Home » » Tun Mahathir 'penternak katak'

Tun Mahathir 'penternak katak'

Written By Unknown on Sunday, 1 June 2008 | 17:39

Written by Kadayan Banaa


Nampaknya Tun tidak begitu senang dengan tindakan Ezam. Mungkin Ezam boleh menggendalakan perancangan dan usaha yang beliau telah usahakan secara bersungguh-sungguh ke atas UMNO sekarang ini. Tentu sedikit-sebanyak media tunggangan UMNO mendapat modal untuk disiarkan dengan 'echo'nya boleh bertahan dua tiga minggu. Tentu ia juga boleh mengurangkan impak riuh rendah insiden keluarnya Tun dari UMNO di mata umum.

Tun Mahathir
'penternak katak'




Pendeknya, kemasukan Ezam ke dalam UMNO merupakan suatu 'anti-climax'.

Kacau daun punya Ezam. Jadi keluarlah berita ini, semalam.

KUALA LUMPUR, 31 Mei (Hrkh) - Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menyifatkan tindakan bekas Ketua Angkatan Muda Parti Keadilan Rakyat (KeADILan) Mohamad Ezam Mohd Nor yang melompat masuk ke dalam Umno seperti 'katak'.

Beliau berkata tidak mustahil tindakan Mohamad Ezam keluar masuk parti akan berulang kerana beliau pernah keluar Umno dan menyertai KeADILan dan kini keluar KeADILan dan menganggotai Umno semula. Berita penuh

Namun semua kita tahu, perkara ini merupakan lumrah di dalam politik. Cuma yang berbeza, kesan satu-satu peristiwa keluar masuk parti akan bergantung kepada besar kecilnya seseorang individu ahli politik berkenaan di mata masyarakat.

Rasanya Ezam bukan orang penting sangat di dalam PKR. Dia memang membantu PKR di peringkat awal. Tetapi apabila Ezam kemudian keluar dari parti, PKR tidaklah pula jatuh tersungkur. Oleh itu tindakannya tidak menghairankan, bukan pula sesuatu yang menakjubkan.

Kesan tindakan Ezam terlalu kecil untuk sampai kepada tahap penjarahan UMNO di Sabah.

Untuk anda yang masih tidak tahu, lupa atau pura-pura lupa, negeri Sabah cukup berpengalaman di dalam hal lompat melompat. Politik Sabah penuh dengan raja lompat. Lompat lompat parti besar-besaran pernah berlaku dua tiga kali di sini.

1994 dahulu, Tun Dr. Mahathir sendiri merupakan 'penternak katak' terbesar di Malaysia. Tanpa 'katak-katak' yang beliau pelihara, UMNO tidak akan dapat menumbangkan kerajaan PBS 'plus' di bawah Datuk Pairin ketika itu.

Lompat maksudnya keluar dari satu parti, dan kemudian menyertai parti yang diingini. Maksudnya lepas lompat, rehat, kemudian baru lompat lagi. Masalahnya Tun sekarang melompat keluar dari parti UMNO, kemudian belum lagi 'landing' di mana-mana pun.

Kerja-kerja begini sudah tentu amat meletihkan seorang datuk yang berusia 83 tahun!


Comments


Frisco Celestial - Maha Account in Singapore |2008-06-03 06:23:34
Someone emailed me this interesting infos. I'm not to sure of the facts. Perhaps someone knowledgeable can search and verify...

FIXED DEPOSIT ACCOUNTS OF MAHATHIR

Kaawai Tanah - Anonymous comments are allowed |2008-06-03 12:44:36
Dear readers,
Please be informed that we are now allowing you to post anonymous comments.
But please use decent language and no cursing, TQ - Admin.

TAMBUAK62 - TUN MAHATIRlah PENGHANCUR UMNO/BN |2008-06-20 02:24:53
Tun Mahatir adalah seorang Pemimpin yg lahir dibawah Bintang Siggatarius/Kerbau. Orangnya memang Pintar, Rajin bekerja, Licik dan Pendandam. Kalau nak tahu dialah PEROSAK strutktur Politik Negara Malaysia khasnya UMNO @ BN pada PRU-12 yg baru saja masuk hari ke-100. dia yg pernah menyebabkan UMNO diHARAMkan dan memacat Datuk Seri ANwar Ibrahim dari dlm UMNO itu sendiri.Kita lihat tingkah lakunya sekarang juga menyarang PM @ Pa'Lah yg dilantiknya sendiri. Ketebalan Darah Indian dibadan Tun Mahatir memang benar2 genetik, Genetik apa? tipu helahlah jawabnya...!!! Usianya sudah mencecah ke 83 tahun pun beliau tidak henti2 mau memburuk burukkan Kepimpinan Pa'Lah. Siapalah Pa'Lah kalau bukanTN yang MELANTIK ke Jawatan itu??? Bererti TM tu seorang Pemimpin yg inginkan huru hara didalamNegara M'sia. Sepetutnya dialah dimasukkan didalam Penjara dibawah AKTA ISA.
Share this article :

0 comments:

Post a Comment

Babad Views

Babad Editor

Popular Posts

 
Babad Support Sites : Kadayan Chronicles | Kadayan Chronicle | Babad Kadayan
Copyright © 2013. Babad Kadayan - All Rights Reserved
Template Created by Kadayan Chronicles Published by Babad Kadayan
Proudly powered by Blogger