Home » , , , , » Rosmah Flom pandai, Flom bijak ~ Datuk Anifah Aman

Rosmah Flom pandai, Flom bijak ~ Datuk Anifah Aman

Written By Unknown on Sunday, 30 January 2011 | 11:58

Kalau subsidi minyak masih menjadi beban kerajaan, mintak tolong saja dengan Flom dapatkan derma dari kerajaan asing.

Mengikut Menteri Luar, Datin Seri Flom seorang yang pandai. Selain itu dia juga seorang yang bijak. Di sisi Najib ada sang isteri yang amat membantu.


Flom yang bijak pandai - pix malaysianinsider

Papan tanda mengenai lawatan Najib ke Maliau Basin dalam rangka lawatan kerja ke negeri Sabah pun dipaparkan gambar dua merpati sejoli ini. Gambar PM dan Flom yang pandai dan bijak. Pendek cerita memang tepat Flom amat membantu.

Anifah mungkin merujuk kepada perkembangan terbaru Flom yang baru-baru ini telah 'membantu' Najib 'mengukuhkan' hubungan dua hala dengan melakukan lawatan ke Oman. Menurut Flom sendiri, lawatan berkenaan ditaja oleh kerajaan Oman.

Kalau benar begitu, memang Flom pandai dan bijak.

Akan tetapi pujian ini belum cukup. Ia masih belum cukup rasa bagi menggambarkan kehebatan beliau.

Mungkin Anifah lupa menyebutkan juga bahawa Flom hebat dalam cari penaja lawatan. Tak lama lagi tak payah naikkan harga minyak. Mulai sekarang kalau subsidi minyak masih menjadi beban kerajaan, mintak tolong saja dengan Flom dapatkan derma dari kerajaan asing. Atau mungkin perbelanjaan bahagian Flom di Jabatan Perdana Menteri pada masa akan datang ditaja oleh mana-mana pihak yang boleh dipujuk. Juga, program permata beliau tidak memerlukan beratus-ratus juta lagi dari saku kerajaan mulai tahun hadapan.

Pandai. Bijak.

Cuma persoalan utama sebenarnya bukan setakat pandai dan bijak saja. Sebenarnya ia juga menyangkut beberapa perkara yang tidak begitu selesa diperkatakan oleh masyarakat Malaysia.

Seperti kata Najib, Flom tidak ada dalam perlembagaan negara. Oleh itui seorang Flom tidak mempunyai urusan secara langsung dalam pentadbiran rasmi kerajaan.

Jika dalam mana-mana urusan PM tidak dapat pergi menyempurnakan, orang paling utama yang menjadi wakil kerajaan selepas beliau ialah Timbalan Perdana Menteri. Tatacara ini meliputi juga lawatan ke Oman yang sibuk diperkatakan sehingga sekarang.

Bagi urusan yang menyentuh perkara luar negara dan Perdana Menteri serta Timbalan Perdana Menteri tidak dapat menghadirinya, maka itu akan secara langsung menjadi tugas Menteri Luar dan Duta yang dipacak berkampung di negara berkenaan.

Bukan begitukah, Anifah?

Kita teruskan lagi dengan urusan-urusan kerajaan dalam negara. Jika Perdana Menteri serta Timbalan Perdana Menteri tidak dapat menghadirinya, maka itu akan secara langsung menjadi tugas menteri-menteri lain yang berkenaan menanganinya.

Di Malaysia, tiada seorang pun yang lebih berpengalaman menjadi isteri PM selain dari Tun Dr. Siti Hasmah Mohd Ali. Beliau menjadi Isteri Perdana Menteri [bukan Flom] selama 23 tahun. Selama tempoh itulah juga Tun Dr. Mahathir digambarkan sama ada sebagai wira atau jembalang bergantung kepada pihak mana yang membuat gelaran. Tetapi, seingat saya tidak pernah ada yang tergamak memberi gambaran buruk kepada Dr. Siti Hasmah. Hendak dikata tidak pandai dan tidak bijak, tidak tepat juga kerana beliau pun seorang doktor perubatan sama seperti suaminya.

Tindakan Flom yang seperti ini adalah tidak wajar serta menuntut penjelasan rakyat. Lebih tidak wajar jika kerajaan terus menerus menikus kemudian senyap-senyap memadamkan laman web bahagian F.L.O.M di Jabatan Perdana Menteri dengan harapan penyalahgunaan dana dan kakitangan kerajaan untuk menjaga urusan FLOM ini tidak lagi boleh dikesan.

Jangan lupa bahawa pada setiap ketika ada 74 juta bijik mata dari 37 juta rakyat Malaysia sedang memerhatikan tingkah dan laku yang sedang diaksikan di Putrajaya walau pun web berkenaan sudah lesap entah kemana.

Dikata salah, didiamkan pun salah. Akan tetapi tingkah ini bersahutan dengan ungkapan tidak enak seperti

terhegeh-hegeh
memandai-mandai
lebih sudu dari kuah

Hendak diteruskan jugakah? Rasanya tentulah. Orang pandai dan bijak biasanya tidak akan mudah mengalah begitu saja. Jangan susah, tukang sorak pun tetap juga akan dapat habuan lumayan.

Share this article :

0 comments:

Post a Comment

Babad Views

Babad Editor

Popular Posts

 
Babad Support Sites : Kadayan Chronicles | Kadayan Chronicle | Babad Kadayan
Copyright © 2013. Babad Kadayan - All Rights Reserved
Template Created by Kadayan Chronicles Published by Babad Kadayan
Proudly powered by Blogger