Home » , , , » Barisan Nasional Bhg. 2 : Bukan Takdir, Bukan Jodoh & Bukan Warisan

Barisan Nasional Bhg. 2 : Bukan Takdir, Bukan Jodoh & Bukan Warisan

Written By Unknown on Wednesday 1 August 2012 | 03:17

"Parti politik hanyalah parti politik dan bukannya suatu takdir.  Anda mungkin merupakan seorang Melayu, tetapi boleh memilih DAP, Pas, KeADILan selain parti Umno" 




Sebenarnya, dengan akal yang waras kita boleh berfikir bahawa tiada kewajaran untuk akur kepada pemaksaan takdir, jodoh dan pewarisan yang keterlaluan oleh Barisan Nasional, seperti yang telah dibincangkan pada Bhg. 1 sebelum ini.


Sehubungan itu aliran pemikiran golongan yang lebih muda, yakni para pemikir baru hendaklah membebaskan diri belenggu yang palsu berkenaan berdasarkan tiga perkara berikut.


A - Adalah untuk akhirnya menyedari bahawa tiada takdir sedemikian rupa merantai kaki dan tangan bangsa untuk mengikut kehendak orang lain yang dipaksakan kepada mereka. Parti politik hanyalah parti politik dan bukannya suatu takdir.  Anda mungkin merupakan seorang Melayu, tetapi boleh memilih DAP, Pas, KeADILan selain parti Umno. Anda mungkin adalah seorang Tionghua, tetapi boleh memilih DAP, Pas, KeADILan selain MCA. Anda mungkin seorang India, tetapi boleh memilih DAP, Pas, KeADILan selain MIC. Asas politik bukan berkenaan dengan budi dan mengenang budi, dia malah melangkaui kepentingan segala janji yang telah dan sedang ditepati. Akan tidak wujujud sebarang bala untuk memilih mana-mana parti yang disukai.

B - Bebas, untuk menyedari bahawa setiap warganegara boleh memilih jodoh politik mereka masing-masing tanpa ditakut-takutkan dengan segala ugutan dan sebarang tindakan pengucilan yang tidak wajar. Bijak untuk menentukan bahawa sebarang tender-tender kontrak termasuk yang bernilai berjuta-juta ringgit diberi berdasarkan merit, bukan hubungan dalam parti. Bersih keutamaan dan sama rata dalam pembangunan dan sebarang bantuan kerajaan. Berimbang memberi layanan yang saksama dalam perundangan tanpa pilih bulu dalam segala urusan penyiasatan salah laku jenayah, rasuah dan salah laku.



U - Untuk cekal mempercayai bahawa hidup dan mati Umno hanyalah datang dan pergi sebuah parti politik di dalam negara ini tidak lebih dan tidak kurang. Untuk menyedari bahawa kelangsungan negara jauh, sangat jauh melebihi kepentingan sesebuah parti. Untuk cerdik memahami bahawa politik merupakan percaturan untuk memilih barisan kepimpinan yang terbaik berasaskan senarai yang disediakan, bukan untuk mewujudkan dinasti pemerintahan dan sumber menghimpun kekayaan yang luarbiasa.


Pendeknya A, B, dan U - ABU!


Artikel ini merupakan sambungan dari Bahagian 1 yang boleh dibaca di SINI.
Share this article :

0 comments:

Post a Comment

Babad Views

Babad Editor

Popular Posts

 
Babad Support Sites : Kadayan Chronicles | Kadayan Chronicle | Babad Kadayan
Copyright © 2013. Babad Kadayan - All Rights Reserved
Template Created by Kadayan Chronicles Published by Babad Kadayan
Proudly powered by Blogger