Home » , , » Jeffrey Kitingan, mau ke mana?

Jeffrey Kitingan, mau ke mana?

Written By Unknown on Tuesday 1 February 2011 | 13:04


Sekarang dah sedia ada PBS, Pasok, PBRS; campur UBF ~ hendak dipecahkan lagikah kuasa politik KDM ini.

Nampaknya Dr. Jeffrey mula mengorak langkah melalui landasan politiknya yang baru iaitu United Borneo Front atau singkatannya, UBF.


Pix - freemalaysiatoday

Khabarnya, setakat ini seramai 875 termasuk 16 orang ketua cabang PKR di Sandakan mengikut jejaknya dan memilih untuk keluar parti secara beramai-ramai.

Dilaporkan juga bahawa beliau memilih bulan Mac depan untuk melancarkan partinya secara rasmi. Mengikut beliau “Nanti Mac ini kita akan lancar parti baru kita… parti baru akan bekerjasama dengan SNAP dan Barisan Borneo akan pegang 56 kerusi parlimen di Sabah dan Sarawak".

Biasanya orang melakukan pecah tanah apabila semua kerja-kerja perancangan telah disediakan termasuk anggaran perbelanjaan dan keputusan sama ada sesuatu projek itu boleh dilaksana atau tidak. Dari hiruk pikuk yang sedang berdengung dengan tempik raung UBF ini, bolehlah dikatakan bahawa mereka sedang melakukan kerja-kerja pecah tanah bagi pembinaan parti baru yang kita belum tahu besar kecilnya serta tinggi rendahnya kelak. Kalau hendak tahu juga kenalah tunggu sehingga menjelangnya bulan Mac nanti.

Mengambilkira hal yang demikian, maka bolehlah ditanya soalan mudah kepada beliau. Mmanalah tahu kalau kena di telinga dan sesuai di mata, boleh juga tumpang semangkuk.

Jadi Amai, kamurang mo pigi mana baini?

Mengikut anggapan ramai, Jeffrey merupakan jenis ahli politik liar yang sukar dijinakkan (maverick politician). Dia berada dalam kelas yang sama seperti Zaid Ibrahim. Mereka hanya sesuai menjadi nombor satu, "numero uno". Sepatutnya dari 1994 lagi jeffrey sudah boleh memikirkan untuk menubuhkan partinya sendiri apabila keluar dari PBS. Ini tidak, beliau malah memilih untuk Akar dan kemudian seperti yang diketahui umum, ia berakhir dengan masalah. Selepas itu masuk sebuah parti lagi iaitu PBRS. Malang ia juga berakhir dengan masalah. Berkampung pula beberapa ketika dalam PKR, tetapi seperti biasa, "gerimis mengundang".

Congak punya congak, diakui menubuhkan parti sendiri adalah langkah terbaik untuk Jeffrey bertarung di arena politik Sabah. Bak kata orang Sabah, "Ni barulah". Bertarung dengan kekuatan sendiri, bersilat dengan bunga dan buah kuntau ciptaan sendiri serta bergentayangan di angkasa politik menggunakan tanpa bertopang dengan orang lain.

Terlalu awal juga jika hendak menilai besar kecilnya kesan impaknya kepada UBF dan PKR yang mungkin berlaku hasil daripada perkembangan terbaru ini.

Beliau merupakan ahli politik veteren yang penuh dengan pengalaman sepak terajang politik negeri Sabah. Seperti kebanyakan ahli politik veteren, sepak mula politik mereka termasuk beliau juga masih tidak terbabas dari acuan klasik sama seperti sepak mula parti PBS pada tahun 1986 dahulu. Seperti PBS, UBF kelihatannya bersinggung siku ke siku mengendeng masyarakat kadazan-dusun-murut KDM sebagai pengkalan kuasanya (powerbase). Ketika ini yang nampak ialah, UBF merupakan pertubuhan yang tertumpu kepada etnik tertentu (ethno-centric) yakni dikuasai dan disasar kepada KDM.

Jadi bagaimana orang lain hendak tumpang sekaki bos?

Tetapi berbanding PBS terdapat sedikit perbezaan juga. 'Letupan' UBF tidak meledak di kawasan Tambunan/ Keningau, tetapi di Sandakan ... kenapa ya?

Mungkin kerana kawasan Keningau-Sook-Tambunan masih merupakan kubu kuat PBS / PBRS. Ini berkaitan dengan pemilihan 'niche' baru pasaran pengkalan kuasanya. Tetapi masalahnya masih bertompok dalam kelompok KDM yang sudah agak tepu kerana ketika ini telah dihurung dengan pelbagai parti politik.

Telah sedia ada PBS, Pasok, PBRS; campur UBF ~ hendak dipecahkan lagikah kuasa politik KDM ini.

Harap-harap ada orang-orang UBF yang membaca artikel ini.
Convince me & I will be with you.
Share this article :

0 comments:

Post a Comment

Babad Views

Babad Editor

Popular Posts

 
Babad Support Sites : Kadayan Chronicles | Kadayan Chronicle | Babad Kadayan
Copyright © 2013. Babad Kadayan - All Rights Reserved
Template Created by Kadayan Chronicles Published by Babad Kadayan
Proudly powered by Blogger