Home » , , » Jeffrey Kitingan Cuma Mahu STAR Jadi Kuda Tunggangan

Jeffrey Kitingan Cuma Mahu STAR Jadi Kuda Tunggangan

Written By Unknown on Friday 3 August 2012 | 03:35

"Alalal... senangnya baca fikiran graduan Harvard. Lain kali kasi susah sikit la baa..."
"STAR dari awal lagi tidak serius hendak memerintah negeri ini, cuma berharap ada kerusi yang sangkut menang kemudian bergabung dengan parti pemerintah"


Dalam temubual terbaru beliau yang berkaitan dengan kemasukan dua tokoh politik Barisan Nasional Sabah iaitu Lajim dan Bumburing, Jeffrey Kitingan menerangkan tentang tiga perkara yang berhubung kait dengan pendirian parti STAR. Ketiga-tiga perkara berkenaan adalah menyentuh bilangan kerusi yang ditandingi dan juga hubungan STAR dengan parti-parti pembangkang.

Pertama, penumpuan STAR adalah di kawasan majoriti kadazandusun murut dan kawasan yang bercampur dengan pengundi Islam.

Kedua, STAR sekarang ini sudah mempunyai kawasan 'teras' (core). Bagaimana pun tidak pula diketahui apa 'teras' yang dimaksudkan oleh beliau. Ia boleh jadi  merujuk kepada kawasan-kawasan di mana STAR mempunyai konsentrasi sokongan yang kuat. Boleh jadi juga merujuk kepada kawasan di mana konsentrasi masyarakat adalah terdiri daripada kadazandusun murut (KDM) dan tidak semestinya menyokong STAR.

Ketiga, STAR akan bertanding lebih sedikit daripada separuh atau kurang kawasan Dewan Undangan Negeri Sabah.


KUALA LUMPUR, Aug 1 (themalaysianinsider.com) ― Datuk Dr Jeffrey Kitingan is unshaken by the entry of two Barisan Nasional (BN) veterans into the opposition struggle for Sabah, saying his State Reform Party (STAR) will not compromise its “core areas” for any of its political allies.
The well-known politician, whose Borneo agenda is said to be making inroads with the state’s Kadazandusun and Murut communities, said there was no reason for STAR to back down from seats where it knows its influence is strong.
He pointed out that for the “greater good” of Sabah, all parties competing on the opposition front must make good on their promise to work together for the purpose of toppling BN and not to assert more power over one another.
“As far as STAR is concerned, we are going to focus in the areas where we feel we are strong. And we will tell them (opposition parties) that we are not going to compromise in our core areas,” he said when contacted here yesterday.
“But we are talking with Pakatan Rakyat (PR) in the common interest of working together. We have no choice but to talk.
“Of course, as you know, STAR wants to stand on its own feet... to work with Pakatan as partners and not work under them.... so we are talking about how to deal with this,” he added.
Kitingan told The Malaysian Insider that STAR’s “core areas” refer to between 22 and 33 seats of Sabah’s 60 state seats, many of which are mixed seats with Muslim voters.

Kenyataan ini adalah suatu penjelasan daripada pemimpin tertinggi STAR Sabah dan kerana sifatnya yang jelas, sebarang kupasan mengenainya boleh kita buat dengan mudah.


Pertama, halatuju perjuangan parti STAR tidak syak lagi adalah berasaskan satu-satu bangsa, yakni bersifat perkauman. Parti ini adalah bertujuan untuk meraih sokongan dari masyarakat kadazandusun murut. Sekaligus ini adalah mengukuhkan lagi kesimpulan perbincangan sebelum ini bahawa teras perjuangan Jeffrey adalah bersandarkan kepada prinsip  nasionalisme a la Apartheid.


Kedua, STAR Sabah adalah Jeffrey dan Jeffrey pula adalah STAR Sabah. Tanpa Jeffrey tidak akan ada STAR Sabah kerana parti ini sepatutnya berada di dalam lingkungan politik Sarawak. 

Oleh itu, ahli-ahli STAR sebenarnya adalah merupakan penyokong tegar Jeffrey. Mereka merupakan orang yang menyokongnya dari semasa berada di PBS, atau semasa di AKAR, kemudian semasa di PBRS, semasa di KeAdilan dan sekarang bersama-samanya di dalam STAR. Mungkin ada tambahan sedikit sebanyak, akan tetapi mungkin juga berkurang. Ini samalah seperti air yang dibawa di dalam baldi. Semakin jauh berjalan dan semakin banyak singgah, semakin banyaklah pula air yang melimbak dan tercicir di sepanjang jalan. 

Di dalam pilihanraya umum ke 12 pada 2008, Jeffrey merupakan orang nombor dua KeAdilan Sabah, bukan cincai punya orang dan bukan orang cikai. KeAdilan merupakan parti yang bersifat majmuk (berbagai bangsa) dan mempunyai jentera serta sokongan di peringkat kebangsaan berserta semua penyokong-penyokong Jeffrey pada ketika itu. Akan tetapi keputusan pilihanraya kemudian menunjukkan KeAdilan kalah dalam semua kerusi yang ditandinginya.

Sekarang ini, kita akur bahawa mungkin kerana karisma beliau sendiri semua penyokongnya bertukar menjadi ahli-ahli STAR. Akan tetapi jika diingat semula, empat tahun lepas, semua penyokongnya dengan dibantu oleh KeAdilan iaitu parti majmuk dari peringkat nasional tidak mampu memenangkan mana-mana kerusi yang ditandingi. Oleh itu, dengan keadaannya bersendirian di dalam pilihanraya kali ini, yakni cuma bersandarkan semua penyokongnya sendiri dan cuma bertanding sebahagian dari kerusi Dewan Undangan Negeri yang ada tentulah peluang untuk menang akan menjadi semakin sukar.

Satu lagi keadaan yang lebih menyukarkan STAR walaupun berlandaskan perjuangan nasionalis untuk masyarakat KDM. Sekarang ini partinya, STAR cumalah satu lagi tambahan untuk parti kadazandusun murut selain dari PBS, PBRS dan Upko yang telah sekian lama bertapak di dalam masyarakat itu.

STAR ada 'teras' atau tidak, itu tidak tahulah. Saiz teras sebenarnya ada berbagai-bagai. Yang macam kayu balak ada, yang macam lengan pun ada juga. Tetapi mungkinkah teras yang Jeffrey punya macam lengan saja?

Ketiga, STAR difahami hanya ingin hendak bertanding lebih sedikit daripada separuh atau kurang kawasan Dewan undangan Negeri Sabah (22 - 33 kerusi). Mungkin kerana menyedari bahawa saiz terasnya hanya sebesar lengan. STAR mengatakan hanya mahu bekerjasama longgar dengan mana-mana pembangkang selagi tidak mengacau kawasan teras mereka. Sebenarnya ini menunjukkan secara halus menunjukkan bahawa STAR dari awal lagi  tidak berminat dan tidak serius hendak memerintah negeri ini. Tidak mahu betul-betul bekerjasama dengan mana-mana pihak kecuali sebagai 'equal partners'. Maksudnya 'non-commital', betul? Maksudnya juga selepas pilihan raya keadaan akan berubah menjadi  'zero sum game'.

Jika dulu dengan segala sokongan pun tidak menang, sekarang bersendirian pula maka secara logiknya kemungkinan untuk menang kali ini adalah semakin nipis.

Adalah sangat mungkin untuk direnung-renungkan bahawa STAR sebenarnya cuma berharap mendapat satu dua kerusi yang sangkut (fluke) menang dari semua kerusi yang ditandingi. Dengan kerusi yang ada kemudian menggabungkan parti dengan mana-mana pihak yang menang supaya dapat menjadi sebahagian dari pemerintah.

Alalal... senangnya baca fikiran graduan Harvard. Lain kali kasi susah sikit la baa ...
Share this article :

0 comments:

Post a Comment

Babad Views

Babad Editor

Popular Posts

 
Babad Support Sites : Kadayan Chronicles | Kadayan Chronicle | Babad Kadayan
Copyright © 2013. Babad Kadayan - All Rights Reserved
Template Created by Kadayan Chronicles Published by Babad Kadayan
Proudly powered by Blogger