Home » , , » Keluarga La Kunu, Musa?

Keluarga La Kunu, Musa?

Written By Unknown on Friday 27 July 2012 | 08:55

Banyaklah cerita semangat kekeluargaan. Kalau asyik-asyik seorang saja ahli keluarga yang makan sampai dianggap "vacuum cleaner", bagaimana pula perasaan yang lain? 


(BorneoPost) Musa juga telah menolak spekulasi bahawa masalah yang melanda BN Sabah boleh menjejaskan persediaan untuk pilihan raya akan datang, berkata BN akan menghadapinya sebagai sebuah keluarga.

"Kami akan untuk menghadapi pilihan raya akan datang sebagai sebuah keluarga yang didorong oleh semangat kesatuan dan menyelesaikan untuk memenangi supaya kita boleh meneruskan perjuangan BN untuk rakyat.

"Terdapat sudah terlalu  banyak politiking dengan pembangkang, janganlah lagi terganggu oleh politiking dalam parti," katanya.

Terdahulu, Musa menyerahkan kurma, air Zam Zam dan jubah dari Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak untuk Ketua bahagian Umno, untuk diagihkan dalam kalangan masjid di kawasan masing-masing. Beliau memaklumkan bahawa sumbangan akan disalurkan kepada 943 masjid di semua 25 kawasan parlimen di Sabah.

Musa Aman menolak kemungkinan masalah yang ditimbulkan oleh Lajim dan Bumburing akan menjejaskan peluang BN untuk memenangi pilihan raya akan datang. 

Keluarga lah kononnya. Banyaklah cerita semangat kekeluargaan.

Bayangkanlah kalau terjadi di dalam sesebuah keluarga yang berkenaan, begini. Asyik-asyik seorang saja ahli keluarga yang dapat makan sampai sendat kekenyangan. Sampai dianggap "vacuum cleaner".Timbunan duit kalau disusun dari Karamunsing ke Laban Rata pun boleh sampai pergi balik. Adik beradik kiri kanan sudah bising sampai sana sini memukul gendang irama rasuah bertalu-talu.

Bagaimanalah dengan adik beradik yang lain? Tentulah jaki rasanya. Berbulu nengok. Meleret pandang. Bibir pun menjuih panjang, mengalahkan Donald Duck setiap kali yang seorang itu membuka mulut.

Itulah sebab kenapa ini dua ekor ahli keluarga kamurang lari. Tidak tahan asyik-asyik meleleh air liur tidak dapat bahagian.


Takkan Najib bagi keluarga kurma dengan air zam-zam saja, Musa?
Share this article :

0 comments:

Post a Comment

Babad Views

Babad Editor

Popular Posts

 
Babad Support Sites : Kadayan Chronicles | Kadayan Chronicle | Babad Kadayan
Copyright © 2013. Babad Kadayan - All Rights Reserved
Template Created by Kadayan Chronicles Published by Babad Kadayan
Proudly powered by Blogger