Home » » BN Hilang Majoriti Dua Pertiga

BN Hilang Majoriti Dua Pertiga

Written By kadayan chronicles on Monday, 10 March 2008 | 10:49

Written by anak_semenanjung


Saya pertama sekali terjumpa dengan laman web ini seminggu sebelum Pilihanraya umum ke 12 yang baru lepas dan membaca artikel-artikel yang disiarkan di sini termasuklah pasal Zam dan Tan Sri Muhammad Muhamad Taib, “Tun” Lim Kit Siang, Hindraf dan sebagainya.




Samy Vellu and Zam Lost - Image

Ya rabbi I tekezut ler..., korang sume nie memang giler habis ... memang jenis yang “free thinkers”, tahniah.

Saya rasa korang memang orang internet, yang muda-muda. Membaca artikel korang macam membaca malaysia-today atau malaysiakini, tak jauh beza kecuali banyak dialek daerah [Kedayan] yang saya tak faham maksudnya, tapi agak-agak boleh ler.

Kalau korang boleh maintain pace yang cam ginie untuk lima tahun yang akan datang, I am not surprise yang kadayanchronicles.blogspot.com akan menjadi the next primer alternative site untuk politik selain dari laman-laman yang I sebutkan tadi.

Okey ler, I tumpang sekaki kali ni.

BN cam kalah moral yang amat teruk kat tempat kitorang di Semenanjung. [Datuk Seri] Samy Vellu dah kong. I rasa its time untuk dia revert balik pakai rambut asli daa, dah lama betul dia pakai rambut palsu, sampai orang pun lupa camner rupa dia yang sebenar. Since orang dah tak kenal dia lagi, dia kalah ler.

Second, pasal Zam [Datuk Zainudin Maidin]. Ingat-ingat pas nie dia buleh le blajo pasal blog, dah tak sibuk lagi tu. Kalau tak tau I volunteer ajar die, registr kat blogspot bukan susah, nenek I pon bole buat. Agak-agak dua tiga minggu lagi dia mula ler naip ngutuk Pas lak di blog dia. Lagi, kalau dia nak aktif politik balik, blajo ler public speaking lagi, I dah tengok interview die ngan aljazeerah tu, buruk ner leee.

Orait le, pendek citer, jangan sekali-kali pandang rendah dengan blog sebagai media alternative.

Selama nie kerajaan asyik ngutuk kiter jer, skang amik nko... dah ilang majoriti dua pertiga.

Agaknye diorang tak tau kot, pengundi-pengundi tua mati saban tahun. Yang tinggal skarang nie yang muda-muda dan tak cayer ngan suratkhabar lagi dah.


Petikan dari Email


Artikel ini merupakan pendapat peribadi pengirim dan tidak semestinya menggambarkan pendirian kadayanchronicles.blogspot.com di dalam perkara ini – Kaawai Tanah.



Comments

KaaWai ^TaNaH^ - [Via Email] from: dawin |SAdministrator |2008-03-12 14:27:20
yang mengcewakan inda ada calon kedayan di sarawak. Issu perkauman
masih tebal kat sarawak.

KaaWai ^TaNaH^ - [Via Email] from: jasmad |SAdministrator |2008-03-12 14:29:03
ahaks...

KaaWai ^TaNaH^ - [Via Email] from: from paradia |SAdministrator |2008-03-12 14:36:31
tulah sisamy, angkuh alias sombong dia pikir rakyat tak berani nak kasih jatuh dia...skg bisu n babau he...he..klu pikir2kan klu pati india teraada Bn masih boleh menang lagi lah kan,lagi pun itu jabatan JKR dah lama dia duduk sana boringlah......"KAU TAHULAH SAMY KUATNYA KUASA RAKYAT"

Kata tok guru gunung kalau nak jadi pemimpin tu biarlah berpanas,berhujan dengan rakyat baru tahu bertapa susah dan payahnya kehidupan rakyat.ni tak bila menang aje tinggal kat bandar rumah banglo,tiga bulan baru timbul nak jumpa rakyat ni politik longkang

giin buagas - BN sabah beruntung... |2008-03-13 10:13:46
BN sabah kira beruntunglah sebab penggunaan media alternatif / online belum keperingkat meluas seperti di semenanjung...

Pendedahan dan access berita kebanyakan mereka cuma tv1, tv2,tv3 dan berita daily express, borneo post, new sabah times, jadi pengawalan dan penjerutan minda orang sabah masih boleh berjalan lancar.

Tunggulah lima / sepuluh tahun akan datang.... apabila orang-orang sabah boleh mendapat sumber berita yang lebih adil.


giin buagas - Comedy about Mr Sam! |2008-03-14 14:39:14
I found this via google, it is about mr samy

nice comedy

sloone.wordpress.com/2008/03/10/goodbye-sam-from-comedy-court/
Share this article :

0 comments:

Post a Comment

Babad Views

Babad Editor

Popular Posts

 
Babad Support Sites : Kadayan Chronicles | Kadayan Chronicle | Babad Kadayan
Copyright © 2013. Babad Kadayan - All Rights Reserved
Template Created by Kadayan Chronicles Published by Babad Kadayan
Proudly powered by Blogger