Home » , , » Obsesi Najib Terhadap Angka #1

Obsesi Najib Terhadap Angka #1

Written By kadayan chronicles on Tuesday, 7 August 2012 | 04:10

Kepercayaan tahyul Najib yang sangat obses kepada angka #1. 
Berbelanja berbilion-bilion ringgit untuk angka #1. 

Tugu 1Malaysia
Kim Jong Il mantan pemimpin Korea Utara yang meninggal dunia baru-baru ini dilaporkan sangat obses kepada cognac, sejenis minuman keras yang mahal dan berharga lebih RM2 ribu sebotol. Selama beberapa tahun pada awal 1990an, syarikat Hennessy mengesahkan bahawa Kim merupakan pelanggan terbaiknya yang telah membelanjakan diantara RM1.9 juta hingga RM2.7 juta setiap tahun untuk membeli arak berkenaan.


Di China, kepercayaan tahyul masyarakatnya membuatkan kerajaan membuang angka '4' daripada nombor pendaftaran kenderaan dengan harapan langkah berkenaan akan mengurangkan kadar kemalangan jalanraya.

Di Malaysia ini  pula sejak hampir empat tahun lepas, semua tahu tentang kepercayaan tahyul Najib. Dia didapati mempunyai obsesi yang paling tinggi dan tiada taranya kepada angka #1.

Bermula dengan mencipta program pelik yang dinamakannya sebagai "1Malaysia", kerajaan pimpinannya telah membelanjakan berbilion-bilion ringgit wang atas siri program yang mengandungi  angka #1. Program ini termasuklah Cuti-Cuti 1Malaysia, Bantuan Rakyat IMalaysia (BRIM), Kedai Rakyat 1Malaysia (KRIM), Kedai Menu Rakyat (KMRM), Bantuan Persekolahan 1Malaysia (BP1M) dan Teksi Rakyat 1Malaysia (TR1Ma).

Berbilion-bilon ringgit telah dibelanjakan untuk memuja nombor satu.

Salam 1Malaysia
Ucapan salam orang-orang Malaysia juga diubah daripada "assalamualaikum" kepada tambahan "Salam 1Malaysia" selepasnya.

Jabat Tangan 1Malaysia nanti?
Budaya berjabat tangan mungkin akan diubah dengan mengacungkan jari telunjuk ke atas menandakan simbol nombor satu, siapa tahu? Rasanya pada masa lampau, orang yang hendak memeluk agama Islam disuruh mengacungkan telunjuk sebegitu sebagai tanda mengesakan Allah SWT. Jangan pula cakap sekarang kita disuruh mengesakan nombor satu.

Adalah lebih baik jika kerajaan pimpinannya berhenti menghina pertimbangan akal yang waras (It is an insult to intelligence). Kerajaan mulai sekarang wajib menerangkan apa fungsi sebenar PEMANDU  selain daripada merangka program-program yang tujuan sebenarnya ialah untuk menabur wang tunai. Apa yang sebenarnya berlaku ialah berbilion-bilion ringgit ditabur kepada golongan yang disasarkan  terlebih dahulu dan dijangka akan mengundi Barisan Nasional pada pilihanraya yang akan datang. Demikianlah betapa terdesaknya minda manusia Umno /  Barisan Nasional untuk kekal berkuasa.

Kerajaan mesti sedar Malaysia sekarang ini berada pada alaf ke tiga dan abad ke 21. Gelagat Najib menabur wang kepada rakyat  tidak lebih dan tidak kurang daripada gaya kerajaan pimpinan Tunku Abdul Rahman, Tun Abdul Razak serta Tun Datu Mustapha di masa lampau. Akan tetapi pada masa itu suntikan segera seumpamanya kepada masyarakat mungkin boleh diterima oleh akal. Ini kerana mengambilkira daifnya prasarana, daifnya kehidupan dan rendahnya taraf pendidikan masyarakat pada masa itu. Wang tunai dan bantuan segera seperti makanan dan pakaian sama pentingnya dengan program-program jangka panjang dan sederhana untuk dilaksanakan di dalam negara

Berbilion-bilion ringgit ditabur kepada golongan yang  akan mengundi Barisan Nasional pada pilihanraya yang akan datang. 

Tetapi janganlah diulangi lagi sekarang.

Juga, jangan biarkan obsesi Najib kepada angka #1 menjejaskan pembangunan secara wajar untuk 28 juta rakyat manusia.

Atas nama program transformasi,  pembaziran demi pembaziran telah dilakukan dengan menabur wang tanpa sebarang perancangan pembangunan yang boleh mendatangkan manafaat jangka panjang dengan jelas kepada negara.
Share this article :

0 comments:

Post a Comment

Babad Views

Babad Editor

Popular Posts

 
Babad Support Sites : Kadayan Chronicles | Kadayan Chronicle | Babad Kadayan
Copyright © 2013. Babad Kadayan - All Rights Reserved
Template Created by Kadayan Chronicles Published by Babad Kadayan
Proudly powered by Blogger