Home » , , » Molek Jika Anwar dan Penyokong Bertenang

Molek Jika Anwar dan Penyokong Bertenang

Written By Unknown on Tuesday, 22 March 2011 | 13:44

Jika pelakunya boleh dipalsukan, tidak mustahil alibi yang kelihatan kukuh boleh hilang begitu saja dan ditukar dengan video lain mengenai perkara yang sama.

Begitu juga saranan bertenang ditujukan kepada para blogger yang bersimpati dengan beliau serta sesiapa saja yang cintakan kebenaran.


Banana Sex. I gonna make it STRAIGHT this time! - Pix JustRelaxOut

Paling baik untuk mempastikan kebenaran ialah dengan bertenang dan menunggu sehingga video sensasi ini keluar untuk tayangan umum kerana "bangkai gajah tidak akan dapat ditutup dengan nyiru". (Nota: 18SX - Gambar Oral Sex terdapat dalam teks penuh artikel ini).

Sementara itu yang empunya diri wajar juga untuk membuat laporan polis jika berkenaan. Sehingga kini berita demi berita yang muncul bak cendawan tumbuh di musim hujan hanya mengundang rasa syak dan waham yang sangat tinggi terutama dengan kehadiran beberapa aspek tertentu di dalam episod ini.

Pertama ia pengelibatan sesi pratonton. Apakah tujuan boleh menghalalkan cara? Pemimpin politik atau bukan, ini merupakan video porno. Wartawan atau bukan, faktanya kelmarin video porno telah ditayangkan kepada penonton di sebuah tempat umum. Jadi kepada mereka yang tahu mengenai undang-undang negara tolonglah tunjukkan peruntukan yang boleh mengatakan ia BUKAN melibatkan pemilikan video porno, mempertontonkan video porno kepada orang ramai serta ia TIDAK menyalahi undang-undang yang ada. Jelas sekali ia merupakan langkah "test the water", menguji riak tindak balas masyarakat sama ada berbaloikah tidak ujikaji moral dilakukan kepada pemimpin berkenaan. Bukan senang juga untuk melakukannya bagi kali ketiga setelah masyarakat Malaysia menjadi muak dengan cerita-cerita erotik bermula daripada Sodomy I, Sodomy II dan sekarang, Straight I (III).

Berbanding dengan Umi Hafilda Ali yang membuat pengumuman rancangan samannya yang beratus juta dari kedai runcit, sesi pengumuman video ini mengambil tempat Carcosa Seri Negara. Ini saja cukup untuk menggambarkan bahawa ia bukan calang-calang rancangan. Mengikut kaedah kedai kopi, pengelibatan si anu si polan yang berkenaan boleh ditebak sumbernya walaupun dengan hanya menggunakan serkap yang paling jarang.


ORAL SEX
- Pix CodePoets


Keduanya ada pula ugutan supaya orang yang kononnya terlibat serta isteri beliau yang tidak kena mengena untuk mengundurkan diri politik dalam pertimbangan keputusan untuk mendedahkan skandal ini atau tidak. Apahal T-Rex hendak mengugut supaya pelakunya berhenti dari politik atau tidak, tambah-tambah lagi pula isteri beliau. Bukankah dia telah memiliki video berkenaan, jadi laporkan saja kepada pihak yang berkuasa. Ibarat dah naik sampan, perahu ada di tangan, kayuh sajalah.

Ketiga, belumpun video ini keluar untuk pengetahuan umum telahpun timbul soal alibi Datuk Seri Anwar Ibrahim yang berada di tempat lain pada masa rakaman berkenaan dilakukan. Hebat juga atok yang berumur 64 tahun boleh bertwitter dan berfacebook sambil 'bekerja keras' di dalam spa.

Inilah masalah yang paling besar, video berkenaan belum dilihat oleh masyarakat. Sekarang T-Rex dan pasukannya sudah mengetahui bahawa tarikh paparan video berkenaan tidak kena dan tidak membolehkannya diterima umum selancar yang diharapkan. Akan tetapi jika benar pelakonnya boleh dipalsukan, tidak mustahil alibi DS Anwar yang sekarang ini kelihatan kukuh boleh hilang begitu saja kerana video baru dengan tarikh yang lain pula akan muncul!

Ingat, sesi pratonton kelmarin boleh merupakan usaha "test the water" bagi melihat kekurangan dan kekukuhan video berkenaan. Sekarang mereka sudah tahu.

Jawab mestilah jawab, apahal hendak mendiamkan diri macam kayu mati. Dalam masa yang sama kenalah juga lindung-lindung sikit segala bukti yang ada. Besok-besok bila dah keluar, sembur sekaligus.

Share this article :

2 comments:

  1. Bro, nie tambah dua sen pasal Dato T

    Dalam satu kenyataan hari ini, Karpal berkata, tindakan lelaki misteri itu jelas melanggar Seksyen 5(1) Akta Penapisan Filem 2002 dan Seksyen 292 Kanun Keseksaan.

    Kedua-dua seksyen itu berkaitan larangan memiliki, mengedarkan dan menayangkan filem yang lucah atau yang selainnya bertentangan dengan kesopanan awam.

    ReplyDelete
  2. Tapi aku ader tak setuju skit ngan saranan bro pasal nak tunggu video tu kuar baru serang habis2an.

    Boh jer bro, biar ler dorg sembur sumer, kita pun sembur gak ikut suka sebab ntah2 video ni takkan kuar sselama2nya ponn. Sajer jer gerombolan songkok tinggi buat havoc sebab pr10 sarawak tgh hot.

    ReplyDelete

Babad Views

Babad Editor

Popular Posts

 
Babad Support Sites : Kadayan Chronicles | Kadayan Chronicle | Babad Kadayan
Copyright © 2013. Babad Kadayan - All Rights Reserved
Template Created by Kadayan Chronicles Published by Babad Kadayan
Proudly powered by Blogger