Home » , , » Sabah: Habuan Untuk Pemenang Pilihanraya

Sabah: Habuan Untuk Pemenang Pilihanraya

Written By kadayan chronicles on Saturday, 28 July 2012 | 08:20

1KEPUTUSAN: "Bilangan Kerusi Anda Didahulukan, Wang [mungkin] diutamakan"




Tak payah lah Najib dengan bibir nan merahnya bertempik mencanangkan di kaca TV betapa BN menghargai rakyat Sabah. Atau mendabik dada menyatakan betapa selamatnya kawasan simpanan tetap ini kepada mereka dan menyuruh rakyat di pedalaman Sabah untuk berbelanja di kedai rakyat 1Malaysia yang hendak dibuka seluruh ceruk rantau negeri ini.


Sabah bukan tempat simpanan tetap untuk siapa-siapa.


Bukan untuk Barisan Nasional, juga bukan untuk Pakatan Rakyat.

Ungkapan yang paling tepat sekali  untuk menggambarkan keadaan ini ialah, bahawa negeri ini boleh diibaratkan sebagai tanah tanpa tuan, "No man's land".

Jika pemimpin-pemimpin BN atau Pakatan Rakyat bersikap lebih terbuka dan meneliti latarbelakang kebanyakan pemimpin-pemimpin BN atau pemimpin-pemimpin yang membentuk barisan pembangkang terutamanya di kalangan bumiputera, perkara ini akan difahami dengan mudah. Abang menyokong BN, adik pula menjadi pembangkang. Sepupu berada di BN, sepupu yg lain menjadi pembangkang. Kawan rapat di BN, yg sahabat handai jadi pembangkang. Menantu di BN, ipar duai jadi pembangkang.

Tiada isu yang terlalu peribadi dan menyayat kalbu sehingga memerlukan perselisihan yang menusuk ke tulang hitam di sini. Belum ada isu kepala lembu, senaman bontot dan memberi burger percuma di hadapan rumah Musa Aman, Jeffrey Kitingan atau Yong Teck Lee.

Di kalangan pembangkang penumpuan mereka terutamanya adalah pada isu pengundi hantu, hak-hak rakyat Sabah, rasuah dan pertengkaran remeh temeh serta sorong tarik meminta bahagian kerusi Parlimen dan Dewan Undangan negeri. Pada keseluruhannya pembangkang di sini tiada yang berselera sangat hendak berdemo.

Di kalangan pemimpin BN pula, mereka mendiamkan diri seboleh mungkin atas segala isu yang dimainkan oleh pembangkang. Di antara sebabnya ialah kerana semua isu yang dimainkan terkena batang hidung mereka sendiri. Sebab lain ialah mendiamkan diri dengan harapan isu-isu yang dibangkitkan akan senyap jika tidak dijawab dan diapi-apikan. Pendek kata, berdiam diri merupakan senjata utama mereka supaya kantung boleh terus diasak sehingga sendat menjelang pilihanraya yang akan datang. Macam tikus mondok, diam-diam makan.

Sabah adalah simpanan tetap kepada sesiapa yang menang di Semenanjung

Hakikatnya, negeri Sabah merupakan simpanan tetap kepada sesiapa saja yang menang di Semenanjung. Sama ada Barisan Nasional atau Pakatan Rakyat, ingat baik-baik selepas pilihanraya bahawa dengan bilangan kerusi di tangan anda, sila datang semula bersama slogan "1KEPUTUSAN, Bilangan Kerusi Anda Didahulukan, Wang [mungkin] diutamakan".


Jika anda merasa sangsi terhadap perkara ini, sila tanyakan dengan Lajim dan Bumburing tentang apa yang di dalam kepala mereka. 


Tentu ada sebabnya seolah-olah tidak sabar-sabar lagi hendak menyeberang sehingga sanggup meninggalkan jawatan yang memberikan imbuhan berpuluh-puluh ribu sebulan. Mungkin inilah yang dikatakan dalam papatah "Bila kapal hendak karam, tikus akan lari lintang pukang".
Share this article :

3 comments:

  1. Come on Sabah...lets join PR. build our new home with rakyat vision.

    ReplyDelete
  2. Kenapa rakyat Sabah harus menaruh harap pada UMNO/BN untuk masa depan Sabah? Baca sini;

    http://unofficialversion.wordpress.com/2012/07/26/sabah-the-land-of-lost-opportunities/

    ReplyDelete
  3. kenapa rakyat Sabah harus menaruh harapan pada UMNO/BN untuk masa depan Sabah? Baca sini;

    http://unofficialversion.wordpress.com/2012/07/26/sabah-the-land-of-lost-opportunities/

    ReplyDelete

Babad Views

Babad Editor

Popular Posts

 
Babad Support Sites : Kadayan Chronicles | Kadayan Chronicle | Babad Kadayan
Copyright © 2013. Babad Kadayan - All Rights Reserved
Template Created by Kadayan Chronicles Published by Babad Kadayan
Proudly powered by Blogger