Home » , , , , , » Muhyiddin Yassin Tak Suka Orang Miskin Sabah Merungut!

Muhyiddin Yassin Tak Suka Orang Miskin Sabah Merungut!

Written By Unknown on Sunday, 6 March 2011 | 09:01

Muhyiddin kelihatannya cakap lepas main sedap mulut saja. Nampak sangat tidak buat apa-apa persediaan mental sebelum datang ke Sabah.


Mat sembab muka lebam - pix rubbertapperz

TONGOD: Mengikut Tan Sri Muhyiddin Yassin, orang-orang miskin di Sabah patut berhenti merungut dan berpuashati dengan keadaan mereka kerana keadaan di Sabah tidak seteruk yang dihadapi di negara China dan India.

Membandingkan keadaan di negara-negara seperti China, India dan negara telah membangun [sic - FMT salah tulis, sepatutnya developing bukan developed] yang lain, beliau berkata tidak seperti orang-orang di sana, tiada laporan bahawa ada orang yang nazak kebuluran di Malaysia.

Membandingkan kemiskinan di Sabah dengan negara Cina dan India. Kedua-dua negara ini mempunyai penduduk melebihi satu billion orang setiap satunya. Dan Cina? pertumbuhan ekonomi negara ini melebih 11% setiap tahun selama 7 tahun berturut-turut. Kalau ada dua tiga juta orang kebuluran pun bolehlah diterima.



Janganlah bandingkan dengan negara luar. Bandingkan negeri Sabah yang dulu kaya dengan hasil bumi dan kawasan yang luas dengan semenanjung Malaysia saja pun sudah memadai. Apahal yang Sabah boleh jatuh teruk menjadi sebuah negeri yang termiskin sedangkan Malaysia hanya mempunyai 27 juta penduduk. 27 juta penduduk pun BN tidak mampu jaga.

Setiap kali menteri persekutuan datang bertandang ke Sabah maka merabanlah mereka. Dua tahun lepas, Muhamad bin Muhammad Taib menyamakan orang Sabah dengan orang Asli. Shafie Apdal pula menyuruh orang miskin berkorban. Sekarang Muhyiddin cakap terima saja kalau dah miskin tak payah nak bising-bising.

Sudahlah miskin, hendak merungut pun tidak boleh lagi dah. Apalah malangnya orang miskin di Sabah, umpama telah jatuh ditimpa tangga. Bukan sembarangan punya tangga, kepunyaan Muhyiddin Yassin, Timbalan Perdana Menteri Malaysia.

Konon "beliau juga membuat pengakuan yang mengejutkan bahawa kerajaan Barisan Nasional (BN) tidak mampu berbuat banyak kepada orang-orang yang tidak bertanah dan miskin tegar di negara ini kerana pemimpin-pemimpinnya yang tidak cekap. Beliau menyalahkan pemimpin-pemimpin parti politik kerana tidak melaksanakan tugas dan tidak memperjelaskan masalah-masalah yang mereka hadapi".

Ya memang mengejutkan. Orang Nombor Dua kerajaan BN sendiri sekarang mengaku tidak mampu berbuat sesuatu untuk membela nasib penduduk Sabah. Jangan susah Muhyiddin, lepas ini orang Sabah akan tetap memilih BN pada pilihanraya umum akan datang seperti yang telah berlaku sejak 1994.

Sebabnya? Konon mungkin, sebabnya kerana BN jujur mengaku tidak berupaya membangunkan negeri Sabah.

Lagi pula sebenarnya orang-orang Sabah sangat menyukai dan menghormati saudara-saudara dari Semenanjung. Buktinya lihat saja bila bertandang ke semenanjung sebulan dua, balik semula ke sini nanti cakap mereka akan mengikut lenggok slang KL sepenuhnya. Kedengaran canggihlah. Akan tetapi sebaliknya bagi kebanyakan orang semenanjung. Ada yang berkahwin dengan orang Sabah, menetap di Sabah dan telah beranak bercucu tiga keturunan, cakap Sabah tidak juga pandai pandai [Mutalib M.D ini tak tahulah pula sebab belum pernah berjumpa beliau. Dengar kata beliau dah menjadi orang Sabah sejak tahun 1972].



Betullah juga. Kalau dah suka, botakkah, tempangkah mahu pun buta apa hendak dikisahkan. Miskin pun miskinlah.

Jadi pandai-pandai kamuranglah mahu hidup.

Share this article :

6 comments:

  1. Salam,

    Ni belum jadi PM. Belum dapat saya bayangkan bila sudah jadi PM nanti.

    ReplyDelete
  2. Neh belog org sabah yer? saya letak di belog saya ya.. dah lama cari belog org sabah.. ;-)

    ReplyDelete
  3. AmenoWorld, ya belog Sabahan... trimas

    ReplyDelete
  4. Ini orang mabuk berangkali...

    ReplyDelete
  5. semua negeri ada orang miskin...cuma bantuan sj ada yg sampai ada yg xsampai...kdg2 ada org miskin yg tau bahawa ada bantuan untuk mereka ttp mereka kena pergi berusaha untuk memohon...

    ada juga yg diberi bantuan tp xdigunakan dgn sebaiknya...sama sj kes ni dimana2 pon

    betulka artikel ni??? sy teringin nak tahu adakah muhyidin sebodoh tu nak kata begini??? marah ni...atau artikel ni cuma ambil sikit ja ayat dia...jika betul mmgla dia xlayak jd pemimpin... if artikel ni cuma quote sikit ja kata2 dia maka ini dikira sbg memanjangkan cerita xbenar...

    sy rasa byk tempat di sabah lbh maju drp sestengah negeri disemenanjung spt kedah...ada juga yg sama ja susahnya spt xda air n letrik n kemudahan lain...sy harap pemimpin2 yg kita pilih ni ikhlaslah jaga kawasan masing2kan?agar semua rakyat malaysia dpt menikmati kemudahan yg sama di semua tempat...kita sbg rakyat mestilah bersuara agar pemimpin2 kita tahu apa yg berlaku ditempat2 yg jauh dr kawasan bandar...betul x??
    xkisahlah orang sabah ka orang kedah ka, kita semua dalam negara yg sama yg tentunya mahukan keamanan n kemajuan yg sama rata... mudah2an insyaallah berkekalan aman negara kita...

    ReplyDelete
  6. Hmmmm... waktu sya masih budak2 dulu (1989) sya selalu bermain sama kawan2 di jalan raya (garabol) depan rumah... sekarang ni sa sudah kerja ada anak suda,, anak sya pun main di tempat sya main dulu di jalan raya depan rumah yang masih lagi garabol.... hahahahaha.... rugi sya bayar TAX...

    ReplyDelete

Babad Views

Babad Editor

Popular Posts

 
Babad Support Sites : Kadayan Chronicles | Kadayan Chronicle | Babad Kadayan
Copyright © 2013. Babad Kadayan - All Rights Reserved
Template Created by Kadayan Chronicles Published by Babad Kadayan
Proudly powered by Blogger