Home » , , » Sabah Termiskin - Salah BN

Sabah Termiskin - Salah BN

Written By Unknown on Thursday 11 November 2010 | 14:58

Tenat sungguh bunyi Laporan Bank Dunia yang dilaporkan oleh akbar Daily Express pada hari ini 11.11.10.

Bunyinya begini: "Laporan Bank Dunia mengesahkan Sabah masih merupakan negeri paling miskin dalam Malaysia - Daily Express."



Harap-harap tiada laungan suara-suara sumbang menyalahkan orang Sabah. Kesianlah kerana masih papa kedana. Janganlah hendak menyalahkan penduduk Sabah pula.Paling miskin maksudnya corot dalam aspek kekayaan.

Bak kata orang, umpama sudah terang hendak bersuluh.
Corot = Uncit.

Tentulah ada arah ke mana hendak menuding, sasaran yang lebih besar dari kambing hitam pun ada. Ehh, ada dinasor birulah. Siapa lagi kalau bukan Kerajaan BN. Mereka harus dipertanggungjawabkan dalam soal ini. Sudah pun berkampung di Sabah mnghampiri dua dekad masih juga gagal meletakkan negeri Sabah di tempat yang wajar.

Sabah dulu merupakan negeri yang terkaya, tetapi menjadi miskin kerana onar pemimpin-pemimpin yang tidak bertanggungjawab.

Pada tahun 1994, konon dikatakan bahawa Sabah merupakan negeri termiskin. Jadi modal utama yang diguna oleh UMNO / BN di bawah Dr. Mahathir bagi mengambilalih kerajaan negeri ialah kemiskinan. Taktik kotor atau bersih bukan merupakan keutamaan mereka ketika itu. Yang pasti gula-gula ampuh ialah dengan beralaskan PEMBANGUNAN. Kononnya, nasib rakyat di negeri ini hanya dan HANYA boleh dibela oleh Barisan Nasional. Tiada lain selain dari Barisan Nasional yang berlambangkan dacing biru dan sentiasa terpampang di mana-mana.

Betullah juga, siapa yang mahu hidup miskin. Kalau ada tawaran, semua pun berminat jadi anak angkat Bill Gates atau Sultan Brunei.

Janji BN yang paling masyhur ialah untuk membangunkan Sabah dalam masa 100 hari.



Sungguh gah dilaungkan 16 tahun lepas. Toleh ke kiri, terpampang "Satu lagi projek kerajaan persekutuan". Toleh kanan, "Satu lagi projek kerajaan persekutuan". Tengok jamban curah kampung, semuanya biru belaka.



Mana-mana yang tidak biru, dindingnya ialah papan tanda "Satu lagi projek kerajaan persekutuan" yang telah diubahsuai dan 'dibangunkan semula' dalam bentuk baru.

Jadi pemimpin pun berlompatan mengikut BN, macam semut mengurung gula.

Mana - mana yang tidak dijemput dengan rasmi teda taim2 lagi lalu menubuhkan parti mereka sendiri, asalkan membangun bersama BN.

Sebelum itu Mahathir telah sewenang-wenangnya mengubah sempadan pilihanraya supaya menguntungkan UMNO, asalkan BN memerintah dengan senang.

Rakyat Sabah akur, lalu memberikan sokongan yang tidak berbelah bagi kepada kerajaan BN. Lalu sekarang ini mereka diiktiraf sebagai "negeri peti selamat BN". Anak emas BN.

Tidak lupa juga kenangan manis bagaimana Ketua Menteri Sabah digilir-gilirkan sesedap rasa sekali oleh BN. Ini mengalahkan lagu "Kenangan Terindah" kumpulan Samson. Kerana itu lah sekarang ini Sabah mempunyai bilangan bekas ketua menteri yang masih hidup paling ramai di Malaysia, boleh dimasukkan dalam Malaysia's Book of Record edisi 2011.

Tetapi malang sungguh nampaknya. Pada tahun 2010 ini setelah memerintah selama 16 tahun, kita dikejutkan bahawa Sabah masih juga merupakan negeri yang paling miskin!

Kejayaan utama BN ialah "Mengekalkan" Sabah sebagai negeri termiskin dalam negara ini. Ini adalah "Satu Lagi Projek Kerajaan Persekutuan".




Anak emas yang paling miskin. Ini pun "Satu Lagi Projek Kerajaan Persekutuan" juga. Adakah istilah anak tembaga? Mungkin ini lebih tepat.


Share this article :

2 comments:

  1. itulah bah, kamurang muudaaah kana buyuk. $$$ punya pasal semua buleh jadi ohh

    ReplyDelete
  2. pemimpin senang bila rakyat msikin kerana akan selamanya mereka boleh diumpan2 kerana sudah tebal sikap bergantung dan tidak ada upaya mempertahanan pendapat sendiri apa lagi mau tahu hal sabah jadi miskin...tiada urusan bagi mereka.

    ReplyDelete

Babad Views

Babad Editor

Popular Posts

 
Babad Support Sites : Kadayan Chronicles | Kadayan Chronicle | Babad Kadayan
Copyright © 2013. Babad Kadayan - All Rights Reserved
Template Created by Kadayan Chronicles Published by Babad Kadayan
Proudly powered by Blogger