Ketuanan Melayu!
Maaf ya, setulus-tulus maaf sebagai pembuka bicara. Mungkin artikel ini berbau politik. Mungkin juga tidak. Terpulang kepada anda yang membaca, aku tidak kuasa mentafsirkannya dengan baik.
Tetapi aku perhatikan, hampir saban malam aku ternampak berita di kaca TV. Begitu ramai orang membicarakan hal “ketuanan melayu”.
Nota: Anda mungkin juga berminat untuk membaca artikel-artikel seterusnya di dalam siri Ketuanan Melayu
Ketuanan Melayu 2
Ketuanan Melayu 3
Ketuanan Melayu 4
Ketuanan Melayu 5
Jika anda menghadapi masalah melawat laman ini, sila rujuk ke mirror site di TuanMelayu.BlogSpot.com - Kaawai Tanah.
Yang tua-tua tidak ketinggalan ikut bersemangat semula. Apa nama persatuan mereka, MUBARAK. Gigi mereka pula nampaknya telah pulang ke rahmatullah terlebih dulu berbanding dengan semangat yang berkobar-kobar.
Nada suara mereka penuh dengan getaran. Tapi terus terang, aku tidak pasti getar kerana emosi atau kerana semput. Sudahlah atuk, balik tidurlah. Gigi atuk sendiri pun tak terjaga, masih nak jadi tuan.
Yang paling menggamit benak aku ialah melihat seorang profesor tua yang muhanya samakin picak, yang matanya pun tidak dapat lagi terbuka dengan sempurna; masih membicarakan soal ketuanan melayu tidak puas-puas.
Majlis permuakatan melayu, kononnya. Pandeta yang maha aktif di dalam GAPENA. Satu malam itu aku terdengar kata beliau berhujah bahawa hanya UMNO yang berpengalaman mentadbir negara.
Jelaklah, jelak. Bicara “ketuanan melayu” ini semakin memualkan.
Melayu Sabah
Siapa yang tidak sayang bangsa sendiri? “Melayu” adalah perkataan keramat di Semenanjung. “Tidak ada melayu di Sabah”, kata orang. “Tiada”, ujar Datuk Harris bekas Ketua Menteri Sabah suatu masa dahulu.
ADA, Tetapi sedikit, bidas yang lain.
Baiklah, nampaknya setelah merdeka selama 45 tahun pun tiada siapa yang ambil pusing mengenai melayu Sabah. Oleh itu biar aku terangkan di sini.
Ada tiga kelompok melayu 'proper' di Sabah.
Pertama, orang Melayu Metro.
Kedua, orang Brunei dan
Ketiga, orang KEDAYAN.
Jika anda tidak percaya, ukurlah sendiri mengikut ukuran yang anda mahu. Ambillah berapa lama masa untuk anda membuat kajian. Akhirnya anda akan mendapat kesimpulan yang sama.
Jadi siapakah mereka ini?
Mereka adalah kelompok Orang Melayu sabah.
Melayu 'proper' Sabah - Melayu Metro, Melayu Brunei & Melayu Kedayan.
Melayu Metro
Pertama, kita terangkan bagaimana kelompok melayu ini terbentuk di negeri Sabah. Kelompok metro ini timbul dari proses metropolitan, sama seperti namanya.
Prosesnya serupa seperti pembentukan identiti Melayu Brunei di masa lampau. Malah juga sama dengan pembentukan identiti melayu di negara-negara kota mereka pada zaman Uda Makan Tembaga.
Identiti melayu timbul kerana proses perkembangan kota, seperti perkembangan Jesselton / Api-Api / Kota Kinabalu, Sandakan, Tawau, Kudat dan seumpamanya. Penduduk datang dan pergi mencari makan dan mengadu nasib di tompok kota.
Di sini penduduk lebih terbuka pergaulan mereka. Lebih terbuka dalam menerima unsur-unsur luar – hasilnya membuahkan bentuk budaya yang dinamik dan berkembang.
Lebih tepat yang saya maksudkan ialah unsur-unsur agama Islam serta adat resam yang selari dengannya. Bahasa yang menjadi lingua franca serantau pula diterima sebagai hanya satu-satunya bahasa yang mereka fahami dan pertuturkan.
Kelompok metro ini lama-kelamaan hidup membentuk gerombolan mereka di kawasan kota. Lebih dari itu, terputus dari leluhur utama mereka. Entah dari Murut Tagol, Lundayeh, Kadazandusun, Bajau, Brunei, Kedayan yang ada di Sabah. Atau entah dari Semenanjung, Filipina, Indonesia, Pakistan, India, sejauh Arab Saudi, China – dari asap timbul, dari situlah mereka datang.
Apa yang nyata, orang metro hidup dengan identiti sendiri. Mereka beragama Islam, berbudaya dan adat resam yang agak serupa dengan orang melayu di mana-mana. Mungkin kerana agama anutan mereka sama. Satu-satunya bahasa yang mereka pertuturkan adalah bahasa melayu.
Rupa mereka pula berbagai-bagai; dari yang berkulit gelap dan berambut kerinting hinggalah yang berkulit cerah, tinggi lampai dan berhidung mancung, atau juga berkulit kuning langsat dengan mata yang sepet.
Soalnya, siapakah orang metro ini jika dikata sebagai bukan melayu? Jadi itulah sebabnya aku memanggil mereka sebagai melayu metro sabah.
Melayu Brunei
Kelompok kedua ialah melayu Brunei. Mereka merupakan bangsa melayu metropolitan feudal yang telah terbentuk lebih lama berbanding dengan Melayu metro. Mungkin sekitar 600 - 700 tahun. Mereka mempunyai jati diri yang kuat sebagai melayu. Rata-ratanya berbangga dan masih bergantung kuat kepada leluhur mereka di Negara Brunei Darusalam.
Apa pula yang kita harus labelkan kepada mereka ini jika mereka bukan dikatakan sebagai melayu di Sabah?
Melayu Kedayan
Ketiga, melayu Kedayan yang menghuni kawasan Sipitang, Beaufort, Kuala Penyu dan Papar. Mereka adalah golongan pribumi 'alien' di Borneo – sekurang-kurangnya itulah yang kita fahami dari maklumat di kadayanchronicles.blogspot.com ini.
Cubalah lihat dan baca di sini, sini, dan sini . Memang 'alien' kan? Mengikut aliran cerita sebegitu, memang tidak menghairankan jika ada teori orang kedayan sampai ke Atlantis !
Tapi, ukurlah dengan apa ukuran sekalipun, orang-orang Kedayan adalah orang Melayu 'proper' Sabah. Anda mungkin was-was dengan pendapat aku. Tetapi untuk lebih mudah, mulakan kajian anda dari sudut bahasa.
Anda boleh semak glosari bahasa kedayan di kedayan.org sebelum menyangkal pendapat aku. Berhari-hari aku telah menyemak glosari perkataan kedayan di sana. Apa yang aku dapati pengendali laman web, Sdr. Arimi nampaknya tidak lupa untuk menyatakan asal-usul perkataan pada HAMPIR semua glosari yang tersimpan di situ.
Hanya melayu metropolitan, orang Brunei dan orang Kedayankah?
Bagaimana dengan keluarga besar 'melayu' di Sabah?
Terdapat dua jenis melayu di Sabah. Melayu 'proper' dan 'rumpun' melayu.
Yang namanya 'rumpun' melayu itu ialah semua bumiputera. Ini seperti yang termaktub di dalam perlembagaan Malaysia, bukan aku yang cakap. Di dalam perlembagaan, erti perkataan bumiputera Sabah dan Sarawak hendaklah disamakan seolah-olah melayu di Semenanjung, malah meliputi penduduk bumiputera yang bukan beragama Islam.
Jadi rumpun melayu di Sabah termasuklah yang bukan Islam. Yang Islam meliputi orang-orang Bajau, Irranun, Suluk, Bisaya, sekadar menyebutkan beberapa nama. Yang kebanyakannya bukan Islam termasuklah orang Kadazandusun, Murut, Lundayeh dan sebagainya.
Memang aku berbincang tentang melayu 'proper' dan rumpun melayu. Tetapi aku bukannya mempersoalkan kelompok siapa yang lebih melayu berbanding dengan yang lain.
Kesimpulannya, kali ini aku ingin mengatakan dengan terang. Orang Kedayan adalah melayu dan aku adalah orang kedayan. Jadi secara otomatik aku juga berhak berbicara tentang ketuanan melayu di Malaysia ini.
Jadi, kembali kepada soal ”ketuanan melayu”.
Adakah ketuanan melayu bermaksud ketuanan kedayan?
Adakah ketuanan melayu itu maksudnya 'malay supremacy' dan tempiasnya ialah 'kedayan supremacy'?
Huh, tunggu. Orang kedayan tidak pernah ingin menjadi supremo kepada sesiapa pun sepanjang pengetahuan aku. Kedayan tidak menjadi supreme semasa kegemilangan Brunei. Kedayan tidak menjadi supreme semasa Gustavus Baron Overbeck dan Alfred Dent masuk menjajah Sabah. Kedayan tidak menjadi supreme selepas merdeka. Tentu kita berbincang tentang melayu yang 'lain'.
Jadi melayu mana yang supreme dan hendak dikekalkan menjadi supreme?
Artikel ini merupakan pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya menggambarkan pandangan kadayanchronicles.blogspot.com mengenainya - Kaawai Tanah.
Comments
Frisco Celestial |2008-05-08 22:29:04
Dulu2 kalau disebut tuan, mereka ni orang putih. Istilah Tuan ini besar ertinya. Dia adalah orang atasan yang berkuasa dan tidak ada oranglain lagi yang boleh menandinginya. Orang putih sudah tidak lagi memerintah diSabah, ada pula orang yang mau minta digelar tuan? Bukan kah perlembagaan malaysia memberi kesamaan hak kepada rakyat malaysia disamping memberi keistimewaan kpd orang2 melayu? adakah ini masih lagi belum cukup dan dipertikaikan?
Yang saya kambang bulu ni konsep ketuanan sudah lama dikuatkuasakan dari segi pentadbiran oleh orang KL di Sabah. Yang pasti KL tidak menghiraukan masaalah PTI terutamanya dari Indon. Saya pasti agenda untuk meMelayukan Sabah sudah semakin jelas dengan membiakkan mereka ini dengan diberi pelbagai kemudahan hingga suatu masa mereka akan menjadi majoriti.
Satu masa dulu Najib keSulawesi, dia diangkat oleh sukunya sebagai Supreme Leader mereka. Jadi tidak heran lah kalau rakyat Indon ini berpusupusu keSabah dengan penuh harapan mereka akan meMelayukan Sabah dan akan jadi Tuan Besar supreme...
jadi, jangan lupa tambah melayu sabah, baru
0 comments:
Post a Comment