Home » » Melayu mudah gelabah

Melayu mudah gelabah

Written By Unknown on Tuesday 6 May 2008 | 14:38

Written by giin buagas

Melayu mudah lupa

Melayu mudah gelabah


MELAKA (mstar): Orang Melayu tidak perlu menjerit-jerit seolah-olah hak dan kuasa mereka sudah hilang kerana semuanya masih termaktub dalam perlembagaan persekutuan yang telah dipersetujui bersama kaum lain.

Naib Presiden Umno, Datuk Seri Mohd Ali Rustam berkata apa yang perlu dilakukan sekarang ialah pihak bertanggungjawab, melaksanakan apa yang terkandung dalam dasar kerajaan dengan berkesan dan sempurna.

"Orang Melayu tidak perlu menjerit-jerit seolah-olah kita tidak ada kuasa, kita sudah ada perlembagaan, undangundang, peraturan dan dasar, jadi kita buat kerjalah," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Cina Ek Te di Tanjung Kling dekat sini, hari ini.

Beliau mengulas laporan akhbar bahawa apa jua usaha memulihkan kembali Barisan Nasional (BN) yang ditunjangi Umno hendaklah dilakukan tanpa kompromi terhadap kuasa dan hak Melayu.

Laporan akhbar itu menyebut beberapa peserta Kongres Permuafakatan Melayu yang ditemui pada Kongres Permuafakatan Melayu di Johor Baharu semalam, berpendapat Umno tidak perlu terus tunduk kepada permintaan rakan komponen BN yang lain kerana tuntutantuntutan itu tidak akan berakhir.

Mohd Ali yang juga Ketua Menteri Melaka berkata syarikat pemegang amanah kaum bumiputera dan agensi kerajaan yang menjaga hak orang Melayu, perlu melaksanakan tanggungjawab masing-masing dengan sempurna.

Share this article :

0 comments:

Post a Comment

Babad Views

Babad Editor

Popular Posts

 
Babad Support Sites : Kadayan Chronicles | Kadayan Chronicle | Babad Kadayan
Copyright © 2013. Babad Kadayan - All Rights Reserved
Template Created by Kadayan Chronicles Published by Babad Kadayan
Proudly powered by Blogger