Home » , , » Rosmah, Bunga Serikandi Negara (FLOM)

Rosmah, Bunga Serikandi Negara (FLOM)

Written By Unknown on Thursday 27 January 2011 | 18:21

Najib, PM
Rosmah, FLOM



FLOM

Sokongan yang tidak berbelah bagi kepada isteri Najib, iaitu FLOM. Tepatnya FLOM yang pertama di Malaysia.

Ini bukan merujuk kepada pekan kecil bernama Flom yang terletak Minnesota, Amerika Syarikat.

Entahlah apa maksud sebenar FLOM ini. Mungkin ia bermaksud FLower Of Malaysia. Mungkin Bunga Rayalah, yakni bunga kebangsaan negara. Jadi dalam bahasa bakunya Rosmah adalah bunga serikandi negara, begitulah.

Status sebenar beliau belum lagi ditentukan, tapi setakat ini yang pasti memang FLOM.

Kalau tidak percaya sila tanyakan saja kepada 15 rakan-rakan beliau dari Afrika yang baru-baru ini bertandang ke Malaysia untuk menghadiri majlis FLOM.


Sebahagian Geng FLOM

Mengikut Najib, FLOM sebenarnya tiada dalam perlembagaan negara.

Lebih kurang maksudnya rekaan semata-matalah. Akan tetapi menurut Najib juga, kononnya taraf FLOM adalah lebih rendah daripada Raja Permaisuri Agong.

Maaflah, bukan hendak menghasut. Tapi dalam sistem nombor bulat arab (Arabic integer) nombor sebelum nombor 1 ialah 0!

Jadi ada dua pilihan.

Pertama, kalau F bermaksud first dan 0 = Zero, maka gelaran untuk Raja permaisuri ialah ZLOM?

Mungkin tidaklah. Masakan Bunga Serikandi Negara a.k.a Flom a.ka, Rosmah, akan tergamak memberi gelaran Zero Lady of Malaysia kepada permaisurinya sendiri. Ini kerana beliau bukan saja bunga serikandi kebanggaan rakyat, tetapi adalah sumber permata di negara kita dan bernilai RM111 juta pada tahun 2011.
----------------------------------------------------
Lawak FLOM:
(Seorang Apek bertanya kepada JUSA FLOM)
Apek: Whee ah you flom?
JUSA FLOM: Well, I'm just back flom Oman ....





ngehngehngeh....



wakakakakaka....




---------------------------------------------------

Pilihan kedua ialah mengadakan dua kelas FLOM, iaitu flom kelas pertama dan flom kelas kedua. Alahh, gelaran datuk pun ada dua tiga kelas takkanlah flom tak boleh pula. Esok bila dah ada berkelas-kelas FLOM, adakan pula FLOM peringkat negeri. Dengan itu nanti bolehlah buat persidangan FLOM tanpa perlu memanggil kawan-kawan dari Afrika, belanja pun jimat sikit.

Sebenarnya sekarang ini telah ada Bahagian FLOM di Jabatan Perdana Menteri Putrajaya, sekadar hendak mengingatkan anda yang hampir-hampir lupa mengenainya.



Maksud F.L.O.M mengikut warga Putrajaya adalah rahsia. Percubaan dua blogger di sini dan sini untuk meminta penjelasan mengenainya disambut dengan gaya penuh akta rahsia rasmi oleh pegawai yang menyambut panggilan mereka. Suara menjawab pun bunyinya mengalahkan tengkingan pagi sesetengah jururawat di hospital kerajaan.

Ehemm, berahsialah sepuas hati. Tapi kang kena sebut Bahagian Fat Lady Of Malaysia tak ke naya.

Bahagian FLOM ini diketuai oleh Bekas Ketua Setiausaha (KSU) Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Warisan, Datuk Siti Azizah Abod, sekadar hendak mengingatkan anda betapa maha pentingnya bahagian ini bagi Najib menguruskan masalah negara. Bukan calang-calang kakitangan yang menerajui FLOM. Azizah merupakan seorang yang pemegang Jawatan Utama Sektor Awam atau pendeknya dipanggil JUSA.


JUSA FLOM

Khabarnya dek kerana tempik blogger sana sini, Bahagian F.L.O.M Jabatan Perdana Menteri telah dipadam dari laman web Jabatan Perdana Menteri. Janganlah begitu, baik-baik FLOM, sekarang dah jadi floP.

Begini.

Kerajaan pernah mewujudkan Akta Pencen Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj 1971 khusus untuk menangani kebajikan Perdana Menteri Malaysia yang pertama selepas bersara. Maksudnya bukan mustahil untuk mewujudkan akta untuk memenuhi kepentingan seseorang individu penting kebanggaan negara kerana ia pernah dilakukan sebelum ini. Jadi untuk bunga Serikandi Negara ini, jangan lengah-lengahkan lagi.

Kerajaan BN harus mewujudkan Akta FLOM. Tapi kalau diputuskan negara akan mempunyai cuma seorang FLOM, adalah dicadang bahawa lebih baik wujudkan saja Akta Rosmah Mansor 2011.

Share this article :

0 comments:

Post a Comment

Babad Views

Babad Editor

Popular Posts

 
Babad Support Sites : Kadayan Chronicles | Kadayan Chronicle | Babad Kadayan
Copyright © 2013. Babad Kadayan - All Rights Reserved
Template Created by Kadayan Chronicles Published by Babad Kadayan
Proudly powered by Blogger