Home » , , , , » Serahkan Saja Injil-Injil Itu

Serahkan Saja Injil-Injil Itu

Written By Unknown on Friday 18 March 2011 | 13:47

PERKASA yang diterajui Ibrahim Ali tidak layak dinamakan PERKASA yang membawa maksud "Perkasa Peribumi Negara".

Pilihan yang terbaik bagi kerajaan Malaysia ialah untuk melepaskan segala kekangan yang tidak perlu dan tidak sepatutnya yang telah menyebabkan 35,000 buah kitab injil di dalam bahasa melayu terkandas di pelabuhan bertahun-tahun.


Si Jalak Lenteng yang serba curiga - pix themalaysianinsider

Ini bagi membolehkan orang yang empunya dan telah menempah boleh memiliki kitab berkenaan selayaknya.

Kerajaan boleh mengemukakan pelbagai alasan jika enggan berbuat demikian sehingga berlarutan begini lama. Berlapuk dalam kontena ibarat lekang dek panas, kembang dek hujan belum lagi dikira kena makan gegatkah, anai-anaikah dalam masa dua tahun. Dalam masa yang sama sebenarnya kerajaan juga boleh mengesyorkan jalan penyelesaian paling segera jika mahu. Segala-galanya adalah bergantung kepada orang yang memegang tampuk kekuasaan negara.

Semua rakyat Malaysia walau pun menganuti agama-agama yang berlainan di antara satu sama yang lain harus dilayan selayaknya seperti yang telah termaktub dalam perlembagaan negara. Memiliki kitab pula merupakan keperluan asas hidup beragama hatta bagi mana-mana agama sekalipun.

Semoga orang-orang kerajaan yang cerdik pandai boleh mencerahkan maksud firman Allah SWT dalam Surah Hud, ayat 118 ini.



Orang-orang Islam yang paling dungu sekalipun asalkan masih waras akan faham bahawa agama Islam tidak mengajar penganutnya mengelat dan membuli rakyatnya sendiri.
--------------------------------------------

Dalam perkembangan lain pula, sudah tiba masanya rakyat Malaysia di Sabah dan Sarawak berbuat sesuatu atau sekurang-kurangnya mengatakan sesuatu kepada Ibrahim Ali, PERKASA dan mereka yang tidak putus-putus menunjukkan kejahilan mengenai cara untuk hidup bermasyarakat di negara ini.

“Kalau nak edar di kalangan masyarakat di Malaysia Timur, kenapa tidak dikeluarkan ikut dialek masing-masing? Kenapa mesti dalam bahasa Melayu yang bukan 'their mother tongue' (bahasa pertuturan harian mereka),” katanya dalam satu kenyataan media.

Kalau dikeluarkan dalam bahasa kadazan, dusun, murut, iban, dayak, lundayeh atau kelabit buat apa hendak diimport wahai Ibrahim. Negara mana pula di dunia yang mengeluarkan kitab injil sedemikian rupa, baik cetak sendiri.

Kalau Ibrahim hendak tahu (tapi rasanya tidaklah) sebab utama kenapa kitab injil berbahasa melayu diperlukan oleh orang-orang kristian Sabah dan Sarawak ialah kerana "dialek masing-masing" mereka telah hampir pupus. Satu kajian oleh Dewan Bahasa dan Pustaka menunjukkan bahawa lebih kurang 80 peratus orang-orang muda kadazan tidak lagi bertutur atau memahami bahasa ibunda mereka.

Tan Sri Herman Luping, bekas ahli politik yang juga ahli akademik mengatakan mereka berbangga dan menunjuk-nunjuk dengan berbahasa melayu. Beliau juga pernah mengatakan bahawa gereja merupakan salah satu faktor penyumbang kepada kemerosotan ini kerana segala upacara misa dijalankan dalam bahasa melayu.

Ini menunjukkan bahawa orang-orang kristian Sabah (juga Sarawak) serta pihak gereja juga tidak kurang merupakan penyokong kuat kepada dasar kerajaan untuk memertabatkan bahasa melayu sebagai bahasa kebangsaan negara sejak kita merdeka.

Nak kata apa lagi?

Bahasa melayu telah dijadikan bahasa kebangsaan Persekutuan Tanah Melayu melalui peruntukan undang-undang yang terkandung dalam Perkara 152 Perlembagaan Malaysia yang menyatakan dengan jelas bahasa kebangsaan ialah bahasa Melayu.

Dalam soal bahasa melayu ini, baiklah kita berterus terang. Orang-orang melayu sahaja tidak mampu diharap untuk memertabatkannya sama ada dulu ataupun sekarang ini.

Pada tahun 1957, walaupun suruhanjaya Reid menyarankan bahasa melayu dijadikan bahasa kebangsaan, penuturnya hanyalah sebanyak 49.78 peratus dari keseluruhan penduduk Malaya.

Sekarang ini pula, orang-orang melayulah yang paling merosakkan tatabahasa dan nahu bahasa melayu terutamanya di dalam pertuturan seharian. Daya intelek dan taraf pendidikan bagai kebanyakan orang melayu diukur sejauh mana mereka boleh mencampurgaulkan bahasa melayu dengan bahasa inggeris.

Jika tidak percaya, silalah tengok berita saban malam. Fikirlah sendiri berapa kerap anda akan bertemu dengan sampel-sampel spesis bahasa melayu baru seperti berikut ini.

"I skang tengah driving, baru jer sempat lunch. Nanti malam maybe leh ler kita gi dinner k"
"I rase they all tak datang ler, meeting lom adjourn lagi"
"I tengah upset ler..."

Kalau masih belum yakin dengan contoh di atas silalah semak pertuturan seharian anda sendiri.

Alang-alanglah kalau isi kitab yang boleh kebanyakan mereka fahami (dalam bahasa melayu) tidak boleh didapati dalam negara sendiri. Selepas ini baik tetapkan peraturan baru. Hanya kitab injil dalam bahasa hebrew saja yang boleh diimport. Jadi semua pun tidak akan faham, habis cerita.

Kerana itulah PERKASA yang diterajui Ibrahim adalah tidak layak untuk dinamakan PERKASA yang membawa maksud "Perkasa Peribumi Negara". Bila disebut "peribumi negara" sebenarnya ia termasuklah orang-orang kadazan dan dayak yang dicurigainya.

Eloklah dijenamakan semula sebagai Perkasa Melayu Negara Ketuanan Melayu dan nama singkatannya dipanggil PERMANENT. Layak sungguh dengan Ibrahim Ali, PHD (Permanent Head Damage).

Eloklah juga PERKASA Sabah ditutup. Bikin malu saja berketuakan Ibrahim Ali.

Share this article :

0 comments:

Post a Comment

Babad Views

Babad Editor

Popular Posts

 
Babad Support Sites : Kadayan Chronicles | Kadayan Chronicle | Babad Kadayan
Copyright © 2013. Babad Kadayan - All Rights Reserved
Template Created by Kadayan Chronicles Published by Babad Kadayan
Proudly powered by Blogger