Home » » BERJAYA kutuk Tun, 1975

BERJAYA kutuk Tun, 1975

Written By Unknown on Tuesday 27 May 2008 | 06:42

Written by Arimi Sidek

Revised text [& graphics] version, 27 May 2008.

Sabah in time 4

Parti Berjaya ditubuhkan dengan dalangnya oleh para pemimpin persekutuan di Kuala Lumpur.

Berjaya ditubuhkan
Imej dari sikmading1
Ia nampaknya mendapat sekutu segera yang berpengaruh. Parti Berjaya mendapat sokongan serta-merta dari masyarakat cina yang merasakan mereka adalah golongan yang ditindas oleh pentadbiran Tun Datu Mustapha.


Sehari selepas penubuhannya diumumkan oleh Datuk Harris, Berjaya mula bertindak.

Pemimpin-pemimpin Berjaya
Imej dari sikmading1

Pada 16 Julai 1975, suratkhabar cina Chinese Daily News dan suratkhabar Daily Express, kedua-duanya dimiliki oleh Timbalan Presiden Berjaya, Datuk Yeh Pao Tsu2 (kemudian dianugerahkan gelaran Tan Sri), telah membuat serangan keras terhadap gaya hidup berfoya-foya dan kehidupan peribadi mewah Tun Mustapha (Sing, 1976).

Daily Express

Kritikan-kritikan ini telah diterbitkan di dalam bahasa Inggeris, Cina, bahasa Melayu dan bahasa Kadazan. Akibatnya, ia merebak kepada ramai penduduk Sabah dan berita-berita ini tersebar dengan meluas. “ ... serangan terbuka seumpamanya yang dituju kepada pemimpin politik tidak pernah berlaku di zaman paska merdeka Sabah (Ibid.)".

Nota kaki:

1Imej-imej diperolehi daripada sikmading.blogspot.com . Logo kepunyaan Daily Express.
2Mendiang merupakan graduan di dalam bidang kewartawanan daripada Universiti Fu Tan, China. Beliau pernah menjadi ahli parlimen (Sabah) di dalam pentadbiran BERJAYA. Meninggal dunia pada tahun 1987.


Sumber:

Sing, F.H., 1979. A Constitutional Coup D’Etat: An Analysis of the Birth and Victory of the Berjaya Party in Sabah, Malaysia by Sing Fong Han. Asia Survey, Vol. 19, No. 4 (Apr., 1979), pp. 379-389. University of California Press.


Comments


sabun mandi - Pemimpin Sabah Semua CROOK! |2008-05-27 18:54:33
Ceh, Si Harris pun 2x5 dengan Tun juga. Pairin pun apa kurang. Dr Jeffrey adiknya waktu declare harta dulu, harta nya sampai RM42 juta. Dari mana semua itu harta datang?
Osu tunjul pula berjudi sampai RM7 juta.
Pemimpin sabah ni cukup korup la...

kula kawla - musa? |2008-05-28 15:54:45
sampai Osu saja kau sabut tu liau sabun.

Yong teck lee?

Benard Dompok?

Chong Kah Kiat?

Musa?

Mana tahu mereka ini lebih bersih dari yang disebutkan atu.
Share this article :

0 comments:

Post a Comment

Babad Views

Babad Editor

Popular Posts

 
Babad Support Sites : Kadayan Chronicles | Kadayan Chronicle | Babad Kadayan
Copyright © 2013. Babad Kadayan - All Rights Reserved
Template Created by Kadayan Chronicles Published by Babad Kadayan
Proudly powered by Blogger