Home » , , » Me'Mat Said'kan Terengganu

Me'Mat Said'kan Terengganu

Written By Unknown on Monday 13 August 2012 | 02:50

Ahmad Said mewarisi berahi Najib terhadap angka #1 Terengganu telah di'Mat Said'kan

(Kiriman Emel) tasya_rotikaya 


Kabarnya berahi Najib terhadap angka #1 menyebabkan kerajaan pimpinannya berbelanja berbilion-bilion ringgit agar resahnya dapat diredakan. Sekarang ada pula cerita bahawa salah seorang anak buahnya iaitu Mat Said juga mempunyai sifat berahi yang  hampir sama. 

Malah dikhabarkan tabiat Najib ini telah diikuti dengan jayanya di Terengganu walaupun tanpa permulaan dengan angka #1. Mungkin kerana tidak mahu mengundang marah sang menteri perdana. Gamaknya kalau disimpan  nama program seperti "1Mat Said" atau seangkatan dengannya, tentu sekali dianggap mencabar kewibawaan Najib.

(Sakmongkol47) Perkara pertama yang ketara  apabila memasuki Terengganu sebaik saja tiba ke Kemaman, Terengganu adalah tanah gergasi. Poster gergasi Mat Said, MB dalam pelbagai kedudukan. Mencium bayi-Mat Said.

Mendesak apa-apa, Mat Said. Seminar dan forum mengenai media baru - poster gergasi Mat Said.Lawatan TPM-Mat Said lebih kelihatan. Memomokkan Tun Dr Mahathir dengan menjemput bekas PM untuk bercakap mengenai versi Islamnya-Mat Said berdiri sama tinggi dengan Dr Mahathir.
------------------------------------------
"They misunderestimated me." George W. Bush -Bentonville, Ark., Nov. 6, 2000
"It's clearly a budget. It's got a lot of numbers in it" - George W. Bush
-------------------------------------------


Gila kuasakah atau apa orang ini? Adakah ini menerangkan kewujudan projeknya yang juga tidak kurang pelik di negeri ini? Terengganu telah diMat Saidkan sementara rakyat telah dipinggir.

Beliau telah membina zoo negeri yang menelan kos hampir RM 100 juta.

Landasan asas yang digunakan sama sahaja.

Sama ada program yang lahir daripada berahi Najib mahupun  Mat Said, kedua-duanya lebih menumpukan kepada pembalutan (packaging) berbanding dengan inti (substance) yang ada disebalik balutan cantik berkenaan. Isinya? Abuk pun tarak.
Share this article :

0 comments:

Post a Comment

Babad Views

Babad Editor

Popular Posts

 
Babad Support Sites : Kadayan Chronicles | Kadayan Chronicle | Babad Kadayan
Copyright © 2013. Babad Kadayan - All Rights Reserved
Template Created by Kadayan Chronicles Published by Babad Kadayan
Proudly powered by Blogger