Obama Botak Umno dapat 38! |
Written by TaSigung Tia | |
Sunday, 12 October 2008 | |
Obama botak Umno layak tanding Ketua Pemuda
Si botak yang bergendang dengan irama "berani berubah" telah mendapat 38 pencalonan setakat ini, sekaligus layak bertanding merebut jawatan Ketua Pemuda Umno. Boleh Datuk huraikan tentang amalan kurang sihat yang dikatakan tadi? MUKHRIZ: Begini, tahapnya serius tapi tidaklah teruk sangat. Ia dilakukan melalui sistem khidmat pesanan ringkas (SMS) atau melalui panggilan telefon di mana arahan diberikan kepada perwakilan mahupun yang berjawatan tinggi di Pemuda bahagian supaya jangan hadir perjumpaan-perjumpaan bersama saya. Ada juga yang sampai diberitahu pastikan jangan berikan pencalonan kepada saya. Jadi itu dalam bentuk sekatan. Lebih teruk lagi ialah amalan rasuah politik. Saya dimaklumkan amalan ini memang berlaku dan rasuah politik ini dalam pelbagai bentuk. Ada yang dijanjikan imbuhan, jawatan dan sebagainya. Ada yang terus diberikan sogokan dalam bentuk wang, kononya bermula dengan salam pengenalan. Maksudnya tidak terhad kepada yang itu sahaja (pemberian pertama). Selain itu ada juga ugutan lebih-lebih lagi bagi kawan-kawan kita yang bertanding di peringkat bahagian, kononya kalau terlampau menunjukkan sokongan mereka terhadap saya maka mereka akan menerima padahnya di peringkat bahagian. Jadi perkara-perkara ini nampaknya berlaku dan ini sudah tentu bukan amalan yang sihat kerana sudah tentu ahli-ahli UMNO yang lain memerhatikan perjalanan pemilihan ini, malah saya ingat rakyat Malaysia keseluruhannya pun agaknya memberi perhatian kepada pemilihan UMNO. Cerita penuh
Menang tak menang belakang cerita. Botak tetap juga komplen pasal amalan kurang sihat di dalam Umno sendiri. Tapi kan parti sendiri, jadi kenalah dicover-coverkan sikit macam "... tahapnya seius tapi tidaklah teruk sangat". Macam mana tu serius tapi tak berapa teruk? Belajar Bahasa Melayu lagilah. |
0 comments:
Post a Comment