Home » » Rais, camuk ini budaya kita!

Rais, camuk ini budaya kita!

Written By Unknown on Monday, 3 November 2008 | 15:29

Written by TaSigung Tia


Satu-satunya bahasa yang dikenali oleh orang Malaysia ialah bahasa camuk.


Saya akan menghadapi masalah berbual di dalam bahasa melayu baku, kerana orang lain tidak memahaminya.

Saya juga menghadapi masalah berbual dalam bahasa inggeris baku, kerana saya sendiri tidak memahaminya.

Secara jujur, bahasa melayu itu sendiri adalah lahir dari camukan budaya. Hanya ada beberapa perkataan asal melayu yang tertinggal adalah sehingga sekarang, diantaranya 'babi' dan 'ubi'.

Yang lain, semuanya hasil camukan antara bahasa sanskrit dan bahasa arab.

Kemudian dicamuk dengan bahasa portugis, bahasa sepanyol, bahasa belanda, dan kemudian dibalut dengan kemas menggunakan bahasa Inggeris sebagai intinya.

Tetapi jangan pandang rendah kepada bahasa camuk. Walaupun ia dicamukkan secamuk-camuknya, tetapi mampu juga menjadi lingua franca sejauh Port Said di Afrika sehingga tahun 1950an.

Seruan Rais memang patut disokong, masalahnya bukan beliau, tetapi orang Malaysia sendiri. Saya pasti seruan beliau tidak akan dipandang serius sampai bila-bila masa pun.

Teks diperbaiki, 04 Nov 2008

Sebenarnya orang-orang KLlah yang paling suka mencamukkan bahasa Melayu.

Orang semenanjunglah juga yang paling suka mencamukkan bahasa Melayu. Segala bunyi 'a' dibuang menjadi 'e'.

Mari kita buktikan malam ini, dengan menonton Berita Utama yang meloyakan itu. Atau lihat drama-drama melayu di kaca TV saban malam.

Intelektualiti orang malaya diukur sebanyak mana mereka boleh menggoreng bahasa Inggeris sebanyak mungkin semasa bercakap bahasa melayu. Atau menggaul bahasa melayu seinggeris mungkin.

Bahasa “melayu baku” yang sebenar-benarnya ialah bahasa camuk, dan hanya itu yang dikenali oleh majoriti orang 'terpelajar' di seantero Malaysia.

Sebaliknya, bahasa 'baku' yang hanya tinggal di buku-buku dan kamus adalah bahasa 'camuk' di mata masyarakat kita.

POO[hon maaf kerana mutu bahasa saya ren]DAH!!!!!!!!!!!

Kempen Budi Bahasa ahli Parlimen (Utusan) Sementara itu, Menteri Luar Datuk Seri Dr. Rais Yatim berkata, amalan mencampuradukkan Bahasa Malaysia dengan Bahasa Inggeris semasa perbualan harian dalam kalangan rakyat negara ini, menunjukkan mereka mengalami kecamukan budaya.

Beliau berkata, amalan sedemikian bukan sahaja menyebabkan seseorang individu tidak dapat menguasai kedua-dua bahasa berkenaan dengan baik, malah menjejaskan kelancaran berkomunikasi.

“Kalau cakap Bahasa Malaysia cakaplah dengan penggunaan yang betul, kalau cakap bahasa Inggeris pun, cakaplah dengan betul,” katanya semasa merasmikan Penubuhan Majlis Alumni Institut Perguruan Bahasa Melayu Malaysia.


Comments


penyo |2008-11-04 15:43:39
Banar tu, sokong!!!!!!

Anti Double Standard - DATUK RAIS TAKUTKAN BINI !!! |2008-11-25 01:50:09
Bana tu wang uja mu tu...Mun Datuk Rais kan Dangaa Bahasa Melayu yang inda banaa bunyinya d Malaya saja.Sebagai Pemimpin kita Rasa Datuk Rais Yatim ni banyak "MENGAMPU" daiee batutuan luus. Ku lihat Pemimpin mcm Datuk Rais ni 24 Jam Takut kan bininya nganya ku lihat. Mun Bapakaian pun Mesti sedundun dangan bininya.Inda kamu Perasaan kah e2 ??? Bila ya mbuat Komen biasannya macam ia tanganya yang Luus dan punya Visi yang banaa....Di Kabiee biginya tu tahu Datin Maznah pakah !!!
Share this article :

0 comments:

Post a Comment

Babad Views

Babad Editor

Popular Posts

 
Babad Support Sites : Kadayan Chronicles | Kadayan Chronicle | Babad Kadayan
Copyright © 2013. Babad Kadayan - All Rights Reserved
Template Created by Kadayan Chronicles Published by Babad Kadayan
Proudly powered by Blogger