Home » » Akhlak, Budaya & Membangun - Sapawi

Akhlak, Budaya & Membangun - Sapawi

Written By Unknown on Wednesday 5 March 2008 | 20:02

Written by Anak Kedayan


Berakhlak, berbudaya dan membangun: Perjuangan yang belum Selesai Bagi Datuk Sapawi Hj Ahmad

Kali ini saya ingin memberi gambaran ringkas mengenai calon Barisan Nasional yang bertanding untuk kawasan Parlimen P178, Datuk Sapawi Amat Wassali @ Ahmad atau ringkasnya – Datuk Sapawi Hj Ahmad.

Sebenarnya dia sendiri tidak pernah menggunakan cogankata atau slogan di atas.



Gambar Calon BN Sipitang
Datuk Sapawi Hj Ahmad


Ia merupakan pernyataan ringkas kepada arah aliran perjuangan beliau yang saya fahami di sepanjang karier politiknya.

Dengan ertikata lain, ianya adalah ciptaan saya sendiri dan akan saya terangkan di sini kenapa ia berbunyi sedemikian rupa.

Beliau merupakan seorang guru dan aktivis NGO / Agama - ABIM sebelum bergelumang dengan dunia politik. Aktiviti keagamaan dan pendidikan merupakan nadi kehidupan awal beliau sebelum dan selepas berpolitik. Beliau mementingkan pendidikan.


Sapawi mampu berkhutbah dengan baik.


Beliau berpegang teguh kepada ajaran agama dan bagi mereka yang tinggal di Sipitang, melihat beliau berkhutbah pada sembahyang Jumaat adalah satu perkara yang biasa.

Beliau juga mendokong hal ehwal kebudayaan masyarakat sipitang dengan baik. Selama beliau menjadi wakil rakyat N28 Sindumin, dia telah berusaha memperkenal serta mempromosikan elemen-elemen kebudayaan etnik Sipitang.

Ini termasuklah gambus [Brunei], kulintangan [Kedayan], gasing [Kedayan] dan bahasa tempatan. Beliau mengukuhkan potensi daerah Sipitang di dalam pelancongan melalui GATA yang telah dijadikan acara tahunan di derah ini.


Sapawi mempromosi gambus, kulintangan, gasing dan bahasa tempatan.


Terakhir ialah yang juga paling penting di dalam kehidupan, iaitu pembangunan.

Dengan dokongan dari kerajaan BN secara keseluruhan, beliau merupakan pemangkin untuk projek penting iaitu penyiapan jalan raya antara Sipitang-Beaufort, Sipitang-Tenom dan lebuh raya Trans-Borneo.

Ini merupakan prasana asas yang membolehkan daerah Sipitang menjadi tumpuan dan mmbolehkan potensi sebenar pelancongan daerah boleh diterokai.

Beliau juga telah dan sedang mengusahakan untuk mengatasi masalah bekalan air yang diperlukan oleh masyarakat daerah ini. Menurut beliau, kerajaan telah memperuntukkan sejumlah besar dana untuk membina loji air. Apa bila siap kelak, ia sudah pasti mampu membantu mengatasi masalah berkenaan.


Masalah air di Sipitang akan diselesaikan


Pembinaan Esplanade Sipitang yang dirancangkan adalah sebahagian dari usaha kerajaan BN yang berterusan ke arah menjadikan Sipitang suatu daerah pelancongan yang menarik di negeri ini.

Kesimpulannya, pencalonan beliau untuk kerusi parlimen P178 Sipitang memang merupakan titik tolak yang penting kepada perjuangan beliau yang belum selesai. Pemilihan semula beliau sebagai wakil rakyat amatlah penting. Jika tidak, perjuangan yang belum selesai akan menjadi perjuangan yang terbengkalai.


Undilah BN - Untuk sebuah perjuangan yang belum selesai.


Ikhlas dari Anak Kedayan



Artikel ini merupakan pandangan peribadi pengarang dan tidak semestinya menggambarkan pandangan rasmi kadayanchronicles.blogspot.com mengenainya – Kaawai Tanah.

Comments

Anak Kedayan - Gambus tu contoh nganya |2008-03-06 21:55:00
Ada yang ngucap-ngucapi pasal yang ku sabutkan gasing, gambus, kulintangan anie.

atu samuha contoh nganya bah.

Mun kan disabut sabuting-sabuting banyak jamu tu, mangkali inda tamuat sini ani. mangkali jua tamuat lah, tapi aku yang batah naip, jadi labih kuangnya macam atu tah.

Mudah-mudahan ada lagi kawan-kawan nambahi

cangkie cawie - Aing |2008-03-07 10:02:11
maap tah jua a_kedayan ehh.

Aku ani nyokong---- andang jua nyokong daii biani.

Tapi aku bapadah usai jamu, mun dapat aing atu dipaduli bana-bana tia yah.

Payah bah, bukannya inda biasa di sungai mandi, tapi paip yang panga-panga atu baik jamu mun usai aingnya mahilie.

Aku tatap jua ngundi haji ahmad ni, mudah-mudahan ia ingatkan aing atu nganya yang ku minta, mudahan ya manang, camatu jua datuk sapawi

Junaidi blog |2009-02-19 16:16:03
Salam singgah

Share this article :

0 comments:

Post a Comment

Babad Views

Babad Editor

Popular Posts

 
Babad Support Sites : Kadayan Chronicles | Kadayan Chronicle | Babad Kadayan
Copyright © 2013. Babad Kadayan - All Rights Reserved
Template Created by Kadayan Chronicles Published by Babad Kadayan
Proudly powered by Blogger