Home » » Kajian tentang Kadayan di Brunei

Kajian tentang Kadayan di Brunei

Written By Unknown on Sunday 25 May 2008 | 19:28

Written by Tuah


Dahulu (di Negara Brunei Darusalam) ada pulang usaha untuk mengkaji asal dan petempatan oang kadayan di Borneo.

5 tahun yang lepas, Universiti Brunei Darussalam telah berjaya mangungkayahkan satu projek besar-besaran yang melibatkan projek pengumpulan Tradisi Lisan (folklore) masyarakat Kadayan (khususnya di Negara Brunei Darussalam yang terdiri daripada empat daerah) kerana puak kadayan ditemui menghuni di keempat-empat daerah berkenaan.

Boleh dikatakan oang kadayan merupakan golongan majoriti di Brunei.

Ada ura-ura mengatakan projek pengumpulan tradisi lisan seterusnya akan dilaratkan di negara jiran termasuklah Sarawak dan Sabah serta kalimantan. Namun satakat ani balum ada habaanya.

Kalau ku nda silap 4 tahun lapas, Pusat Sejarah Brunei juga telah mengadakan projek pengumpulan sejarah sosio-budaya dan tradisi lisan di 'Perkampungan Sejarah Puak Kadayan di Kg. Jerudong, Brunei Darussalam' yang terbesar setakat ini kerana ia mencakupi semua mukim di daerah Brunei dan Muara, sebahagian tempat di daerah Temburong, Tutong dan Belait.

Mungkin buku hasil perolehan projek akan dikeluarkan tidak lama lagi. Info tentang Kg. Jerudong, dipercayai antara perkampungan asal/awal puak kadayan di Brunei.

Berdasarkan daripada pengamatan saya (terutamanya selepas terlibat secara langsung dengan kedua-dua projek di atas) sebagai pengumpul data dari informan (oang2 tuha kadayan di Boonai), kabanyakannya mangatakan bahawa oang kadayan berasal dari Jawa.

Tidak kurang pula yang mengatakan oang kadayan ani asalnya mungkin daripada puak dusun atau cina (yang memeluk Islam) berdasarkan dari faktor kulit dan muka oang kadayan. Namun, cerita Kadayan daie Jawa hanya ikut-ikutan/akun-akun saja (tanpa bukti yang kukuh).

Namun hasil kajian terkini, Kadayan bukan berasal dari Jawa tetapi dipercayai penduduk asal pulau borneo jua. Kenyataan ini dikuatkan lagi oleh faktor linguistik dengan penduduk yang mendiami wilayah Kalimantan, Indonesia.

Kekerabatan bahasa kadayan dengan penduduk di Banjarmasin dan Kutai tidak boleh dipertikaikan lagi.
Share this article :

0 comments:

Post a Comment

Babad Views

Babad Editor

Popular Posts

 
Babad Support Sites : Kadayan Chronicles | Kadayan Chronicle | Babad Kadayan
Copyright © 2013. Babad Kadayan - All Rights Reserved
Template Created by Kadayan Chronicles Published by Babad Kadayan
Proudly powered by Blogger