Konon ada berita panas setanding dengan aksi Datuk Chua Soi Lek. Kali ini melibatkan lelaki yang menyerupai pemimpin pembangkang utama negara dipaparkan dalam video hitam putih dari pelbagai sudut.
Accidentally Male! - pix pophangover
Setakat ini semuanya masih kabur dan merambang, cerita pun rambang jugalah.
Yang ajaibnya ada sesi pratonton untuk para wartawan. Kemudian diajukan pula tempoh seminggu untuk pemimpin berkenaan dan isteri beliau untuk mengundur diri dari arena politik sebelum perkara ini dibawa ke tengah. Ada bau ugutan di situ, kenapa tidak terus diajukan saja kepada pihak berwajib.
Tidak ubah seperti sesi promosi pratonton pemasaran, kalau ada permintaan maka pengeluaran produk akan dibuat secara besar-besaran. Kalau tidak ada sambutan maka pengeluaran akan dihentikan.
Penganjur sesi cuma dikenali dengan gelar datuk dan satu huruf. Datuk 'T', ni jembalang mana lagi ni? Difahamkan beliau merupakan kawan kepada pemimpin berkenaan. Jadi mungkinlah T-Rex kerana sanggup makan daging kawan sendiri kerana hendak meneruskan hidup dengan kenyang.
Kita nantikan bagaimana plot cerita ini berkembang biak sedikit masa lagi.
terkejut tgk gambar tuk..
ReplyDeleteMi, jembalang laut kot....ha ha ha Semoga DSAI tabah menghadapi segala fitnah yang berterusan.
ReplyDelete