Home » , , » Politik Tukar Baju di Sabah

Politik Tukar Baju di Sabah

Written By kadayan chronicles on Monday, 6 August 2012 | 04:02

"Pekik lolong di Facebook dan twitter tidak akan berjaya menukar pendirian ramai pengundi di Sabah, ukurannya ialah sebelum ayam berkokok pada dini hari selepas hari pengundian"



Garisan horizon pembangkang di Sabah terutama pada ufuk kepimpinan bumiputera adalah berada dalam persekitaran yang agak berbeza berbanding dengan di semenanjung. 

Sudah tentu persamaannya tetap ada. Di Semenanjung atau Sabah, politik masih merupakan percaturan keluarga bagi beberapa kumpulan-kumpulan elit tertentu. Pengekalan kuasa politik adalah merupakan strategi seisi keluarga. Pemilihan parti politik adalah merupakan perniagaan bukan langsung paling utama. Politik juga adalah sumber kewangan yang lumayan yang menghasilkan kekayaan melimpah ruah.

Di Semenanjung parti Umno, MCA, dan MIC di satu pihak dan Pas serta DAP di pihak yang lain telah bertukar menjadi warisan zaman berzaman dari atuk, nenek sehinggalah ke anak cucu. Pewarisan ini bukan sekadar kepada penjenamaan fikiran berasaskan parti, tetapi juga membentuk kelompok menyebelahi dan membantah tegar dimana, perbalahan mengenai prinsip adalah meruntun hingga ke tulang hitam mereka. Setiap tindakan dan tindakbalas yang dilakukan bergerak mengikut emosi sehingga ke peringkat kebudak-budakan dan dungu, seperti isu meletakkan anggota-anggota binatang seperti kepala lembu dan babi di tempat yang tidak wajar untuk meraih simpati serta melakukan senaman punggung oleh bekas 'pahlawan' yakni perajurit negara.

Perbezaannya ialah, di Sabah warisan seperti ini belum wujud. Barisan para peneroka parti utama semasa ramai yang masih hidup sehingga kini. PBS bermula pada 1984. Usno berkubur pada 1994 dan penanda aras nisannya ialah kemasukan Umno Sabah bermula pada tahun yang sama. SAPP ditubuhkan juga pada 1994. Oleh kerana pelopor asas  masih hidup dan aktif bersama parti mereka, gejala buruk-baik pewarisan belum wujud dengan meluas. 

Politik tukar baju


Parti politik datang dan pergi di negeri ini. Tetapi saki baik teras kekuasaan beberapa keluarga politik masih juga mampu meniti kekuasaan sehingga sekarang. Contohnya, keluarga pemimpin yang bermula daripada Usno, beralih ke BERJAYA, kemudian ke PBS, menjadi ahli Umno dan terdampar di KeAdilan misalnya. Senario lain pula melibatkan abang menyokong BN, adik pula menjadi pembangkang. Sepupu berada di BN, sepupu yg lain menjadi pembangkang. Kawan rapat di BN, yg sahabat handai jadi pembangkang. Menantu di BN, ipar duai jadi pembangkang, seperti yang dibincangkan di dalam posting yang lepas. Jadi, bagi ramai ahli politik, parti adalah baju atau kain pakaian yang dipakai silih berganti mengikut keperluan dan warisan bukan merupakan keutamaan. Pendek kata, penumpuan ialah apa yang boleh dilakukan pada masa sekarang ini, masa hadapan siapa tahu.

Diulangi sekali lagi bahawa setakat ini tiada isu yang terlalu peribadi dan menyayat kalbu sehingga memerlukan perselisihan yang menusuk ke tulang hitam di sini. 

Belum ada isu kepala lembu, senaman bontot dan menjual burger di hadapan rumah Musa Aman, Jeffrey Kitingan atau Yong Teck Lee.

Jadi, ada baiknya kita memahami senario di atas apabila berbincang, berloyar buruk dan sesi menjual minyak semasa di kedai kopi. 

Tiada kawan dan musuh tetap [permanent] dalam politik Sabah.

Fahami juga bahawa hanya pekik lolong di Facebook dan twitter tidak akan berjaya menukar pendirian ramai pengundi di Sabah, terutama apabila mengambilkira liputan internet di pedalaman tidak pun menjangkau 30 peratus. Ramai 'penyokong segera' dan kelihatan membuntuti anda ke mana-mana tidak semestinya akan benar-benar memangkah anda pada hari membuang undi. 

Percaya atau tidak, ukurannya ialah sebelum ayam berkokok pada dini hari selepas hari pengundian.
Share this article :

1 comments:

  1. memang pun patut bah..mau tukar itu baju. Pasal kalu telalu lama pakai tu baju bau lansi..bah tu, timbangan pun makin lama makin senget sudah..nda juga buli bah kn. Cuba korang pikir sudah lama kita kena gigit. Tapi dorang ni pandai, gigit nda nampak cuma org2 tertentu ja yg nampak.."invisible"la katakn, Istilah $ingkatan BN ni pn nda buli pakai...BN khas utk Bini Najib, ntah brapa bnyk kita orang pnya duit dia bawa "enjoy" fuhh..siokla katakn duit "FOC" kalu bilang mau kira nda dpt kira tu geng..Barang Naik pn lagi masalah besar utk kita pasal kalu menang lgi dorang nah..abis kita jadi papa kedana..baru juga sia tingu tu berita tadi..dia cakap mau kasi kita orang gaji bawah rm3000 dapat bantuan BR1M yg kedua..hebat betul dia punya pancing..pakai udang siap dimasak lagi tu..terpancing tu ikan badukang baru tau...najib memang minat asalkan No: 1,...sebab dia memang nda buli dipakai..No : 1 "penipu", "Janti Ditepati" konon.."Janji Melingkup" adalah.....jadi kawan2 kita sama2 renungkn utk kebaikan semua...BN(Buang Najib)

    ReplyDelete

Babad Views

Babad Editor

Popular Posts

 
Babad Support Sites : Kadayan Chronicles | Kadayan Chronicle | Babad Kadayan
Copyright © 2013. Babad Kadayan - All Rights Reserved
Template Created by Kadayan Chronicles Published by Babad Kadayan
Proudly powered by Blogger