Home » » Dil se datuk dil se ... Melaka goes Bollywood!

Dil se datuk dil se ... Melaka goes Bollywood!

Written By Unknown on Friday 10 October 2008 | 10:20

Written by TaSigung Tia


2009: 'Datuk' Brittney Spears?

Bekas Ketua Menteri Sabah, Datuk Salleh Said Keruak dilaporkan pernah berseloroh bahawa terdapat terlalu ramai pemegang gelaran datuk di negeri Sabah.

"Di Sabah, jika kita melontar batu kepada seorang 'datuk' dan batu berkenaan melantun, lantunannya akan mengenai seorang 'datuk' yang lain” lebih kurang bunyi kata-kata beliau.

Namun kerajaan negeri Melaka lebih pintar dalam mengatasi masalah lambakan datuk di negeri berkenaan. Jawabannya, laksanakan semangat global dengan menyebarkan penganugerahan pingat kebesaran ke luar negara.

Melaka anugerah Datuk kepada Shah Rukh Khan

MELAKA 10 Okt (utusan) - Pelakon terkenal Bollywood, Shah Rukh Khan merupakan antara penerima Darjah Mulia Seri Melaka (DMSM) sempena hari jadi Yang Dipertua Negeri Melaka, Tun Mohd. Khalil Yaakob ke-70, esok. Dengan penganugerahan darjah DMSM itu, Shah Rukh Khan akan bergelar Datuk.

Kerajaan Sabah patut belajar dari Kerajaan Melaka. Bagaimanapun di Sabah, penganugerahan pingat untuk tahun 2008 dah berlalu. Walaupun sesi penganugerahan pingat khas boleh dilakukan, tapi tak payahlah.

Tetapi tahun 2009 nanti kita mula dengan menganugerahkan 'Datuk Seri Panglima' kepada Brittney Spears ...
Share this article :

0 comments:

Post a Comment

Babad Views

Babad Editor

Popular Posts

 
Babad Support Sites : Kadayan Chronicles | Kadayan Chronicle | Babad Kadayan
Copyright © 2013. Babad Kadayan - All Rights Reserved
Template Created by Kadayan Chronicles Published by Babad Kadayan
Proudly powered by Blogger