Home » , , » Bumburing & Lajim, Lepas Ni Siapa Lagi?

Bumburing & Lajim, Lepas Ni Siapa Lagi?

Written By kadayan chronicles on Tuesday, 31 July 2012 | 04:00

Bumburing merupakan salah seorang pemimpin Sabah yang dikira senior. Sama seperti Lajim, kerjaya politik beliau adalah dicungkil daripada PBS. Lajim kemudian menyertai Umno dan Bumburing bersama-sama Upko sebelum bertindak keluar dan menyokong Pakatan Rakyat melalui Angkatan Perubahan Sabah.


Bukan sesuatu yang rahsia rakyat Sabah terutama pemimpin-pemimpin mereka tidak setia kepada mana-mana parti. Parti bagi ramai pemimpin Sabah sama ada dari pihak Barisan Nasional mahupun pihak pembangkang tidak lebih hanyalah alat untuk memangkin perjuangan. Ia bukan takdir, jodoh ataupun warisan yang memerlukan ketaksuban tanpa sempadan.

(Free Malaysia Today) Bumburing berkata, APS akan bergerak sebagai satu kumpulan jentera membantu Pakatan Rakyat meraih sokongan masyarakat Kadazandusun-Murut (KDM) dan bumiputera lain di Sabah.


“APS selepas ini akan jelajah seluruh Sabah terutama sekali kawasan KDM untuk memastikan dalam PRU majoriti akan sokong Pakatan,” katanya.

Beliau bagaimanapun menafikan tujuan penubuhan APS itu untuk mengambil alih kepimpinan Pakatan di Sabah tetapi untuk membawa tenaga membantu kekuatan Pakatan.

Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah itu turut menafikan dakwaan akhbar beliau keluar UPKO kerana kalah dalam pemilihan.

Selepas Bumburing dan Lajim, siapa lagi. Mana-mana yang hendak keluar tu bertindaklah cepat, jangan nanti ketinggalan kapal. Bak kata pepatah, "Pat pat siku lipat, siapa cepat dia dapat". Mana-mana yang berhajat tu amatilah ungkapan "Burung yang paling awal bangun akan mendapat cacing yang paling baik". Jangan jadi macam Datu Amir Kahar Tun Datu Mustapha pada tahun 1994. Bila semua orang bertempiran melompat ke Umno, dia duduk diam-diam. Bila orang dah sibuk makan dalam guni beras Umno, dia baru masuk. Tiadalah ta ampit apa-apa kalau sudah namanya ketinggalan kapal.
Share this article :

0 comments:

Post a Comment

Babad Views

Babad Editor

Popular Posts

 
Babad Support Sites : Kadayan Chronicles | Kadayan Chronicle | Babad Kadayan
Copyright © 2013. Babad Kadayan - All Rights Reserved
Template Created by Kadayan Chronicles Published by Babad Kadayan
Proudly powered by Blogger