Home » , , » 1Malaysia, 1Flom, sekarang 1Flop!

1Malaysia, 1Flom, sekarang 1Flop!

Written By Unknown on Friday 28 January 2011 | 14:21

Flop. Dah tak ada.


1PM, 1FLOM - Pix freemalaysiatoday

Nampaknya laman Bahagian Flom di Pejabat Perdana Menteri telah dilesapkan oleh orang-orang Putrajaya.


FLOM dah lesap

Apa ni boss, iklan biskut chipsmore ke?

Sebelum ini laman berkenaan boleh dicapai di sini. Tidak usahlah hendak disembunyikan kerana laman FLOM masih disimpan oleh Lebai Google.


Google Cache masih ada!

Mungkin ada di kalangan orang-orang Putrajaya yang merasa tidak sedap badan sejak perkara ini menjadi umpatan masyarakat Malaysia. Apatah lagi Datin Seri Flom pun dah kembali dari Oman, grenti agak hangin satu badan.

Mengikut Ahli Parlimen pembangkang, Theresa Kok, kewujudan unit penuh ini merupakan bukti bahawa Najib telah berbohong di Dewan Rakyat apabila mengatakan bahawa isterinya tidak mempunyai kakitangan sendiri.

Tapi kalau setakat melesapkan laman web, tak ada bendanya sangat. Rasa-rasanya bahagian berkenaan masih wujud dan berfungsi seperti biasa.

Satu laporan mengatakan bahawa bahagian FLOM wujud sebagai unit penuh di Jabatan Perdana Menteri. Ia mengandungi enam kakitangan dan mempunyai struktur yang setara dengan bahagian Media, bahagian Kajian dan Polisi serta bahagian ICT yang dipanggil bahagian Sistem Maklumat dan Pengurusan Ketua Eksekutif. Malah FLOM lebih besar daripada bahagian Ekonomi yang sepatutnya mempunyai kepentingan tertinggi kepada Najib.

Perit apabila mengenangkan bahagian ini diketuai oleh seorang kakitangan berprofil tinggi bertaraf JUSA yang sebelum mengetuai bahagian FLOM pernah bertugas sebagai Ketua Setiausaha sebuah kementerian persekutuan.

Gambaran bagaimana segala imbuhan dan kelayakan seorang pemegang JUSA boleh dilihat pada gambar di bawah.


Gaji JUSA FLOM

Nampaknya segala kemahiran dan pengalaman yang beliau timba dari sepanjang perkhidmatan dan segala perbelanjaan kerajaan membayar imbuhan dan kelayakan yang diterimanya sekarang adalah cuma untuk satu perkara, iaitu menguruskan FLOM.

Share this article :

2 comments:

  1. dorang ni suka main tapuk2 baini,takut tersilap nanti rahsia dorang terbungkar di laman FLOM ba...mau jadi First Lady Of Malaysia konon..Permaisuri Agung mau taruh di mana ???? poohhhhlah..puihhhhh....

    ReplyDelete
  2. inilah sikap BN..tiada pendirian sekejap ada kejap tiada..mungkin ini akan terbongkar segala rahsia yg ada pada FLOM. Mungkin juga ini adalah ERA terakhir BN menerajui kerajaan. kalau mengikut pakar2 politik mereka amalkan perkataan R.A.H.M.A.N. cuba kita lihat apakah itu RAHMAN =>
    R > Tengku Abdul Rahman
    A > Tun Abdul Razak
    H > Hussin
    M > Mahathir
    A > Ahmad Badawi
    N > Najib
    ???? selepas Najib siapa lagi ?????

    ReplyDelete

Babad Views

Babad Editor

Popular Posts

 
Babad Support Sites : Kadayan Chronicles | Kadayan Chronicle | Babad Kadayan
Copyright © 2013. Babad Kadayan - All Rights Reserved
Template Created by Kadayan Chronicles Published by Babad Kadayan
Proudly powered by Blogger