Home » , , , » UMNO Sabah Dah Naik Minyak

UMNO Sabah Dah Naik Minyak

Written By Unknown on Wednesday 9 March 2011 | 18:37

Eloklah BN Sabah buat pejabat sementara di depan balai polis. Dengan itu, apa-apa hal bolehlah cepat hendak membuat aduan. Pairin, Masidi dan Musa Aman kena sindir sikit dah pergi mengadu. Sekarang Tan Sri Simon Sipaun buka mulut sikit, mengadu lagi.



KOTA KINABALU: Mantan timbalan pengerusi Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam), Simon Sipaun, bersedia untuk berhadapan dengan pihak polis berkaitan dengan kenyataan beliau bahawa "kehidupan di Sabah lebih baik sebelum menyertai Malaysia pada 1963”.

Lalu dua bahagian Umno dari Tawau dan Keningau membuat laporan polis terhadap beliau. Timbalan Ketua Perhubungan Umno Tawau Mohammad Jeffrey Rosman mendakwa kenyataan Sipaun adalah "mengelirukan dan berbaur hasutan".

Di Malaysia ini, hampir apa saja kenyataan yang tidak kena di mata dan telinga UMNO akan disifatkan sebagai menghasut. Akan tetapi kalau sebelah puak mereka yang melakukan perkara yang sama, bagi mereka itu adalah perkara yang wajar.

Mereka BOLEH menggelar raja dengan panggilan yang tidak wajar.




pix -TV3

Mereka juga boleh mengugut raja-raja.


pix - wartamaya

Presiden PERKASA malah juga pernah mengugut raja-raja yang konon hendak dilindunginya.

Banyaklah wajar UMNO. Hasutan konon.

Hasutan apanya? Apa yang diungkapkan oleh Sipaun boleh disandarkan kepada fakta dan angka.

Apa yang dinyatakan oleh Sipaun pada majlis dialog antara parti pada hari sabtu yang lepas ialah bahawa "kehidupan di Sabah dalam suatu segi adalah lebih baik sebelum menyertai Malaysia pada tahun 1963 kerana secara lebih kurangnya negeri ini setaraf dengan Malaya yang juga tidak begitu maju dari segi pembangunan".

Dengan ertikata lain, apa Sipaun hanya menyatakan apa yang jelas tersurat dan boleh dikaji secara empirikal. Satu contoh ialah insiden kemiskinan meletakkan Sabah sebagai negeri yang tercorot di dalam tangga kekayaan negeri-negeri di Malaysia.

Mungkin dalam soal kemiskinan keadaan Sabah sebelum merdeka juga tidak lebih baik berbanding dengan hari ini. Betul bahawa insiden kemiskinan lebih banyak ketika itu. Akan tetapi Malaya kecuali Singapura juga adalah daif, jadi nak keliru apa? Selain itu kita juga harus mengambilkira keadaan jurang miskin-kaya yakni perbezaan secara perbandingan taraf hidup di antara penduduk yang miskin dan kaya. Ketika itu bila dikatakan miskin hampir semua penduduk Borneo pun miskin jadi apa pulak yang hendak dikisahkan.

Masalahnya di Sabah sekarang, jurang ini semakin tinggi kerana dasar pilih kasih kerajaan BN yang diterajui oleh UMNO dengan pembentukan golongan kelas menengah atas yang juga juga digelar golongan super bumi elit; keluaran BN. Mereka ini merupakan golongan yang kaya raya bagai nak rak dan jurang kehidupan mereka ibarat langit dengan bumi jika dibanding dengan penduduk miskin tegar Sabah yang papa kedana.

Uinaa Jeffrey Rosman, ko tidak pandai bacakah? Masuk tadika baliklah pigi balajar A-B-C.

Eloklah BN Sabah buat pejabat sementara dan letak kerusi meja di depan balai polis. Belajarlah daripada presiden NUJ yang berkampung di hadapan pejabat Utusan Malaysia sebagai tanda protes. Dengan itu, apa-apa hal bolehlah cepat hendak membuat aduan. Pairin, Masidi dan Musa Aman kena sindir sikit dah pergi mengadu. Sekarang Tan Sri Simon Sipaun buka mulut sikit, mengadu lagi.

Share this article :

5 comments:

  1. Hai kawan,bukan kamurang tida tau diorang tu pigang perinta karajaan baitu,jadi kalu diorang kana sindir2 malu bah...jadi pigi repot pulis lah,diorang takut nanti si simon S cakap banyak2 abis semua tong tai pun tekeluar bah...jadi sabelum tongtai pecah diorang pi repot lah,takut nanti orang kampung masam kami ini kana pengaruh bah...sabab itu undi 13 tida lama lagi baaitu.

    ReplyDelete
  2. setuju bah sama simon sipaun,kenapa syarikat dari malaya ambil tanah di sabah pemuda umno tidur,dan kenapa jabatan hutan bakar rumah penduduk kampung serta rumah adat di tanah NCR pemuda umno tidak pegi protes itu jabatan hutan...bila ada orang yang berpelajaran dari sabah yang ingin menyedarkan rakyat dari tidur cepat-cepat UMNO buat laporan polis...hallo KP umno dari tawau dan keningau cuba tengok-tengok tanah NCR yang di ambil oleh tawkey dari malaya dikawasan masing-masing..tolon bela rakyaat di sana

    ReplyDelete
  3. saya sokong simon tu,memeng benar kata dia tu,dan saya setuju pendapat kamu tu,kalau kita kaji tentang NCR memang patut tanah adat di pertahankan,sebabnya penghuni di tanah adat mereka tiada tempat lain yang mereka ada hanya itu sahaja yang mereka ada sejak dari nenek moyang mereka lagi,mereka usahakan tanah itu cuba kalau kamu berpeluang melawat tempat mereka,kamu akan nampak pokok buah buahan yg dah besar,itu tandanya mereka dah lama huni disana,tiba2 pula kononnya jadi hutan simpan kerejaan,jadi kenapa PEMUDA UMNO tidak masuk campur untuk membelah nasid orang orang yang di sana....????Kenapa diorang diam..????kenapa hal sedemikian yang simon baru cerita sikit dah bilang dia ada unsur hasutan...come on lah Pemuda Umno ini kan demokrasi @ demo kritik,bukalah mata kamu dan lihat sekeliling kamu....

    ReplyDelete
  4. mmang ader masalah membaca kot org UmnoNGOK nie bro... diorg amik kata2 org sparuh2 pastu buat report polis...

    memang org2 Sabah kena fikir 2000x ler kalu nak pilih umno dlm pru13.

    Hidup PR

    takbirrrr!!!!!!!!!!

    ReplyDelete
  5. reality..BN n PR 2X5..lebih teruk lg..belum apa2 suda pijak kepala org sbh..dah berpuluh2 tahun usaha tanah terbiar senang2 saja pg tumbang pg bakar..skali itu syarikat sawit ganti pg tanam..pti yg bikin saMak buat2 rumah stinggan tidak pula kana rubuh..apamacam juga..kompinaian diorang,,,ada org yg diharap ikut saja sakap diorang mcm itu karabau..palui2.biasala projek..projek..dan projek itu ini tamaha..

    ReplyDelete

Babad Views

Babad Editor

Popular Posts

 
Babad Support Sites : Kadayan Chronicles | Kadayan Chronicle | Babad Kadayan
Copyright © 2013. Babad Kadayan - All Rights Reserved
Template Created by Kadayan Chronicles Published by Babad Kadayan
Proudly powered by Blogger