Home » , , , , » Shafie Apdal Meminta Orang Termiskin Berkorban?

Shafie Apdal Meminta Orang Termiskin Berkorban?

Written By Unknown on Friday 19 November 2010 | 08:36

Minta Orang Termiskin Berkorban?

Datuk Seri Shafie Apdal menggesa masyarakat luar bandar menghargai pengorbanan yang diteladani oleh nabi Ibrahim a.s. dan Ismail a.s. untuk meningkatkan status sosio-ekonomi mereka.

Mengikut beliau, kesanggupan untuk mengorbankan hidup dan hartabenda oleh kedua mereka harus menjadi pemangkin untuk melonjakkan komuniti luar bandar untuk berjaya dalam pelbagai bidang.



Pertama sekali, pengorbanan nabi Ibrahim a.s. dan Ismail a.s. bukan berkaitan dengan peningkatan ekonomi luar bandar.

Kedua, Shafie harus mengenang kembali bahawa Sabah merupakan negeri termiskin dan 40% daripada orang termiskin di Malaysia datangnya dari negeri Sabah. Dalam hukum, orang paling miskin tidak wajib berkorban. Sebaliknya mereka adalah golongan penerima korban.

Ketiga, orang Sabah adalah korban, bukan orang yang hendak berkorban. Orang Sabah merupakan kambing korban yang dipersembahkan kepada BN demi memburu pembangunan yang dijanjikan. Kini setelah 16 tahun berkorbankan orang Sabah, masih lagi merupakan negeri termiskin.


Ingat BN, ingat Gambar ini bah!
Satu Lagi Projek Kerajaan Barisan Nasional


Banyak lagi merupakan pengorbanan orang Sabah yang lain, bukanlah maksudnya hendak mengungkit, tapi mengenang pengorbanan. Kita digalakkan mengenang pengorbanan, sebab itu ada sambutan hari raya korban setiap tahun.

Orang Sabah sanggup membubarkan parti USNO yang mereka sayangi.

Orang Sabah sanggup bergilir-gilir dan berketua-menterikan macam-macam orang, daripada Osu Sukam Raja Judi sehinggalah Chong Kah Kiat Mazu Master.

Orang Sabah menahan diri saja bila kerajaan menyerahkan beratus-ratus ribu hektar tanah untuk dibangunkan oleh syarikat luar konon demi pembangunan dan peluang kerja. Malangnya peluang kerja juga disedekahkan kepada orang luar.



Laporan Bank Dunia adalah betul, bukan suatu salah faham.

Di dalam sidang akhbar yang sama Shafie menyentuh Laporan Bank Dunia mengenai kemiskinan di Sabah seperti berikut

"Kerajaan negeri harus melihat Laporan Bank Dunia yang mengkategorikan Sabah sebagai negeri termiskin secara objektif dan meneruskan pelaksanaan langkah-langkah untuk membetulkan kelemahan untuk meningkatkan taraf ekonomi masyarakat".

Jadi nampaknya laporan berkenaan adalah benar. Ia bukan semata-mata "salah tafsiran kasar" seperti yang disogokkan sebelum ini dan dipampangkan di muka hadapan akhbar Daily Express.

Laporan Bank Dunia kata Sabah negeri termiskin, Ismail dari Unit Perancangan Ekonomi Negeri (EPU) terkial-kial menafikan. Kemudian Shafie, menteri persekutuan kata, kerajaan negeri mengaku sajalah, dan teruskan perbaiki mana yang ada.

Jadi Ismail, bagaimana sekarang? Letak jawatan sajalah.



Hal ehwal agama masih dipegang oleh Jamil Khir Baharom, bukan Shafie Apdal.

Sengajalah diumumkan supaya orang ramai tidak keliru dengan perkembangan terbaru Shafie yang semakin berminat dalam hukum serta perkara-perkara ghaib dan sudah mula memperlihatkan tanda-tanda kasyaf.

Shafie mengumumkan bahawa Pas merupakan parti ajaran sesat. Kemudian dia dapat mengenal pasti dua tanda besar dari Allah taala sekaligus iaitu; #1 balasan Allah yang diturunkan kepada parti PKR dan, #2 Allah memilih Umno / BN untuk terus memerintah.

Shafie juga nampaknya sudah boleh menilik. Menurut beliau masalah PKR adalah kerana berpunca daripada ketamakan berlebihan kepada kedudukan dan kuasa.

Kebolehan seperti yang dimiliki oleh Shafie ini haruslah dihargai kerana ini merupakan rahmat kepada masyarakat kita.

Ehh, teringat pula satu kejadian berkenaan dengan Umno di Kedah. Seorang pemimpin Pemuda Umno Kedah Basorri Hassan mahukan parti itu mengkaji kembali jawatan pengerusi perhubungan Kedah Datuk Shafie Apdal ...".

Jadi kepada Shafie yang arif laksana, eloklah kita tanyakan. Kejadian di Kedah ini, apakah tanda-tanda dan maksudnya?



Share this article :

2 comments:

  1. Wakaka lawak hang no... hang mmg terra la rimi

    ReplyDelete
  2. salam perkenalan tuan admin,

    merungkai kata penulisan sdr, sy sependapat dgn apa yang sdr telah paparkan. hak rakyat sabah harus ada pembelaan. tahniah..! dan teruskan..!

    ramai laman blog di kota belud khusus nya dan am nya di sabah yang memaparkan keadaan sebenar BN yang mentadbir negeri sabah. isu yang hangat di perdebatkan adalah isu autonomi sabah dan 12 perkara.


    -murai.kb-

    ReplyDelete

Babad Views

Babad Editor

Popular Posts

 
Babad Support Sites : Kadayan Chronicles | Kadayan Chronicle | Babad Kadayan
Copyright © 2013. Babad Kadayan - All Rights Reserved
Template Created by Kadayan Chronicles Published by Babad Kadayan
Proudly powered by Blogger