Home » » Aku Oang Daat - Part 3

Aku Oang Daat - Part 3

Written By Unknown on Thursday 10 April 2008 | 06:21

Written by kalajiau ingaa
Anak daat, sekolah hulu 1
Sekolah rendah kami terletak di tebing sungai. Lebih dari itu, ia terletak di tebing sungai yang terhakis.
Inilah juga sebab kenapa ia dipindahkan kemudian. Hakisan sungai semakin menjadi-jadi ke peringkat tiang-tiang bangunan sekolah menjadi taing-taing di awangan tebing yang dimamah arus sungai.
Kelas Sekolah Hulu
Tapi saya bersekolah lama sebelum kejadian ini berlaku.
Masa itu, perkataan 'bahaya' bermain di sungai tiada di dalam kamus kami.
Sungai berkenaan benar-benar merupakan 'extended playground” bagi murid-murid.
Merupakan satu kemestian untuk kami berkubang di sana selepas sesi sekolah. Malah ada yang lebih 'daring'. Mereka sempat mandi semasa rehat sekolah!
Keadaan sekolah pula agak daif. Tiada tukang kebun sekolah.
Semua murid-murid dimestikan membawa parang pendek. Setiap hari, acara wajib sebelum masuk ke kelas ialah mencantas, menebas rumput; membersihkan kawasan sekolah.
Sesiapa yang tidak membawa parang akan dikerah oleh cikgu-cikgu untuk mencabut rumput-rampai di halaman bangunan.
Rasanya kebanyakan cikgu-cikgu juga amat berkuasa pada ketika itu. Dalam mesyuarat biasanya mereka dipanggil “encikgu”, agaknya gabungan encik + cikgu.
Kelas Sekolah Hulu 2
Setiap pagi mereka dengan pakaian kemas, dua tiga batang pen di poket, sama ada tercegat atau inggang-inggang ke sana ke mari mencari telinga untuk ditarik, atau meraba perut kami untuk dipilas jika tidak bekerja dengan baik.
Apa pedagogi, apa psikologi – rotan atau batang pokok kopi yang dipatahkan dari kawasan belakang sekolah lebih berkesan bagi merek mendisplinkan kami. Agaknya mereka memang pembuli kami para pelajar.
Kasut sekolah? Tiada bagi 99% dari murid-murid yang seramai seratus lebih orang. Majoriti berselipar ke sekolah, sebahagian kecil berkaki ayam.
Sementara yang berkasut kemungkinan besar merupakan anak-anak para guru atau murid-murid yang kadang-kadang ingin menunjukkan kasut plastik ke sekolah.
Kasut ini tidak sesuai dipakai secara berterusan. Ia akan menyebabkan kaki anda menjadi baanai kerana pengaliran udara kaki yang tidak lancar.
Anak Daat
Share this article :

0 comments:

Post a Comment

Babad Views

Babad Editor

Popular Posts

 
Babad Support Sites : Kadayan Chronicles | Kadayan Chronicle | Babad Kadayan
Copyright © 2013. Babad Kadayan - All Rights Reserved
Template Created by Kadayan Chronicles Published by Babad Kadayan
Proudly powered by Blogger