Untuk sang pandeta yang hampir tuna-nitra itu, dan sang algojo yang tidak putus-putus kepingin untuk menjadi manusia agung - supremo, kula inginlah bertanya.
Sang Supremo!
Dari benih cendikiawan mana wacana 'ketuanan melayu' ini datang bercambah?
Nota: Anda mungkin juga berminat untuk membaca artikel-artikel seterusnya di dalam siri Ketuanan Melayu
Ketuanan Melayu 1
Ketuanan Melayu 3
Ketuanan Melayu 4
Ketuanan Melayu 5
Jika anda menghadapi masalah melawat laman ini, sila rujuk ke mirror site di TuanMelayu.BlogSpot.com - Kaawai Tanah.
Aku tidak faham. Sungguh tidak mengerti. Balik-balik dengan perkataan kontrak sosial – social contract menjadi pendinding emosi tanpa diiringi dengan apa-apa kilasan akal yang waras. Bagi aku ia hanya ocehan yang diseret bertali arus oleh orang-orang lali.
Macamlah hanya mereka yang celik dengan semangat kontrak sosial kemerdekaan.
Aku tidak perlu menjadi peguam untuk memahami kontrak sosial yang berlaku pada zaman pra-merdeka. Orang melayu berkorban dan bertolak ansur dengan jus soli – hal kerakyatan otomatik bagi semua penduduk Malaya, meliputi semua yang manusia ada di Malaya pada ketika itu dan mahu menjadi rakyat Malaya.
Di pihak lain, orang bukan melayu pula berkorban dan bertolak ansur dengan menerima hak-hak istimewa orang-orang melayu.
Selepas kontrak sosial ini dipersetujui, ia dimaktubkan di dalam perlembagaan negara yang dijunjung di atas batu jemala setiap batu kepala rakyat malaysia, baik yang melayu atau bukan.
Apabila Malaysia dibentuk pada tahun 1963, maka perlembagaan yang sama menjadi asas kepada perlembagaan Malaysia.
Semua menghormatinya termasuklah aku - seorang kedayan non-significa, non-supremo yang dengan izin Sang Hyang Betara Dewata Tunggal menjadi sebahagian dari warga satwa di Malaysia.
Sudah terang lagi bersuluh. Hal yang lurus tidak perlu dibiutkan.
Kontrak sosial ini merupakan persetujuan bersama kedua pihak, melayu dan bukan melayu. Persetujuan bersama pula dapat diperolehi hanya dan hanya kerana, kedua pihak saling mendapat manafaat daripadanya.
Korban sama korban.
Tolak dengan ansur.
Lalu hasil yang terbit ialah keadaan seri dan kosong tanpa hutang – 'even'.
Dengan itu semua orang bertolak dari landas yang sama; dari aras yang serupa.
Mati hidup balik pun tiada siapa yang bersetuju dengan mana-mana kontrak jika syaratnya ialah engkau harus jadi hamba dan aku pula jadi tuan.
Hak istimewa melayu tidak harus kita persoalkan.
Jus soli tidak harus kita ungkit.
Barangsiapa yang mempersoalkan keduanya, barulah itu ertinya mengingkari kontrak sosial. Tetapi biasanya, asal saja si Acai tidak bersetuju dengan apa yang kita mahu, kita suruh dia balik ke negeri nenek moyang dia. Yang si Acai pula asal kita tidak mampu menyaingi mereka, hak istimewa melayu yang jadi sasaran. Kan namanya pun dah seri, apa lagi nak ungkit dah pun setengah abad.
Akan tetapi, perkara yang aku bincangkan di atas adalah soal hak istimewa orang-orang Melayu. Ia TIDAK bersangkutan dengan "ketuanan Melayu".
Soalnya dari mana bah “ketuanan melayu” ani tiba-tiba datang?
Dari bab mana dalam perlembagaan negara kita?
Tentu sang pandeta hanya mampu tersenyum sumbing, kuising-kuising, sambil memikirkan apa dolak dalik yang seterusnya. Ini kerana memang tiada bab “ketuanan melayu” di mana-mana sekalipun, KECUALI di minda melayu “supremo” yang telah kehilangan gigi.
Malang sungguh kerana biasanya minda supremo tidak menyuguhkan apa-apa alasan. Apa lagi untuk bergantung kepada kewarasan. Lihat saja visi supremo Tamil Elam, Velupillai Prabakaran dan para algojonya. Setiap pendukung tidak perlu berhujah, sebiji tiub sianida yang dikalungkan di leher adalah lebih penting dari akal yang celik. Emosi yang berapi-api dan harus berani mati adalah prasyarat utama untuk menjadi supremo!
Aku tidak akan mengotorkan artikel ini dengan caci maki, kerana aku bakal berdepan dengan para pendukung “malay supremacy” yang berapi-api ...
Tetapi terus terang, bagi aku mereka ini semuanya adalah tergolong di dalam apa yang dikatakan oleh Dato' Seri Samy Vellu satu ketika dulu.
Sila dengar dan lihat di bawah.
*************************************
How to watch youtube [and other online] videos efficiently?
Online streaming depends on buffer - it collects data packets bit by bit from the host server. Your youtube tend to lags and delays and you feel that watching online video is less interesting.
But you can watch them smoothly by doing this.
First launch your browser. Click 'play' button on youtube video panel, and let the video plays until finish uninterrupted, while you do other things.
Then choose REPLAY
*************************************
Artikel ini merupakan pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya menggambarkan pandangan kadayanchronicles.blogspot.com mengenainya - Kaawai Tanah.
Comments
captain awesome |2009-04-13 00:23:13
ye ye kelapa laa pendukung-pendukung melayu tu. nama pon United Malay National Organization tapi cakap melayu. masok dewan pon pakai suit. tak melayu pon diorang ni..
orang bodo je tertipu dengan tipu helah macam ni. kalau dah melayu sangat ape sal tak guna Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu? terang-terang nama pon tak melayu!
kalau tok pekong buddha nak convert orang masok islam bole terima ke..?
orang-orang berfikiran sempit je pikir pasal melayu ni.. diorang tak tau pulak kat south africa sana pon ada melayu gak..
0 comments:
Post a Comment