Home » » Dewa Misai Rustam Sawa

Dewa Misai Rustam Sawa

Written By Unknown on Wednesday, 8 October 2008 | 10:01

Written by WaJiD Manis


Perhatian kepada para sami kuil Sri Mymassa dan Sri Kpmu. Anda semua tidak perlu lagi berebutkan berhala Anwar sesama sendiri. Di Melaka telah dijumpai banyak berhala Dewa Misai Ular Sawa. Selepas ini anda boleh mengutip berhala-berhala berkenaan seorang satu dari segenap simpang jalan negeri melaka.

(kerabubersuara.blogspot.com) Mungkin Lihat sajalah di segenap simpang jalan utama di negeri bersejarah itu, terutama ketika menjelangnya Aidilfitri. Sepanduk (banner) yang memuatkan gambar Ketua Menteri Melaka digantung semahu-mahunya. Imej Dato' Seri Mohd Ali Rustam dengan 'misai tebal ular sawanya' dapat dilihat di mana-mana sahaja.

Keadaan ini jarang dapat dilihat kecuali di negara-negara komunis seperti Korea Utara dan Cuba.

Tentunya bagi mereka yang celik matematik dapat membayangkan berapa kos yang terpaksa dibelanja kerajaan negeri, kerajaan tempatan mahupun BN dan Umno negeri semata-mata bagi memenuhkan setiap simpang jalan utama di Melaka dengan gambar Ali Rustam!

Itu tidak termasuk papan iklan (billboard) yang dipasang oleh Majlis-Majlis Perbandaran di Melaka yang juga memuatkan gambar-gambar gergasi Ali Rustam.

Oleh itu teguran Ali Rustam terhadap pembinaan 'replika gergasi' Dato' Seri Anwar Ibrahim di Batu Caves, Kuala Lumpur memang menghairankan.

Ia umpama menampar air di dalam dulang terpercik ke muka sendiri ataupun meludah ke langit, terkena batang hidung sendiri.

Jika Ali Rustam menyifatkan pemasangan 'riplika' Anwar itu (sebenarnya papan iklan gergasi) menunjukkan KeADILan mendewa-dewakan pemimpin; apa pula istilah wajar yang boleh diguna pakai atas keghairahan Melaka memaparkan imej Ali Rustam di segenap simpang jalan utama di negeri itu?

Ali Rustam yang juga Naib Presiden Umno turut menasihatkan agar wang membina 'replika Anwar' itu digunakan KeADILan untuk membantu rakyat miskin.
Share this article :

0 comments:

Post a Comment

Babad Views

Babad Editor

Popular Posts

 
Babad Support Sites : Kadayan Chronicles | Kadayan Chronicle | Babad Kadayan
Copyright © 2013. Babad Kadayan - All Rights Reserved
Template Created by Kadayan Chronicles Published by Babad Kadayan
Proudly powered by Blogger