Written by anak_semenanjung | |
Ikutler ikut nasihat Idris Jusoh, dan kita akan dapati takder saper pun yang akan bertanding jawatan dalam pemilihan pemuda Umno. Cuma ayam itik jer yang tinggal dan boleh bertanding. Idris: Reject ‘money politics’ leaders (Star) Former Terengganu Mentri Besar Datuk Seri Idris Jusoh wants Besut Umno division members to reject those using money politics to secure top positions in the March election. Pak Derih suruh kita tolak pemimpin [yang mengamalkan] politik wang. Okey ler Pak Derih kiter boley tolak. Tak der masalah nak ngikut nasihat suci Pak Derih nie. Tapi ambo nak tanyer Pak Derih dua soalan. Pertama, kiter nak tolak ke mana sumer dema nie? Kedua, bila kiter tolak, sudah nyer nanti saper yang tinggal? Banyak nak kena tolak nie Pok Cik!. Kalau tak kena gayanya bilangan malaun yang nak kiter tolak lebih ramai dari kiter yang beriya-iya nak nolak dema sumer tu ...
Extra ballot papers found in Semporna Youth meeting (Star)The discovery of extra ballot papers for the division Youth chief’s post caused the Semporna Umno Youth meeting to go into a marathon overnight session but ended with no results. 300 pemuda Umno Kubang Kerian berhimpun bantah pencalonan ditolak KOTA BHARU, 13 Okt (Hrkh) - Ketika Dato' Seri Najib Razak tersenyum puas untuk menduduki kerusi pemimpin utama negara Mac depan, namun di peringkat bawah pertembungan semakin hangat berlaku. Cerita Umno Tumpat dan Ubat batuk Sejak daripada musim pencalonan sehinggalah kepada pemilihan, ramai perwakilan yang mendakwa menerima sogokan daripada RM50 hinggalah RM100 seorang. Jumlah perwakilan semuanya 438 orang mewakili 146 cawangan. Cuba bayangkan berapa yang dihabiskan untuk membeli undi mereka ini. Malah ada yang menerima sogokan beberapa kali dan bukannya sekali. Ada satu cawangan yang memberitahu saya menerima RM600 untuk diberi kepada perwakilannya. Dua malam terakhir adalam malam kemuncak sogokan diberikan. Tembelang KJ dan Reezal pecah di Gelang Patah; Akarumbi Tidak Terima KJ Kronologi peristiwa 19. Seorang Perwakilan telah bangun memohon kebenaran untuk meminta penjelasan kepada Ketua Penyelaras bagaimana peti undi dibawa naik ke atas dan bagaimana pengiraan undi boleh dijalankan di dalam sebuah bilik tidur hotel yang sangat sempit. 20. Pengerusi Tetap tidak mengendahkan permintaan dari perwakilan tersebut dan terus mengumumkan keputusan pencalonan Ketua Pemuda UMNO Malaysia. 21. Sebaik sahaja Pengerusi Tetap mengumumkan keputusan pencalonan Ketua Pemuda UMNO Malaysia yang dimenangi oleh YB Khairy Jamaluddin dengan memperolehi 61 undi, perwakilan telah mengejek keputusan tersebut dan seorang perwakilan telah bangun mempertikaikan cara pengiraan undi dijalankan. Pengerusi Tetap terus mengumumkan keputusan pengundian pencalonan Naib Ketua Pemuda UMNO Malaysia yang dimenangi oleh Datuk Reezal Merican Naina Merican dengan memperolehi 85 undi maka sekali lagi perwakilan telah mengejek keputusan tersebut.
Banyak lagi nie, tapi cukup ler untuk kali ini. Besok-besok aku collect lagi berita pendek-pendek untuk jadi bahan kutukan. Jadi tak der ler nak tuduh. Tuduh-tuduh tak main; cukup nak kutuk jer ...
Wang nampaknya dah jadi nyawa pemilihan, tipu dah jadi senjata ampuh pertandingan. Takkanlah nak pilih ayam itik jer jadi ketua pemuda. |
Home »
News and Issues
» Idris Jusoh nak suruh ayam itik tanding ke?
Idris Jusoh nak suruh ayam itik tanding ke?
Written By Unknown on Monday, 13 October 2008 | 18:28
Related Articles
If you enjoyed this article just click here, or subscribe to receive more great content just like it.
0 comments:
Post a Comment