. Kedua, pakaiannya adalah diperbuat daripada kertas.

Akibatnya, kampung beliau tergadai dan beliau pulang ke rumah di dalam keadaan telanjang bogel.

Di dalam dunia politik, entah berapa ramai Pak Kadok politik yang aku jumpa. Tidak kurang juga dengan orang-orang yang sanggup menggadaikan kampung [kampung, pekan, kawasan Dewan Undangan Negeri, Kawasan Parlimen] dengan menjual undi mereka kerana sedikit imbalan dari calon-calon korup yang merupakan sampah-sarap pilihanraya.

Yang paling utama ialah orang-orang yang sanggup membawa parti dari luar ke negeri Sabah pada tahun 1994. Tidak syak lagi mereka adalah orang-orang yang tamak dan dungu. Sejarah pasti akan ditulis semula di masa hadapan dan akan membongkar onar dungu mereka.

Hayam laki aku lebih baik dari ahli-ahli politik ini. Ia masih berpeluang untuk kembali ke reban aku walaupun keadaannya tunggang langgang.

Tetapi tiada jalan pulang bagi Pak Kadok politik. Berpada-pada dengan ingatan orang-orang tua, jangan jadi seperti Pak Kadok,


"Bersorak sorai ayamnya menang, kampong tergadai"


Artikel yang disiarkan ini merupakan pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya menggambarkan pendirian KadayanUniverse.Com mengenainya - Kaawai Tanah.
Share this article :

0 comments:

Post a Comment

Babad Views

Babad Editor

Popular Posts

 
Babad Support Sites : Kadayan Chronicles | Kadayan Chronicle | Babad Kadayan
Copyright © 2013. Babad Kadayan - All Rights Reserved
Template Created by Kadayan Chronicles Published by Babad Kadayan
Proudly powered by Blogger