Home » , , » Barisan Nasional Bhg. 1: Politik Takdir, Jodoh dan Warisan

Barisan Nasional Bhg. 1: Politik Takdir, Jodoh dan Warisan

Written By Unknown on Sunday 29 July 2012 | 07:30

"Anak-anak bangsa luar nikah tidak akan mendapat tender-tender berjuta-juta ringgit, diutamakan serta merta dalam segala urusan penyiasatan jenayah, salah laku dan rasuah serta dikutuk setiap masa oleh media arus perdana"


Terdapat tiga rona politik yang masih dominan dan ingin dipaksakan oleh Barisan Nasional terhadap rakyat Malaysia di Semenanjung. Rona yang dipalitkan oleh Barisan Nasional sebagai aliran pemikiran golongan tua ini sentiasa jelas tompok dan tonanya di segenap penjuru pemikiran mereka. Ya, tidak ramai yang ingin mengatakan hal ini secara terbuka. Kononnya sensitif. 

"parti politik adalah suatu takdir kepada bangsamu"

Rona pertama ialah, mereka 'berfatwa dengan iktikad yang putus' bahawa parti politik adalah suatu takdir. Selama ini di sana, BN mahu supaya parti politik hendaklah diterima sebagai sesuatu yang telah ditakdirkan tanpa sebarang persoalan apa pun. Jika anda merupakan seorang Melayu, takdir anda adalah parti Umno. Jika anda adalah seorang Tionghua, takdir anda adalah MCA. Jika anda seorang India, anda ditakdirkan untuk bersama-sama MIC. Takdir ini adalah merangkumi segala budi yang ditabur dan segala janji yang telah dan sedang ditepati. Bala akan menimpa sesiapa yang ingkar pada takdir. 

"jodoh bangsamu telah ditetapkan sejak azali"

Kedua, Barisan Nasional telah 'menetapkan jodoh' bagi setiap rakyat Malaysia. Setiap anak bangsa hendaklah dinikahkan dengan parti bangsanya masing-masing. Akibatnya adalah parah jika seorang melayu, cina, india memilih parti lain, selain dari jodoh yang telah ditetapkan. Ini dianggap sebagai adalah percaturan 'di luar nikah'. Oleh itu anak-anak bangsa 'luar nikah' tidak akan mendapat tender-tender kontrak berjuta-juta ringgit. Tidak akan diutamakan dalam pembangunan. Tidak akan diutamakan dalam bantuan-bantuan kerajaan. Akan diutamakan serta merta dalam segala urusan penyiasatan salah laku, penyelewengan, salahguna kuasa dan terutamanya rasuah. Akhirnya, sudah tentu akan dikutuk setiap masa oleh media arus perdana yang diuruskan oleh wartawan-wartawan yang sanggup menggadaikan etika kewartawanan kerana mencari sesuap nasi.




"Umno adalah tapak warisan negara yang maha penting"

Ketiga, Barisan Nasional mahu rakyat Malaysia akur bahawa Umno adalah suatu 'tapak warisan negara' yang maha penting. Ia harus dijaga walau dengan apa cara sekalipun, hatta jika menyebabkan perbendaharaan negara kosong kering kontang. Itu adalah harga yang mesti dibayar untuk mengekalkannya. Politik umno merupakan percaturan warisan keluarga di mana atuk, nenek, bapa, ibu, anak-anak dan cucu cicit; hidup dan mati mereka hendaklah kepada Umno. Pengekalan kuasa politik adalah dihimpunkan dalam adik beradik, sepupu, sahabat handai supaya ia tetap boleh dinikmati dan dikongsi sesama mereka selain Umno adalah sumber kewangan yang lumayan yang menjamin persaraan tujuh keturunan. 

"Umno mesti dijaga walau  perbendaharaan negara kering kontang"

Ketiga-tiga perkara di atas telah dipalitkan kepada negara sejak tahun 1946, seawalnya dengan restu British.

Inilah rona golongan tua yang masih dipertahankan oleh Najib dan sepupunya Hishamudin.

Yang dipertahankan oleh Mahathir yang enggan pencen hingga sekarang, dengan kabar angin yang bertiup mempersiapkan anaknya Mukhriz untuk menjadi MB Kedah yang baru jika Barisan Nasional menang nanti.

Yang dipertahankan oleh atuk, nenek, bapa, ibu, anak-anak, cucu cicit, sepupu, sahabat handai sesama mereka. Supaya telur emas ini tetap boleh dinikmati dan dikongsi selama tujuh keturunan.

Bersambung. Teruskan ke Bahagian 2 di SINI.
Share this article :

0 comments:

Post a Comment

Babad Views

Babad Editor

Popular Posts

 
Babad Support Sites : Kadayan Chronicles | Kadayan Chronicle | Babad Kadayan
Copyright © 2013. Babad Kadayan - All Rights Reserved
Template Created by Kadayan Chronicles Published by Babad Kadayan
Proudly powered by Blogger