Demikian, menurut para sami dari kuil-kuil berkenaan.
Satu daripada kuil berkenaan iaitu kuil Sri Mymassa mengesahkan penemuan ini dengan melaporkan bahawa Dewa Anwar: Berhala baru pakatan rakyat.
Manakala kuil yang satu lagi iaitu kuil Sri Kpmu dengan nada kesal melaporkan betapa Pemimpin PKR enggan turunkan berhala Anwar.
Anwar
Berhala yang baru ditemui
Agaknya para sami dari kuil yang satu ini gagal di dalam agenda untuk menurunkannya bagi tujuan di bawa ke kuil mereka sendiri. Apatah lagi berhala berkenaan merupakan jenis terbaru dibina menggunakan papan lapis. Dipercayai, ini merupakan berhala paling leper dan pertama seumpamanya di dunia.
Hanya mutu mengenal manikam, orang lain tidak tahu. Hanya jauhari yang kenal mana satu intan dan mana pula kaca.
Hanya orang Islam [sebenar] yang hatinya berdetak setiap kali masuk waktu solat yang lima, orang lain tidak akan ambil pusing. Mereka ini tidak perlu tercangak-cangak umpama burung unta sekejap-sekejab melihat jam sama ada waktu solat telah masuk atau belum; seolah-olah jam itulah yang memberi arahan bersolat.
Hanya penyembah berhala Ma Tzu yang mengenal dan memberikan nilaian mereka terhadap berhala berkenaan. Contoh demi contoh boleh kita andalkan sehingga ulasan tentang perkara ini menjadi panjang, sepanjang-panjangnya.
Tetapi kesimpulan sebenar boleh diringkaskan.
Begini. Hanya orang yang ada berhala di hatinya yang akan memandang berhala ke sudut mana saja mereka mengadap. Ini kerana sembahan itu datang dari dalam diri mereka sendiri. Bagi orang-orang ini, segala patung Hello Kitty, Doraemon, Colonel Harland Sanders, McDonald termasuk poster Anwar adalah berhala.
Orang lain tidak tahu pun tentang kewujudan berhala Anwar.
Orang PKR pun tidak tahu.
Orang Pas pula tidak perasan.
Orang DAP juga tidak kenal mana berhala Anwar.
Jadi hanya orang yang hatinya berberhala sajalah yang boleh mengenal mana mana satu berhala Anwar dan sibuk hendak mencanangkan persembahan berhala itu ke seluruh ceruk pelusuk alam maya.
Dulu tahun 1990 para pengikut dari aliran kuil yang sama mempunyai salib di hati mereka. Segala yang berbentuk palang dianggap salib, sampai ke palang pintu, sampai ke garisan jubin lantai; asalkan palang, hukumnya salib. Apabila Kuli dari Semangat 46 melawat Sabah dan dipakaikan sigah yang motifnya merupakan anyaman sisi ke sisi dan berupa palang, dikutuklah anak raja ini sebagai mendapat sokongan gereja. Hanya [agak lama] selepas itu keluar gambar Tun Mahathir yang juga memakai sigah yang serupa...
Tapi hendak diapakan lagi para sami sedemikian; mereka tentunya amat berbahagia dengan berhala yang baru ditemui.
0 comments:
Post a Comment