Home » » Konsep Kebebasan Akhbar - Siri 2

Konsep Kebebasan Akhbar - Siri 2

Written By Unknown on Thursday, 16 October 2008 | 15:26

Written by giin buagas

Sebebas mana yang anda mahu?


Diciplak oleh Giin Buagas

Kebebasan mutlak tiada mengambilkira sebarang bentuk had atau kekangan. Dalam hal ini kebebasan dengan sendirinya merupakan suatu utopia yang hanya wujud di dalam fikiran, bukan di dunia nyata kerana selagi kita berpegang kepada kenyataan, suatu had pasti akan timbul.

“Prinsip membahayakan” Mill (1975, pp. 10 – 11) merupakan perkataan pertama dan terakhir ke atas kebebasan: “ Satu-satunya tujuan di mana kuasa boleh dilaksanakan dengan betul ke atas mana mana anggota masyarakat bertamadun, yang bertentangan dengan kehendaknya, ialah untuk menyekat beliau dari membahayakan orang lain.

Konsep kebebasan dan hadnya telah memainkan peranan peting di dalam sejarah pemikiran barat, mendapat perhatian para pemikir seperti Aristotle, Hobbes, Rousseau, Locke dan Rawls (Horvath, 1995). Alexis DeTocqueville (1980) menganggap kebebasan peribadi merupakan nilai yang dominan di dalam pemikiran orang-orang Amerika. Di dalam tempoh yang lebih terdahulu, Petterson mendakwa bahawa kebebasan hari ini berdiri tanpa dicabar sebagai nilai tertinggi bagi dunia barat (Horvath).

Akan tetapi prinsip kebebasan telah memberikan rasional dan persembunyian kepada kapitalisme dan persaingan pasaran yang mempengaruhi era imperalisme dan kemudian merchantilisme di dalam abad ke 17 dan ke 18. Masalahnya, ia juga mengangkut bersama-sama, malah mewajarkan sifat serakah, pentingkan diri sendiri dan perilaku tidak beretika di dalam diri pengamal kebebasan. Dengan sendirinya, timbul soal sekatan ke atas kebebasan yang sepatutnya lepas bebas tanpa apa-apa ikatan. Menurut Horvath, “kebebasan boleh disekat dengan dua cara. Pertama, ia mungkin disekat dengan ketidakmampuan untuk menyudahkan tugas yang diingini. Kedua, kebebasan juga disekat akibat perilaku orang lain yang menghalang … dari menyudahkan kerja yang jika tidak [sebenarnya] boleh dilakukan”.


Comments


ZAMANI AKHBAR - TOLONG SIARKAN KE AKHBAR |2009-01-03 18:53:49
LAMA BERSABAR...

Sudah terlalu lama saya ingin melihat satu perubahan kepada Negeri Sabah, khususnya Sandakan.

Perubahan yang ada sekarang memang sudah cukup membanggakan, adanya pembangunan baru, jalan raya yang baru dan baik, sekolah dan universiti yang sudah bertambah dan dalam pembinaan dan macam-macam lagi sudah ada.

Sebagai rakyat Malaysia saya amat bangga dengan pembangunan ini. Ini kerana bukan sahaja generasi sekarang hidup dalam kemajuan tapi juga generasi akan datang juga akan dapat hidup jauh lebih baik berbanding di masa lalu.

Tapi apalah ertinya kalau semua yang wujud itu tidak begitu di rasai oleh masyarakat tempatan khususnya bumiputra kerana satu perasaan iaitu 'takut dan tak selamat' masih lagi menghantui masyarakat?

Tidaklah pihak tertentu nampak apa yang kami nampak? Tidakkah mereka juga takut walau siapa pun mereka, mereka juga bakal menjadi mangsa kepada keadaan sekeliling yang di hadapi masyarakat biasa yang perlukan perlindungan untuk rasa selamat untuk melakukan kerja seharian?

Saya adalah hamba ALLAH yang berusia 27 tahun, dan dalam tempoh saya mulai kenal akan kewujudan pihak tertentu yang berpotensi mengancam keselamatan saya, keluarga saya dan juga masyarakat saya mulai hilang sabar saya sebagai insan yang menghormati undang-undang.
Kenapa saya masih harus takut kepada undang-undang? Sedangkan undang-undang tidak mampu selamatkan saya dan keluarga saya dan juga masyarkat tempatan lain.

Saya benci pemimpin rakyat, saya benci menteri dalam negeri, saya benci anggota keselamatan, saya benci hipokritasi. kelemahan masyarakat jadi punca pihak tertentu mengambil kesempatan yang berleluasa!

Saya sudah luah kebencian saya, mungkin jadi pertanyaan kenapa saya meluah sampai ke tahap ini. Saya sudah lihat satu perkara yang betul-betul melemaskan,yang betul-betul menyakitkan mata,hati dan perasaan, yang betul-betul buat saya dan pihak tertentu rasa ada sesuatu di dalam pentadbiran kerajaan masa kini.

Tidak puas pihak ini dengan masalah masuk secara haram, mereka menyeludup barangan dadah jenis syabu, pil-pil khayal, sekarang mereka sudah kuasai banyak tempat. Tapi yang menghairankan hanya orang awam tempatan sedar akan kewujudan itu. Dimana pihak berwajib? Mana anggota polis? Pemimpin buat apa? Tidur sambil kira duit yang mereka dapat setelah jadi pemimpin? Apa lagi alasan mereka? "kami sudah memantau dan mengawal keadaan dan masih dalam proses membasmi semua permasalahan tersebut" Sampai bila mahu berbohong? Sampai bila? Apa lagi alasan? Tiada bukti? "sampai tempat kejadian/lokasi kosong" Tak terfikirkah ada orang dalam yang mungkin jafi dalang?

Terlatih/berpendidikan kah para anggota keselamatan dan juga pemimpin yang di pilih ni?

Sekarang wujud lagi satu pertubuhan yang di ketuai oleh pendatang asing dari Filipina, yang mana pertubuhannya semakin ketara tapi tak ada tindakan bagi menghentikan pertubuhan ini. Berdaftar kah pertubuhan ini? Apa motif pertubuhan ini di buat?

Kumpulan yang saya maksudkan adalah "KRK, ZETA PHI OMEGA,ACRO" sekarang merupakan kumpulan yang besar dan saling cuba untuk menjadi kumpulan yang besar. Yang lebih malang apa yang saya dengar mereka telah menyesaTkan pemikiran masyarakat. Apa yang lebih menyedihkan lagi mereka telah berjaya mempengaruhi remaja tempatan dan membuat mereka mengikut kepada fahaman mereka.

Tidak perlu saya panjang lebarkan lagi, saya hanya bagi masa 2 minggu untuk pihak yang sepatutnya ambil tindakan sewajarnya, kerana bila tiada tindakan yang di ambil itu bermakna saya di katakan berbohong. Tapi setelah 2 minggu tiada perkembangan maka saya akan siar kan semua gambar dan rakaman- rakaman tertentu untuk saya perlihatkan dan saya tidak hanya akan paparkannya/edarkannya kepada pihak media, dan pihak bewajib malah saya akan siarkannya melalui internet. Maka dengan itu, kelemahan pihak tertentu akan lebih terpapar dan jadi satu saat untuk saya pula yang mengenakan pihak yang sepatutnya bertanggungjawab tapi lalai di dalam tanggungjawabnya itu.

saya juga berharap, apa yang saya tulis ini di paparkan.

Sekian,

KESUMAT TUAH
giin buagas - simpati kami |2009-01-05 08:08:57
kesumat tuah,
walaupun kami belum mengerti sepenuhnya apa yang anda katakan, tapi tekanan yang anda hadapi terpapar di dalam tulisan anda. jika anda rasa ingin menyambung penulisan, teruskan saja menghantar dan kami siarkan dgn senang hati.

salam hormat
Share this article :

0 comments:

Post a Comment

Babad Views

Babad Editor

Popular Posts

 
Babad Support Sites : Kadayan Chronicles | Kadayan Chronicle | Babad Kadayan
Copyright © 2013. Babad Kadayan - All Rights Reserved
Template Created by Kadayan Chronicles Published by Babad Kadayan
Proudly powered by Blogger