Home » , , » Cincin RM73 juta Bukti Rosmah Kedekut Giler

Cincin RM73 juta Bukti Rosmah Kedekut Giler

Written By Unknown on Friday 10 August 2012 | 02:55

Biar cuma togok air longkang semenjak lahir untuk berjimat
Makan cuma rumput ragut percuma setiap hari
Kalau setakat kerja pegawai, tak akan mampu simpan RM73 juta

Oleh Awang Tongkol via Emel

Ya, tau perkara ini telah agak lama berlalu, penghujung tahun 2011. Tetapi masih terlalu menarik untuk dibiarkan berlalu begitu sahaja.


Terdapat tiga perkara yang boleh kita pelajari dari kerosakan publisiti yang dialami oleh Kak Mah.

Pertama, pegawai publisiti mana pun yang terfikir nak auta dengan alasan tidak masuk akal ini dan kemudian idenya diterima sehingga sampai ke media cetak untuk bacaan umum patutlah dipecat dari jawatan. 

Kedua.  Utusan, akhbar yang menyiarkan alasan ini sebagai berita muka depan harus ditransformasikan sepenuhnya. Adalah dicadang PEMANDU merangka satu lagi program yang dinamakan "1TransformasI Suratkhabar Utusan" atau pendeknya  '1TISU'. Tujuannya pelaksanaan program adalah untuk mencari jalan  bagaimana akhbar ini dapat dicetak pada kertas lebih lembut, nipis, lebarnya dalam enam inci, memanjang tanpa putus dari muka pertama sehingga penghabisan serta digulung kemas. Jadi sehari tentu akan dapat segulung. Dalam jangka panjang ia akan menjimatkan perbelanjaan para pembaca akhbar Utusan. Selepas baca bolehlah simpan di tandas, 2-in-1.


Ketiga, kalau Kak Mah sendiri yang mengeluarkan alasan sedemikian, memang wajarlah dia meminta lagi supaya Najib memberikan tambahan peruntukan beratus-ratus juta kepada PERMATA sesegera mungkin. Program ini perlu supaya kanak-kanak Malaysia tidak membesar dengan masalah dungu seperti yang dialaminya.  Dungu kerana sanggup menyimpan RM1.2 juta setiap tahun selama 60 tahun. Kemudian apabila simpanan telah mencecah RM73 juta, ia cuma digunakan sekaligus dan sekali sahaja, untuk membeli sebentuk cincin. 


Klik artikel di atas untuk membesarkan dan membacanya. 

Apa raa menabung dari kecik. Untuk dapat hendak menabung RM73 juta, Kak Mah mesti jadi seorang yang kedekut giler. Tak payah beli baju, pakai kulit kayu. Makan rumput saja tiap-tiap hari. Minum air longkang. Tido bawah jambatan. Takyah beruih gigi. Takyah botok. Dia mesti berdisplin supaya 'by hook or by crook' buleh cekau sebanyak RM3 ribu sehari, RM101 ribu sebulan, RM1.2 juta sebulan selama 60 tahun. 

Tetapi ini bukan wayang cerekarama TV1 lah.

Biarpun cuma minum air longkang dan makan rumput ragut percuma setiap hari. Jika pendapatan cuma datang dari   pegawai biasa sama ada dengan kerajaan mahupun sektor swasta, tak akan mampu menyimpan sebanyak itu biarpun bertahan selama 60 tahun.
Share this article :

4 comments:

  1. muahahahahaha.... lu nyer kutukan nie bedesyum giler gak ler awang tongkol. Memang Rosmah ni nak jahanamkan negara gamaaknyer!!!!!!!!

    ReplyDelete
  2. Fuyyoo...tp xmapu belui tudung, tunggu tudung masa dikapankan..shiannnnyer

    ReplyDelete
  3. mmg bengang tahap cipan ler if nk kata dpt simpan juta2 pas tu beli seketul jeww cincin. lemonade sungguh nenek ni.

    ReplyDelete
  4. Apa nak heran. Kan hari tu dah heboh satu youtube kata dia pempuan puaka.

    ReplyDelete

Babad Views

Babad Editor

Popular Posts

 
Babad Support Sites : Kadayan Chronicles | Kadayan Chronicle | Babad Kadayan
Copyright © 2013. Babad Kadayan - All Rights Reserved
Template Created by Kadayan Chronicles Published by Babad Kadayan
Proudly powered by Blogger