Home » , , , » Ya, Kerajaan Pakatan Rakyat Untuk Sabah

Ya, Kerajaan Pakatan Rakyat Untuk Sabah

Written By Unknown on Wednesday 8 August 2012 | 03:47

Pertama, menangkan Pakatan Rakyat di Semenanjung. 
Kedua, ahli-ahli politik Sabah yang menang akan melompat menyertai.
Ketiga, Jangan harap Pakatan Rakyat Sabah akan memenangi pilihanraya di sini. 


Calon Pakatan Rakyat pasti jatuh
Begitulah congak 1-2-3 seperti yang disebut di atas, walaupun sedikit perit dirasakan. Kerajaan Pakatan Rakyat akan menjadi kenyataan di Sabah jika Pakatan Rakyat menang di Semenanjung. Namun ia adalah kenyataan bersyarat dan bukan merupakan kepastian mutlak. Maksudnya, jika dan hanya jika Pakatan menang di Semenanjung.

Sangat pasti bahawa apa yang bakal kita lihat ialah kerajaan negeri yang baru akan menjadi sebahagian dari pihak yang memerintah, sama ada Barisan Nasional atau Pakatan Rakyat. Tiada istilah berenang atau lemas bersama-sama (sink or swim together). 

Mahathir sendiri telah terbukti tidak tahan berenang pada tahun 1984, apakan pula hendak lemas bersama. Pada masa itu, dia berjanji akan berenang atau lemas bersama-sama BERJAYA. "I will sink and swim with BERJAYA", katanya. Tetapi apabila PBS memenangi pilihanraya berkenaan, yang lemas ternyata hanyalah Harris.  Parti BERJAYA terumbang-ambing seperti rumah tiada penghuni dan akhirnya  terpaksa dibubarkan.


KERAJAAN PR DI SABAH BAKAL REALISASIKAN?

KUALA LUMPUR, 30 Julai (themalaysianinsider.com) : PKR berharap melalui penyertaan dua ahli Parlimen dari Sabah ke dalam Pakatan Rakyat (PR) minggu lalu bakal menyaksikan matlamat pakatan pembangkang itu untuk menubuhkan “Kerajaan Rakyat Negeri Sabah” bakal terlaksana dalam Pilihan Raya Umum ke-13. 

Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali (gambar) dalam kenyataannya berkata, penyertaan dua ahli Parlimen itu jelas menandakan rakyat Sabah sudah menerima PR dengan diterajui oleh Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim. 

 “Ini menandakan keyakinan rakyat Sabah kepada Anwar sebagai peneraju utama dalam PR, yang InsyaAllah akan dinobatkan sebagai Perdana Menteri Malaysia yang ke-7.

Pertama, menangkan Pakatan Rakyat di Semenanjung. Kedua, ahli-ahli politik Sabah yang memenangi pilihanraya akan melompat menyertai mereka. Itu saja penyelesaian paling mudah. Jangan harap Pakatan Rakyat Sabah akan memenangi pilihanraya di sini. Sejujurnya, sokongan terhadap Pakatan Rakyat di Sabah tidak kuat ke tahap memerintah.
--------------------------------------------------


Jika anda pergi ke Kompleks Karamunsing, renung-renunglah Kompleks Sabah Electricity Sdn. Bhd. di sebelahnya. Itu adalah lambang kebanggaan parti BERJAYA yang tergadai kerana Mahathir mungkir janji untuk lemas bersama-sama.
--------------------------------------------------

KeAdilan Sabah kelihatan masih lagi bersandar kuat kepada tenaga-tenaga lama dari Usno dan Umno. Tiadalah juga apa-apa yang salah asalkan masih berkeinginan. Tetapi sebenarnya keadaan ini agak malang. Kebanyakan mereka ini sudah tidak diperlukan di Umno sendiri dan sekarang bertenggek di KeAdilan kerana parti ini seolah ini menerima sesiapa saja asal ada mulut dan boleh bercakap. Nampak sangat tiada pilihan, tangkap muat saja dan benar-benar menjadi klon Umno. Bezanya untuk masa sekarang poket KeAdilan lebih nipis, lebih daif dan miskin berbanding Umno.

Ya, kerajaan PR di Sabah JIKA PR menang di Semenanjung

DAP harus berhenti bermusuh dengan SAPP kerana lama-lama orang-orang Tionghua sendiri akan jelak dengan keadaan ini. Sejak empat tahun lepas kedua-dua parti ini saling asak mengasak antara satu sama lain untuk bersempit-sempit dan memuatkan diri di empat atau lima kawasan DUN Sabah sahaja. Secara terperincinya, kawasan yang dimaksudkan itu ialah di mana konsentrasi penduduk Tionghua adalah tinggi. Perbalahan taktikal yang berterusan di antara Hiew dan Yong menampakkan seorang adalah bodoh, seorang lagi adalah bangang. Nampaknya teras perjuangan 'democratic' DAP dan 'progressive' SAPP masih juga dihantui oleh sentimen a la apartheid yang diamalkan oleh Barisan Nasional. Apakah ini suatu warisan ataupun kerana tidak mampu berkembang merentasi sempadan bangsa di Sabah, hanya mereka sendiri yang mengetahuinya.

Pas bertatih-tatih sejak dua dekad untuk bertapak di sini, dan dijangka akan tetap bertatih-tatih untuk dua dekad yang akan datang. Rasanya Pesuruhjaya Pas Negeri tu kena tukarlah. Pas tidak berkembang dengan baik di Sabah. Sudah tiba masa untuk Pas menyedari potensinya sendiri. Bukan untuk mengutuk atau menghina, mungkin Pas lebih sesuai untuk bertapak di kawasan ramai 'pengundi baru' termasuk kawasan 'pengundi hantu' kerana di kawasan berkenaan sentimen keagamaan lebih kuat kesannya berbanding dengan semangat nasionalisme. Cuma harus beroperasi dengan bijak, jangan sampai dianggap sebagai parti yang menggalakkan pendatang asing nanti.
Share this article :

1 comments:

  1. Pakatan Untuk Sabah.. jgn mimpi lah oi.. melainkan Anwar janjikan bukan2 untuk pemimpin Non Muslim di Sabah..

    Jangan mimpi tawan Sabah, cukup2 lah ko kucar kacirkan negeri selangor, kedah dan pulau pinang


    - Anak Sabah -

    ReplyDelete

Babad Views

Babad Editor

Popular Posts

 
Babad Support Sites : Kadayan Chronicles | Kadayan Chronicle | Babad Kadayan
Copyright © 2013. Babad Kadayan - All Rights Reserved
Template Created by Kadayan Chronicles Published by Babad Kadayan
Proudly powered by Blogger