Home » , , » Super Lajim & Politik Super Sabah

Super Lajim & Politik Super Sabah

Written By Unknown on Thursday 2 August 2012 | 03:42

"Musa Aman takut-takut berani menjentik Lajim pun, sebab takut nanti jentik punya jentik yang kena mata raksaksa pula"


Cerita politik Sabah lebih asli jalannya daripada politik takdir, jodoh dan warisan Barisan Nasional di Semenanjung. Ahli-ahli politik Sabah merupakan jembalang politik sebenar (real political beast) melangkau nasionalisme a la Apartheid yang diamalkan di tanah Malaysia sebelah barat.

Kita lihat cerita disebalik tabir dalam soal Lajim hendak keluar Umno misalnya.
"Banyak cantik, suka-suka macam kabinet kerajaan persekutuan bapak dia punya"

Cerita beliau memang tengah panas dan kelihatan agak pelik juga. Lajim mengumumkan berhenti dari menjadi Ahli Majlis Tertinggi Umno dan Ketua Bahagian Umno Beaufort, tetapi  menyatakan kekal sebagai ahli Umno dan terus memegang jawatan sebagai pembantu menteri sehinggalah perlantikannya ditarik balik oleh Yang Di Pertuan Agong kelmarin.

"Keluar dengan bermaruah, bla bla bla", gerutu sebahagian Pemimpin Barisan Nasional termasuk Salleh Said Keruak dan Abdul Rahman Dahlan. Hairan juga apabila hanya pemimpin Umno dari sebelah Kota Belud yang bersuara. Bercakap tentang maruah, tidak perlulah Salleh cakap pasal maruah. Kalau hendak diukur tinggi rendah maruah ahli politik Sabah dengan keluar masuk parti, takut nanti dengan Salleh Salleh sendiri pun dianggap tiada maruah.

Kejayaan berpolitik nampaknya bukan setakat bergantung kepada parti, tetapi juga bergantung kepada kabel politik yang ditarik. Walaupun tindakannya begitu menjolok mata, diandaikan bahawa Musa Aman tidak akan berani menjentik Lajim pun sehinggalah selepas pilihanraya. Itu pun kalau BN menang. Kalau kalah pula, memang Lajim selamat dunia akhirat dari jentikan Musa. Bukan apa, takutlah nanti kalau dijentik terkenalah pula mata raksaksa. Konon sebabnya kabel politik Lajim sebenarnya bersaiz kabel super besarnya.

"tidak perlulah Salleh cakap pasal maruah kalau cuma sebab keluar masuk parti, takut nanti dengan Salleh Salleh sendiri pun dianggap tiada maruah"

Alkisah, semua cerita-cerita super hendaklah dimulakan dengan segala konon yang ada.

Kononnya, ini adalah sebahagian daripada rancangan untuk mendesak Najib agar menggantikan Musa Aman dengan Shafie Apdal sebagai Ketua Menteri Sabah. Lajim merupakan Orang Shafie Apdal. Shafie Apdal orang Muhyiddin dan Muhyiddin mempunyai hubungan kuat dengan Madey, Mamak Super.

Kononnya, Najib hampir tidak dapat mengawal keadaan orang-orangnya. Barisan Nasional pun sudah tidak yakin lagi untuk memenangi pilihanrayapun.

Konon Kak Mah Wanita Pertama Super telah mengajukan ultimatum, "Alaa, tunggu habis tempoh penggal Parlimen baru lah buat pilihanraya. Aku pun lom puas shopping lagi ni".

Lajim juga kononnya rapat dengan Anwar Ibrahim, Ketua Pembangkang Super. Anwar merupakan orang yang 'membeli' Lajim ke dalam Umno pada tahun 1994. Tidak kurang gula-gulanya, Anwar menjanjikan menteri penuh jika nanti Pakatan Rakyat menang pilihanraya.

Jadi?  Lupakan soal perpaduan pembangkang. Mau menang kalu, sindiri mau tau lah. Gasaklah sendiri pai* asal jangan pai ulung** sudah laa.

------
Nota:
*   - Membuat susunan daun terup,  maksudnya merangka strategi sendiri.
** - Salah susun.
Share this article :

0 comments:

Post a Comment

Babad Views

Babad Editor

Popular Posts

 
Babad Support Sites : Kadayan Chronicles | Kadayan Chronicle | Babad Kadayan
Copyright © 2013. Babad Kadayan - All Rights Reserved
Template Created by Kadayan Chronicles Published by Babad Kadayan
Proudly powered by Blogger