Home » , , » Muhyiddin, Hantu dan Jembalang

Muhyiddin, Hantu dan Jembalang

Written By Unknown on Monday 21 March 2011 | 09:36

Muhyiddin merupakan Jembalang Umno.

Takkanlah Muhyiddin serius menggelarkan saudara-saudaranya dari tanah semenanjung sebagai jembalang dan hantu-hantu yang bakal merosakkan negeri Sarawak, tak baik Wak. Apa yang berlaku di Sarawak adalah proses biasa dalam sistem pemerintahan demokrasi apabila telah sampai masa yang ditentukan.


Tutup Mulut Wak Sembab! - pic malaysianjustice @blogspot

Tapi Muhyiddin tidak juga dilaporkan berjenaka semasa berkata sedemikian.

Oleh itu bolehlah disimpulkan bahawa ungkapan ini dibuat oleh beliau menurut irama politik yang sedang hangat di Sarawak. Agaknya teruja kerana Tok Uban hendak membubarkan Dewan Undangan Negeri Sarawak pada hari ini.

-----------------------------------------------
Lawak Jembalang

"Jembalang tanah merujuk kepada semangat atau makhluk halus yang terdapat dikawasan hutan dara. Jembalang tanah dikatakan berasal daripada urin atau tali pusat bayi yang ditanam di kawasan hutan.

Jembalang tanah dikatakan akan mengganas sekiranya kawasan mereka diterokai, oleh itu setiap kali sebidang tanah baru dibuka, persembahan makanan yang dikenali sebagai acak akan diletakkan dikawasan tersebut bagi mengelakkan jembalang tanah mengamuk dan mendatangkan kemudaratan kepada peneroka tersebut."

Ini merupakan definasi jembalang yang tidak lengkap dan boleh anda baca di sini. Jika penerangan di atas dibaca mengikut irama politik Muhyiddin, ia akan berbunyi seperti berikut:-

"Jembalang Umno merujuk kepada semangat atau makhluk Umno yang terdapat di kawasan pilihanraya. Jembalang Umno dikatakan berasal daripada urin atau tali pusat manusia sembab yang ditanam di kawasan pilihanraya.

Jembalang Umno dikatakan akan mengganas sekiranya kawasan mereka diterokai, oleh itu setiap kali dewan undangan negeri dibubar, persembahan makanan yang dikenali sebagai kopi 'O' dan 'Projek Segera' akan diletakkan dikawasan tersebut bagi membolehkan jembalang Umno mengamuk dan mendatangkan kemudaratan kepada pembangkang tersebut."

Siapa yang paling tepat digelar jembalang Umno? Di Sarawak buat masa ini Muhyiddinlah. Mengambil ungkapan Masidi Manjun, "it takes a monkey to call another person monkey". So Wak, it takes a jembalang to call another person jembalang
.


-----------------------------------------------


SRI AMAN, 19 Mac – Penduduk Sarawak perlu menolak ‘‘hantu dan jembalang’’ yang datang dalam jumlah yang besar dari Semenanjung ke negeri ini semasa pilihan raya negeri yang akan datang.


Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata ini kerana golongan ini boleh menggugat keharmonian dan perpaduan kaum sedia ada, yang merupakan asas terpenting kepada kestabilan politik.

Wak Muhyiddin sebagai TPM perlulah menjaga kata-kata beliau. Banyak bercakap merapu tidak menggambarkan imej yang baik bagi seseorang pemimpin tinggi negara.


Senyum Jembalang


Sedang menari tarian jembalang


Apa ler Wak Sembab ni cakap bukan-bukan!!!

Ingat, orang-orang miskin di Sabah masih lagi terluka dengan kata-kata wak tempoh hari.

Share this article :

2 comments:

  1. Muhyiddin suka cakap ikut hati dia bah,dia tidak fikir kalu kawan2 dia yg lain datang tu semua jembalang juga,sbab dia bilang orang2 dari semenanjung adalah jembalang....eehhhh takut sia itu antu2 semuatu....terutama antu2 UMNO ini termasuk dia sendiri,nanti kena makan diri oohhhh.....

    ReplyDelete
  2. bro ni muhyiddin banyak cakap nda guna bah...pencen awal bagus bikin susah orang UMNO mo tangkap tu antu jembalang...so better shut up & f..k ...

    ReplyDelete

Babad Views

Babad Editor

Popular Posts

 
Babad Support Sites : Kadayan Chronicles | Kadayan Chronicle | Babad Kadayan
Copyright © 2013. Babad Kadayan - All Rights Reserved
Template Created by Kadayan Chronicles Published by Babad Kadayan
Proudly powered by Blogger