Home » » Ceramah pemain gasing angkasaraya RM8,000 sejam

Ceramah pemain gasing angkasaraya RM8,000 sejam

Written By Unknown on Monday 27 October 2008 | 18:24

Written by anak_semenanjung

Sheikh, Nko melancong naik kapal angkasa, main gasing sket2 kat situ, pas tu tayang bendera mesia banyak-banyak. Balik ke bumi buat ceramah caj RM8,000. Lantak nko le, jan ceramah kat aku sudah, aku sidekick nko nanti!

Pelancong Angkasaraya

Pelancong Angkasaraya

Sheikh Muszaphar, pelancong angkasa yang melakili Malaysia tidak sepatutnya meraih keuntungan di sebalik kejayaannya yang ditaja melalui wang rakyat Malaysia sejumlah RM95 juta apatah lagi beliau merupakan seorang pegawai kerajaan yang berkhidmat di bawah Kementerian Kesihatan dan Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI).

Menurut beberapa sumber beliau mengenakan RM8,000 sejam sebagai bayaran ceramahnya itu belum masuk perbelanjaan hotel, perjalanan dan seumpamanya. Beliau kini juga kelihatan seolah hilang punca kerana turut menggunakan gelaranya yang diperolehi dari pembaziran mega wang rakyat dengan turun ke kempen - kempen pilihanraya untuk berkempen bagi pihak BN.

Kepada Dr. Sheikh Muszaphar jika terbaca posting ini ; amat harapkan jawapan saudara ataupun sesiapa yang mengenali beliau sila panjangkan posting ini kepada beliau.

Kini sudah genap setahun lebih peristiwa menghantar warga Malaysia melancong ke Angkasa, cuma yang peliknya belum ada berita 'gempar' melaporkan penciptaan atau penemuan sains ekoran menerbangkan seorang warga Malaysia ke angkasa. Adakah berbaloi perbelanjaan RM95 juta itu dalam keadaan rakyat terhimpit dengan apa yang diperolehi.... chegubard.blogspot.com
Share this article :

0 comments:

Post a Comment

Babad Views

Babad Editor

Popular Posts

 
Babad Support Sites : Kadayan Chronicles | Kadayan Chronicle | Babad Kadayan
Copyright © 2013. Babad Kadayan - All Rights Reserved
Template Created by Kadayan Chronicles Published by Babad Kadayan
Proudly powered by Blogger