Siri Akhir: Sayonara Hayam Laki
Tuah ayam nampak di kaki
Nasib ayam nampak di taji
Ajal ayam nampak di besi
Mentor tetap mentor. Nasihat dan pengajaran yang aku terima darinya memang aku hargai.
Hayam Ku Mati
Tetapi hayam laki tetap merupakan seekor ayam. Adat ayam, dia tetap jadi makanan manusia akhirnya.
Pertarungan yang dialaminya di luar reban menyebabkan hayam laki cedera di seluruh badan.
Memanglah masih hidup, tapi dengan keadaan begini dia tentu tidak berupaya lagi "memerintah" reban.
Aku jangka huru hara akan berlaku di reban jika hayam laki dibiarkan hidup.
Ayam-ayam muda sudah berani melawan. Ayam dari reban jiran juga sudah berani mengacau. Manakan tidak, kokoknya sekarang pun tersekat-sekat
"macam t*hi yang umbal-umbal diajan aii bahia
kan kaluaa inda mau, kan masuk babalik inda dapat"
Masalah besar akan berlaku jika hayam laki tidak lagi mampu mengawal "rakyat" rebannya [sebenarnya reban aku].
Ayam mungkin akan melompat ke reban lain.
"Curi-curi ayam” [matuk padi] akan terjadi.
Anak-anak ayam pula akan bertempiaran tidak terjaga.
Yang lebih menakutkan musang akan berleluasa selepas ini. Entah siapa yang takut kalau setakat mendengar kokok hayam tua yang senazak itu.
Apa boleh buatlah. Mahu tidak mahu aku terpaksa mengikut hukum alam yang kejam sebagai "husnul khatimah" bagi hayam laki.
Hayam laki HARUS aku korbankan.
Mentor baru? Belakang ceritalah. Aku masih berkabung sekarang ini.
Sayonara, hayam laki!
Artikel ini merupakan yang terakhir di dalam politik biut. Saya mengucapkan terima kasih kepada para pembaca kerana sudi meluangkan masa bersama-sama saya sejak dari awal siri ini. Saya akan memulakan siri baru tidak lama lagi, Insya-Allah. Wajid Manis.
Artikel ini merupakan pandangan peribadi pengarang dan tidak semestinya menggambarkan pandangan KadayanUniverse.Com di dalam hal ini – Kaawai Tanah.
Comments
giin buagas - Hayam laki tatap hayam laki ju |2008-03-13 10:09:09
hayam lakimu ani sanang diurus pasal kau memang dapat nyumbalih.
Tapi "hayam laki" kita tu inda ya kan baanti uja nya--- tukang sumbalih payah kan mambubut nanti tu, pasal masti tangkap dulu barutah dapat nyumbalih.
giin buagas - mukhriz dah mula ... |2008-03-14 14:36:34
Mukhriz dah berkokok meminta PM letak jawatan
0 comments:
Post a Comment