Diciplak oleh Giin Buagas
Siapa yang mula bercerita tentang kebebasan akhbar?
Amalan kebebasan akhbar bermula di England sejak lebih dari tiga abad yang lampau. Amalan ini adalah merupakan suatu kesinambungan kepada konsep kebebasan bersuara yang berakar umbi sejak dari zaman kegemilangan Rome dan Greek kuno. Apa yang jelas, kebebasan akhbar kini adalah sebahagian daripada kebebasan bersuara, dan berkait dengan amalan demokrasi sesebuah negara.
Demi kebebasan!
Berdasarkan Kamus Webster: kebebasan ialah “1. ketiadaan suatu keperluan, paksaan, atau kekangan di dalam pilihan atau tindakan ... 2. hak-hak bersifat politik. Selari dengan definasi yang diberikan ini, istilah kebebasan pada asasnya adalah sinonim dengan dengan “liberty” – kemerdekaan, emansipasi”. Ia merupakan satu keadaan yang lepas bebas tanpa had dan segala bentuk ikatan, hatta ikatan hawa nafsu sekalipun.
Alford (2003) menyatakan bahawa konsep kebebasan yang paling hampir dengan zaman sekarang adalah diwarisi dari pandangan Greek yang bermaksud ‘autokrator’, merujuk kepada kebebasan polis – negara bandaraya mempunyai kuasa yang memadai untuk mentadbir dirinya sendiri.
Plato melalui karya terkemuka beliau The Republic kemudian menggunakan istilah berkenaan di dalam konteks psikologi moral. Beliau menyatakan bahawa autokrator adalah merujuk kepada penguasaan akal ke atas hawa nafsu. Memiliki kebebasan sedemikian adalah bermaksud seseorang itu telah berjaya membebaskan dirinya, menguasai dirinya sendiri berbanding dengan menjadi hamba kepada keinginanya sendiri.
0 comments:
Post a Comment