Kamarin sia pigi sana mini putrajaya di KK urus passport.
Limpas sana Jabatan pendaftaran, alala sasak sasak!!!! Semua macam urus kad hijau. Kad hiijau ini teda keraguan lagi baginya. Ia adalah daya penarik mega yang sungguh lakudi Putrajaya; lebih hebat dari skim buluh mas.
MyKad
Sabar, sabar... nanti dapat juga tu
- Gambar Daily Express
Apa-apa ja la bos, tapi soalnya status sementara diberikan kepada orang teda negara.
Apa macam tu? Sudah namanya orang teda negara. Ka manalah diorang mo pigi kalu suda teda negara, sila jawab?
Ting! Ting! … abis masa suda.
Jawabnya, teda ka mana-mana. Lugai-lugai sinilah kan...
Oleh kerana itu kita harus bagi satu kad istimewa untuk orang teda negara yang bikin kasian ini, bilang jabatan pendaftaran. Kanapalah dorang teda nagara sia pun tia paham. Jadi nah, bagi satu kad hijau yang boleh luput dan distatuskan jadi penduduk sementara.
Tapi bukan bikin tambah masalahkah ini?
Penduduk sementara ini akan beranak. Lepas tu anak dia lahir di sini. Mama bapa diorang teda negara, anak pun teda negara juga, tapi lahir di sini. Jadi nanti suda besar layak lagi dapat kad hijau. Lagi........ itu anak nanti beranak lagi, sudah jadi cucu. Itu cucu nanti dapat memohon kad hijau. Lepas tu cicit keturunan dia dapat juga kad ijau.
Jadi itu kad hijau sampai bila-bila pun kad hijaulah, sampai cucu cicit dia pun pigang kad hijaulah. Kalu penduduk sementara, lepas tu anak dia penduduk sementara dan cicitnya juga dapat penduduk sementara, itu kira tinggal tetaplah tu.
Kalau bapa dia teda negara tapi tinggal di Malisya, lepas tu anak dia pun teda negara, tetapi tinggal di malisya, cicit dia teda negara tapi tinggal di malisya. Itu suda kira bernegara malisya la tu boss... (bos, …... plastik bos?)
Tia heranlah kenapa ada suda yang bengang!
Green MyKad move queried Kota Kinabalu (Daily Express): Both Sabah Barisan Nasional and opposition leaders Tuesday questioned the current registration of "stateless people" at National Registration Department offices statewide that would enable them to obtain the green MyKad. They feared that the document would end up not in the hands of "stateless" locals in the interior but to foreigners who may be armed with birth certs issued by hospitals in Sabah. They said the Federal Government's decision to issue the green MyKad should have been explained fully to the people before the NRD went ahead. Already IMM13 holders and illegal immigrants with children born in the State are treating it as an opportunity to make their presence in the State easier and trouble free, said Moyog Assemblyman, Donald Mojuntin. "We can gauge this by their numbers congesting the NRD offices here and in Tawau," he said on the sidelines of the State Budget sitting, Tuesday. The Daily Express reported that thousands of "stateless" people had thronged the NRD offices at both places, some as early as 6am, since the weekend after the department announced it will start re-issuing the green MyKad.
Comments
Pangait |2008-11-20 15:36:32
Ini satu helah orang KL. Kamu fikir sajalah... dulu IMM3 konon, skarang IMM3 bulih tukar kad ijau. lapas tu tiada jalan kluar, tukar biru... tingu sajalah...
Anonymous |2008-11-21 08:40:46
hijau kawin biru - akhirnya jadi biru jua tuuu...
bagi kad ijau suruh ia pindah ke sana seberang laut..arah kumpulan kerapu
kambura |2008-11-21 13:12:50
awu wa....teknik org semenanjung wa tu...manada org sabah minta kad hijau atu......kan dipanuhkan nya sabah ani sama org luar negara....ani teknik supaya UMNO nda pndi kalah.....bulih la bagi kad hijau pastu hantar ke semenanjung tanda terima kasih dorg sama pemimpin UMNO...
Wang Sabah !!! - KAD HIJAU !!! |2008-11-24 23:42:01
Bagi saya Pengeluaran MYKAD HIJAU ini sama sahaja memberikan MAYKAD atau memberikan Warganegara kepada Pendatang Tanpa Izin @ PATI tu.Saya sudah tidak Hairan lagi akan FENOMENA BN @ UMNO dan JPN ni.Mereka bukan sahaja mengeluarkan MYKAD HIJAU tetapi pengeluaran MYKAD Warganegara Malaysia pun mereka keluarkan apa lagi yg Hijau...he he he mereka memanglah Pemimpin PENGADAI NEGARA kita Malaysia terutama sekali Pemimpin UMNO @ BN yang WAJIB kita TUMBANGkan pada PRU nanti.
Kita sudah sedia maklum laa...Pengeluaran IM13 tu dikeluarkan kenapa? apa gunanya Kerajaan kita memberikan ruang yg begitu luas kepada PATI? Kita sebagai Rakyat diNegeri Sabah ini akan menjadi Pelarian dan Bersaing dengan mereka mereka ini di satu hari nanti. Bukan sahaja di masa akan datang tetapi hari ini sudah ada YB dari keturunan PATI ini.Ragui lah kita sebagai Warga Malaysia di Sabah ini sekiranya hanya bercakap di Blog atau di Internet sahaja.Kita "WAJIB" menterjamahkan peluang kita setiap 5 tahun sekali untuk MENUMBANGkan Kerajan BN yang tidak Amanah ini.PRU yg mendatang kita Keluar Mengundi untuk beramai ramai untuk MENUMBANGkan UMNO dan BN di Sabah/Sarawak.Fenomena sekarang Pengeluaran MYKAD @ KEWARGANEGARAAN kepada Rakyat Philippine,Indonesia dan Pakistan. Apakah kita masih BERDIAM diri???. Dengan MENUKARkan KERAJAAN yg ada pada hari ini barulah kita boleh mengubah FENOMENA yang ada pada hari ini. AMIN !!!!
0 comments:
Post a Comment