Home » » Anwar: sabar sebelum sorok kepala bawah mikrofon

Anwar: sabar sebelum sorok kepala bawah mikrofon

Written By Unknown on Tuesday 14 October 2008 | 18:27

Written by TaSigung Tia

Komen DSAI kepada mereka yang asyik membelasah rancangan peralihan kuasa beliau.

"Kalau ada ahli yang berbunyi angkuh sikit tu, saya minta sabar la sikit kerana angkuh itu tak mungkin lama. "Kalau (ada ahli Parlimen BN) yang jerit tu (dalam Dewan), biar la tatkala itu nanti kepalanya turun lebih bawah dari mikrofon,“ katanya ketika sesi perbahasan Bajet 2009 di Dewan Rakyat semalam.


Anwar

Beliau berkata demikian menjawab pertanyaan Saifudin Nasution Ismail (PKR-Machang) berhubung perubahan yang akan dilakukan Pakatan Rakyat jika berjaya menubuhkan kerajaan.

Anwar berkata, beliau yakin perubahan tampuk kepimpinan oleh pakatannya itu akan berlaku.

"Kalau persoalannya 16 September, permulaan sudah berlaku. Kita nak runding dengan Perdana Menteri (Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi)... dialah Perdana Menteri pertama yang nak bincang dengan pembangkang tapi tak boleh bincang sebab nak jaga hati pemimpin Umno. Artikel penuh

Comments


penyo |2008-10-14 12:23:54
kalau boleh capatlah sikit buat perubahan, tak sabar lagi melihat kerajaan baru, teruskan usaha DSAI

rantau - SALAM BUAT SAUDARA |2008-10-27 12:14:39
Hai apa khabar semua... semoga sihat dan dapat bersatu membina Sabah yang tercinta ini
Share this article :

0 comments:

Post a Comment

Babad Views

Babad Editor

Popular Posts

 
Babad Support Sites : Kadayan Chronicles | Kadayan Chronicle | Babad Kadayan
Copyright © 2013. Babad Kadayan - All Rights Reserved
Template Created by Kadayan Chronicles Published by Babad Kadayan
Proudly powered by Blogger