Home » » Tahniah untuk BN

Tahniah untuk BN

Written By Unknown on Monday 10 March 2008 | 23:14

Written by KaaWai ^TaNaH^
Justify Full

UCAPAN TAHNIAH secara khusus pihak kami tujukan kepada pemimpin-pemimpin Kadayan di Sipitang, Tn Hj Ahmad Hj Bujang – calon BN untuk DUN N28 dan Datuk Sapawi Hj Ahmad – calon BN untuk P178 yang masing-masing memenangi kerusi DUN dan parlimen yang mereka tandingi.


Barisan Nasional Menang

Difahamkan suasana pilihanraya di Sipitang ke 12 yang lepas berlalu di dalam suasana muhibbah tanpa sebarang kejadian yang tidak diingini.

Dalam kesempatan ini kadayanchronicles.blogspot.com juga mengucapkan tahniah kepada Barisan Nasional kerana berjaya mengekalkan tampuk pemerintahan negara terus menerus sejak lebih dari separuh abad. Ini merupakan suatu rekod yang sukar ditandingi di kebanyakan negara lain.

Juga kepada semua calon-calon yang melibatkan pengundi Kadayan di mana sahaja anda telah pergi membuang undi di serata Malaysia. Anda telah terlibat langsung dengan proses demokrasi negara.

Sehubungan itu pihak kami juga merakamkan setinggi penghargaan di atas pengelibatan pemimpin-pemimpin dan orang-orang Kadayan yang berjuang di atas tiket pembangkang.

Mereka merupakan orang-orang Kadayan yang tidak boleh kita ketepikan sama sekali. Mereka ini merupakan orang-orang yang percaya kepada sesuatu yang diperjuangkan, dan telah sanggup bersusah-payah untuk menjayakan cita-cita mereka.

Untuk Tn Hj Ramlee Dua dan lainnya, di harap anda semua tidak putus asa dan cuba lagi di dalam pilihanraya ke 13 nanti.

Apa yang penting, kita harus memahami apa sebenarnya yang termaktub di dalam prinsip-prinsip demokrasi sejak dari zaman Yunani kuno lagi.

Membangkang bukan suatu jenayah.

Tidak bersetuju bukan suatu kesalahan hatta di dalam mana-mana undang-undang dunia sekalipun.

Begitu juga, apabila seseorang itu telah dilantik menjadi anggota eksekutif kerajaan.

Sama ada dia dari Barisan Nasional dan “Barisan Pembangkang” dia MESTI berkhidmat untuk SEMUA rakyat di kawasannya, BUKAN hanya kepada penyokongnya.

Semua ini merupakan proses demokrasi yang dijamin dan termaktub di dalam perlembagaan negara.


kadayanchronicles.blogspot.com
Share this article :

0 comments:

Post a Comment

Babad Views

Babad Editor

Popular Posts

 
Babad Support Sites : Kadayan Chronicles | Kadayan Chronicle | Babad Kadayan
Copyright © 2013. Babad Kadayan - All Rights Reserved
Template Created by Kadayan Chronicles Published by Babad Kadayan
Proudly powered by Blogger