Home » » Pemimpin BN Juga Berwawasan

Pemimpin BN Juga Berwawasan

Written By Unknown on Tuesday, 4 March 2008 | 19:45

Written by Anak Kedayan

Terus terang, saya merupakan orang BN dan salah seorang petugas kempen Barisan Nasional untuk daerah Sipitang untuk musim pilihanraya ke 12 ini.


BN Untuk Kesejahteraan Kita

Di masa yang sama saya juga merupakan pembaca setia KadayanUniverse.Com, malah mengikuti perkembangan Kedayan Online yang terdahulu. Jadi saya memahami mutu dan arah aliran perjuangan mereka dengan baik. Mereka merupakan orang-orang kadayan yang berpendidikan tinggi, berpengetahuan luas dan berfikiran bebas.

Bagi mereka di KadayanUniverse.Com, zaman rendah diri orang-orang Kedayan sepatutnya sudah lama berlalu.

Saya mengaku, saya tidak malu membuntuti fahaman mereka sehingga kini.

Akan tetapi saya pula bukanlah orang yang pandai menulis.

Namun saya terpanggil untuk memberikan maklumbalas kepada pendapat seorang pembaca KadayanUniverse.com di Cbox baru-baru ini yang menyatakan bahawa pihak pemerintah tidak begitu mempedulikan media alternatif seperti KadayanUniverse.Com.

Inda banaa tu liau.

Kami orang-orang BN tidak pernah memperkecil-kecilkan peranan media alternatif.

Kami juga menyedari bahawa kebanyakan pembaca media alternatif adalah dari golongan terpelajar dan mampu mempengaruhi masyarakat Kedayan di mana-jua, bukan terhad di kawasan Kadayan sahaja.

Tetapi faham-fahamlah, musim kempen ini bukan main sibuk jua, dan penumpuan kempen memang di peringkat akar umbi lebih dari segala-galanya. Gagau jamu...

Ini melibatkan segala ceramah, K10, markas, poster – mana-mana yang sampat nganya ta usik, yang inda-inda lah, inda lagi ta ungkayah. Atu sababnya mungkin kenapa orang-orang BN inda banyak malasut ke media alternatif macam KadayanUniverse.Com.

Saya kebetulan juga orang Sipitang.

Bagi pendapat saya, selama ini para pemimpin Barisan Nasional tidak pernah meminggirkan orang-orang kedayan di dalam pentadbiran mereka.

Malah ada desas-desus dan sungutan orang-orang Brunei di Sipitang yang mengatakan pemimpin terlalu mengutamakan orang-orang Kedayan dan Lundayeh di dalam program pembangunan di daerah ini.

Tetapi ini tidaklah benar sama sekali.

Pemimpin-pemimpin di Sipitang selama ini telah bersikap adil dengan sedaya-upaya mereka. Mereka juga tidak mengamalkan polisi mementingkan puak sendiri di dalam berpolitik.

Jadi, adalah penting kita meneruskan kesinambungan kepemimpinan begini untuk kemajuan yang lebih besar bagi masyarakat Sipitang.

Hidup BN! - Undilah untuk kemajuan yang berpanjangan.

Anak Kedayan


Artikel ini merupakan pandangan peribadi pengarang dan tidak semestinya menggambarkan pandangan rasmi KadayanUniverse.Com mengenainya – Kaawai Tanah.


Comments


cangkie cawie - terpanggil yah... |2008-03-07 09:57:06
Paasaan ku mun inda silap, aku bah yang mbuat posting di cbox tu yang pasal paintah inda baapa manduli media alternatif.

post atu indada malicious content however, liau. atu sabagai support untuk oang2 kadayanuniverse taus nulis nganya.

tapi baik jua aku mem post atu yah, kuang-kuangnya kau nulis ka maii

Bah, apa upanya di sana-- ada haapan kah
Share this article :

0 comments:

Post a Comment

Babad Views

Babad Editor

Popular Posts

 
Babad Support Sites : Kadayan Chronicles | Kadayan Chronicle | Babad Kadayan
Copyright © 2013. Babad Kadayan - All Rights Reserved
Template Created by Kadayan Chronicles Published by Babad Kadayan
Proudly powered by Blogger