Home » » Miri: status quo amat penting

Miri: status quo amat penting

Written By Unknown on Tuesday 15 April 2008 | 16:37

Dengar hanya apa yang ingin didengar, lihat apa yang sedap dipandang, jamu hanya dengan makanan yang digemari. Kekalkan minda sempit, agar terus boleh diperkuda!

Jangan dengar pembangkang, mereka ‘pengacau’ pembangunan

MIRI (borneopost): Timbalan Ketua Menteri Datuk Patinggi Tan Sri Alfred Jabu Numpang mengingatkan rakyat agar menolak mana-mana parti pembangkang yang cuba menghasut supaya tidak membangunkan tanah Hak Adat Bumiputera (NCR) mereka.

Beliau berkata, tindakan Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP yang menghalang pembangunan NCR di negeri ini membuktikan mereka adalah ‘pengacau’ sebenar usaha kerajaan untuk membangunkan kawasan pedalaman.

“Mereka ini (pembangkang) mempunyai elemen negatif dan mahu melihat rakyat di pedalaman Sarawak terus mundur. Mereka sengaja memutarbelitkan isu dan menghasut rakyat supaya menolak agenda pembangunan yang dirancang oleh kerajaan.

“Justeru rakyat harus menolak mana-mana parti pembangkang sama ada PKR atau DAP dan jangan sesekali beri peluang kepada mereka untuk bermaharajalela,” katanya semasa majlis pelantikan jawatankuasa Persekutuan Persatuan Orang Ulu Sarawak (FORUM) di sebuah hotel di sini semalam.

Share this article :

0 comments:

Post a Comment

Babad Views

Babad Editor

Popular Posts

 
Babad Support Sites : Kadayan Chronicles | Kadayan Chronicle | Babad Kadayan
Copyright © 2013. Babad Kadayan - All Rights Reserved
Template Created by Kadayan Chronicles Published by Babad Kadayan
Proudly powered by Blogger