Home » , , » Pas Bakal Kuasai Pantai Timur Sabah

Pas Bakal Kuasai Pantai Timur Sabah

Written By Unknown on Wednesday, 15 August 2012 | 03:26

Pas berpotensi di kawasan pengundi hantu

Ajar bersyukur kepada Allah bukan BN


Awang Tongkol via Email
D7UUQBVBSA3A

Bukanlah hendak merendah-rendahkan keupayaan Pakatan Rakyat di sebelah Utara Borneo ini. Akan tetapi jika ada orang yang dengan yakin mengatakan Pakatan Rakyat akan memenangi pilihanraya umum akan datang, elok juga suruh dia berehat dan makan panadol terlebih dahulu. Mungkin orang berkenaan ada masalah kesihatan atau apa.


Pengaruh Pakatan Rakyat tidak meluas di Sabah. 

DAP dijangka hanya akan terus cuba untuk bertapak di kawasan-kawasan bandar. 


Bukan kerana tidak mahu memperluaskan pengaruh ke kawasan-kawasan lain, tetapi pemimpin mereka sangat fokus kepada kaum tertentu di Sabah.

KeAdilan Sabah pula sentiasa di dalam kesamaran. Pemimpin mereka tidak kurang samarnya. Tiada jelas pengaruh mereka setakat mana. Tidak jelas karisma yang ada, selain sangatlah samarnya ketokohan yang boleh dibanggakan diantara mereka. Kalau dikalangan para pembaca yang mengatakan sebaliknya tentang kepemimpinan Keadilan, sila kemukakan nama tokoh berkenaan supaya saya canangkan di internet termasuk blog ini. Paling cincai sekurang-kurangnya akan ada tiga orang yang membaca. Orang yang pertama ialah saya sendiri yang menaip artikel loyar buruk ini, kedua admin blog yang memuatnaik dan ketiga tentunya si pencadang berkenaan. 

Pas bertatih-tatih sejak dua dekad untuk bertapak di sini, dan dijangka akan tetap bertatih-tatih untuk dua dekad yang akan datang. Akan tetapi berbanding dengan parti-parti lain di dalam Pakatan Rakyat iaitu DAP dan KeAdilan, Pas sebenarnya mempunyai potensi yang paling tinggi untuk berdiri kukuh di Sabah dalam jangka panjang.

Pas sesuai bertapak di sebelah pantai timur Sabah

Tetapi perkara ini hanya boleh dilakukan jika Pas menyedari keupayaan mereka sendiri dan mula mengorak langkah secara serius ke arah berkenaan. Sama sekali tidak bertujuan untuk mengutuk atau menghina, sebaliknya cadangan ini dilihat dari sudut praktikal. Mungkin Pas lebih sesuai untuk bertapak sebelah pantai timur Sabah dan mula mengatur langkah dengan lebih teratur bermula daripada sekarang ini. 

Sebanyak 15 kawasan dari kawasan Dewan Undangan Negeri DUN N41 - N60 kecuali Karamunting, Elopura, Tanjung Papat, Sri Tanjung dan Merotai adalah kawasan yang berpotensi untuk Pas. Senarai kawasan-kawasan berkenaan boleh dilihat di bawah. Sila klik untuk membesarkan gambar.



Di kawasan-kawasan inilah pihak pembangkang sangat sering dan lantang merungut tentang banyak kes pengundi-pengundi hantu dan 'Projek IC'. Anda boleh membaca lanjut mengenai perkara ini dengan mengklik link yang ada di sini, sini dan sini

Pengundi hantu dan Projek IC bermaksud mereka yang terlibat adalah diserapkan menjadi warga negara sejak dari 1994 apabila Barisan Nasional di bawah Madey secara licik mahu mengambilalih pemerintahan kerajaan negeri daripada PBS. 

"tiada guna nasionalisme untuk orang yang sedang bersyukur"

Ide tentang nasionalisme tidak boleh jalan di sini di kalangan mereka. Sama ada yang gaya apartheid atau bukan. Begitu juga tentang ide untuk berubah. Atau ide tukar baju. Atau ide "Ni Kali lah". Di sepanjang 18 tahun sehingga sekarang, mereka adalah di dalam keadaan bersyukur. Mereka mengundi Umno bukan kerana ide nasionalisme, tetapi kerana membalas budi. Barisan Nasional memberikan kerakyatan dan hak sebagai rakyat Malaysia yang telah membolehkan mereka mengecapi nikmat kehidupan yang lebih baik berbanding dengan keadaan di negara asal. Untuk itu mereka menepati janji untuk membalas budi setiap kali dalam masa lima tahun. 



Mereka dalam keadaan bersyukur, dan akan membalas budi yang ditabur oleh BN melalui Madey, dan akan menepati janji semampu mungkin. Tepatlah, "Budi Ditabur Janji Ditepati". Tetapi Pas boleh mendekati mereka untuk menyemai dan menguatkan rasa bersyukur kepada Allah, bukan kepada Umno / Barisan Nasional. Lagi pun itulah sebenar-benar syukur yang patut ada pada diri manusia. Bersyukur kepada Barisan Nasional itu menyekutukan Allah SWT, boleh masuk dalam wilayah syirik tu. Di kawasan-kawasan yang mempunya ramai 'pengundi baru' dan 'pengundi hantu' sentimen keagamaan adalah lebih kuat kesannya berbanding dengan semangat nasionalisme.

Dalam Pakatan Rakyat, hanya Pas yang boleh memainkan peranan sebaik-baiknya kepada golongan ini. Ide nasionalisme tidak jalan, Idea kesamarataan dan perubahan juga tidak pasti jalannya. Akan tetapi teras perjuangan Pas adalah agama. Agama yang dimaksudkan ialah Islam. Secara langsung Pas boleh mendekati mereka dengan senang kerana dipercayai hampir semua yang dicurigai sebagai  'rakyat baru' adalah berasal sama ada dari Filipina, Indonesia, Pakistan mahupun  India dan dipercayai beragama Islam.

Di sinilah kelebihan Pas berbanding dengan KeAdilan, DAP malah juga parti-parti pembangkang Sabah yang lain. Cuma Pas haruslah beroperasi dengan bijak, supaya nanti jangan sampai dianggap oleh rakyat Sabah yang lainnya sebagai sebuah parti yang membela 'pendatang asing'.

Fikir-fikirkan dan selamat beramal.



Share this article :

0 comments:

Post a Comment

Babad Views

Babad Editor

Popular Posts

 
Babad Support Sites : Kadayan Chronicles | Kadayan Chronicle | Babad Kadayan
Copyright © 2013. Babad Kadayan - All Rights Reserved
Template Created by Kadayan Chronicles Published by Babad Kadayan
Proudly powered by Blogger